Manusia itu mempunyai hati dan akal yang memberikan ruang untuk manusia berfikir. Antara kewarasan akal dan Iman yang terpahat di dada menjadikan setiap tindakan yang dibuat seiring dan berlapang dada dengan segala sesuatu. Namun, tergesa-gesa untuk setiap tindakan yang dilakukan menjadikan manusia itu terburu-buru dalam membuat keputusan. Allah bersama orang yang berusaha dan tiada yang mustahil untuk orang yang mahu.
Rencah kehidupan yang mempunyai pelbagai rasa mengungkap segala suka dan duka seseorang hamba yang sentiasa mengharapkan redha-Nya. Perjalanan hidup ini sememangnya sukar dijangka dan ia menjengah kita dalam pelbagai bentuk yang datang. Namun keutuhan hati seorang insan yang pasti yakin dengan ketentuan-Nya menjadi dia seorang hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat yang datang.
Kalbu adalah jantung jiwa. Apa yang tercetus di kalbu selalunya lebih jujur berbanding hati kerana hati selalunya berbolak-balik. Hati manusia memang mudah berubah-ubah mengikut situasi apa yang di depani dan di mana dia berada. Namun, kalbu jauh lebih dalam daripada bisikan hati dan jauh lebih dipercayai kerana sifatnya tenteram berbanding hati.