pelik sungguh perempuan itu,
bersabar tahan amarah tahan hati tahan tangis dalam jiwa,
berharap satu hari lelaki itu akan memahami dia.
pelik sungguh perempuan itu,
kekal ada dengan lelaki itu siang malam pagi petang,
berharap satu hari lelaki itu sedar akan kewujudan dia.
pelik sungguh perempuan itu,
menyayangi lelaki itu sepenuh jiwa menganggap dia nyawa dia,
berharap satu hari lelaki itu berkata 'kamu oksigen saya'.
pelik sungguh perempuan itu,
sanggup tahan perlian makian dunia berkata bodohnya dia,
kerana cuma berharap lelaki itu cintanya hanya untuk dia.
dan peliknya,
lelaki itu sebenarnya tidak pernah peduli.
tak pernah ada apa dalam hati.
dan peliknya,
rasa dalam hati si perempuan itu takkan pernah mati.