19 July 2011

duhai suamiku...

Bila isteri mengamuk,
Kekadang isteri mengamuk,
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu,
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
Hendak mendua atau mentiga dan mengempatkan aku?
Kekadang disergahnya suami,
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk rumah
Ketika itu, muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzalimandan penganiayaan yg telah dilakukan
Lalu datang serangan itu sebagai ingatan

Suami,
Hadaplah diri ke cermin hati,
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah
Jangan hendak berkira2 hendak berdua
Kalau yg satu itu pun tidak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan
Tetapi mampukan meratakan keadilan
memimpin penuh kasih dan sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri melulu
Nasihatilah dia baik2
Ingatlah mestika dalam kitab tua
Suami yg sabar dengan isteri yg jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub
Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab,
ketika didatangi seorang suami dileteri isteri:
Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yg menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yg membantu menjaga anak2 kita
Dia yg membantu menjaga makan minum kita
Dia yg mencuci kain baju kita
Dia yg membantu membersihkan rumah kita

Lalu...apa salahnya kita bersabar dengan karenah mereka?
Taburkan segenggam salji pada secubit api,
Insya-Allah..cinta itu akan semarak kembali!!!