31 July 2011

Pintaku PadaMU...

Ya Allah, aku tidak meminta seorang yg sempurna untukku,
Namun aku meminta seorang yg tidak sempurna,
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMU,
Seorang insan yg memerlukan sokonganku sebagai peneduhnya,
Seorang yg memerlukan doaku sebagai pelindungnya,
Seorang yg memerlukan senyumku utk mengatasi kesedihannya,
Seorang yg memerlukan perhatianku utk berkongsi ceritanya,
Seorang yg memerlukan nasihatku utk menyokongnya,
Seorang yg memerlukan diriku utk membuat hidupnya sempurna,
Bantulah aku Ya Allah...Tunjukkanlah aku jalannya Ya Allah....
Aminnnnnn.....

p/s akhirnya telah tertulis di Luh Mahfuz....
terciptanya diriku untukmu dan terciptanya dirimu untukku.....

26 July 2011

sekadar renungan...

Bagaimana rasanya jika anda ditikam dari belakang? Maksudnya, anda dikhianati oleh orang yang anda percayai, hormati malah sayangi. Apakah perasaan anda jika anda ingin perkara seumpama itu tidak berlaku (malah tidak pun menyangkanya) tetapi ia berlaku juga dalam episod hidup yang singkat ini? Ya, anda, saya dan kita semua pasti melalui episod yang sedih dan tidak disangka itu dalam hidup. Jika tidak berkali-kali, pasti sekali kita mesti 'terkena'. Saya ingin tegaskan... mesti ada rasa takut, geram dan kecewa. Malah kadangkala anda menjadi curiga dan berprasangka buruk dengan semua orang. Insiden pahit yang sekali itu menjadi trauma dalam jiwa yang menyebabkan kita sukar mempercayai sesiapa lagi. Ya, jika dia yang begitu akrab dengan kita, mungkin begitu tinggi ilmunya, mungkin telah banyak budi dan jasanya, pun tergamak melakukannya, apatah lagi orang lain? Begitu getus rasa kita.
Jika itulah akibatnya, hidup kita akan hilang bahagia. Kita tidak akan ceria lagi. Bila kita sudah tidak ceria, apa yang dibuat pasti tidak menjadi. Hari-hari yang indah bertukar gundah. Kita rasa malas melangkah dan segala potensi diri pudar tidak menyerlah! Jika itulah yang berlaku, kita sebenarnya sedang memberi kemenangan total kepada orang yang mengkhianati kita. Dia akan berjaya memporak-perandakan kehidupan kita berkali-kali. Jangan biarkan dia menang. Sebaliknya, berhentilah mengenang perbuatannya. Jauhkan diri dan berhati-hati dengan 'gunting dalam lipatan' ini.
Tetapkan satu jarak yang jauh tetapi jangan memutuskan. Sekiranya tidak mampu melupakan, tidak mengapa, tetapi belajarlah memaafkan. Jangan membalas. Jangan kita mengkhianati diri sendiri hasil pengkhianatan orang kepada kita!
Bersabar atas kerenah pergaulan dengan manusia adalah tuntutan agama. Kita tidak hidup dalam masyarakat malaikat , yang tidak alpa dan tidak berdosa. Tarik nafas dalam-dalam dan helakannya panjang-panjang. Cubalah bermuhasabah dengan diri sendiri penuh berani dan jujur. Sudah lumrah dalam hidup ini, kita terpaksa hadapi perkara yang tidak kita inginkan. Kita tidak mampu mengawal semua yang berlaku agar sentiasa 'cocok' dengan keinginan dan kemampuan kita. Justeru, selalu berlaku perkara-perkara yang kita sendiri tidak inginkan berlaku. Lantas kita akan mengalami ketakutan, takut sakit, takut gagal, takut dicerca orang dan sebagainya. Kita tidak boleh lari daripada hakikat ini.
Itu semua adalah realiti dan dugaan dalam hidup yang terpaksa kita hadapi. Soalnya, bagaimana kita dapat menangani semua itu dengan cara yang sebaik-baiknya? Hingga dengan itu bukan sahaja kita dapat mengatasinya, malah dapat memanfaatkannya untuk terus mencapai kejayaan. Salah satu caranya ialah dengan membesarkan cita-cita. Ya, cita-cita yang besar akan mengecilkan kritik, pengkhianatan dan sabotaj oleh musuh dalam selimut! Jangan trauma dengan pengkhianatan masa silam. Jangan bimbang dengan pengkhianatan masa akan datang. Tetapi binalah cita-cita besar yang mampu 'meremehkan' semua itu. Dengan cita-cita besar kita akan menjadi raja. Bukan raja untuk berbangga tetapi raja yang mempunyai keyakinan diri dan kemurnian reputasi. Biarlah anjing menyalak bukit. Bukit tidak akan runtuh. Begitulah orang yang menikam kita dari belakang... kerana dia hakikatnya lemah, penakut dan tidak punya keyakinan diri untuk bertarung secara berdepan!
Tidak ada orang yang mahu menendang anjing yang telah mati. Maka begitulah kita, selagi ada tenaga, upaya dan keinginan yang menyala-nyala maka akan sentiasa ada 'musuh' dalam selimut yang ingin mengacau kita. Kritik yang tidak adil adalah pujian yang tidak rasmi. Tikaman dari belakang petanda kita gagah dan digeruni untuk dihadapi secara berdepan. Yang penting, bermusabah diri. Jaga hati agar sentiasa lurus dan tulus. Jaga perlakuan agar sentiasa diikat oleh syariat. Jika itu telah dapat kita usahakan... pengkhianatan akan dapat kita hadapi dengan senyuman. Strategi liciknya akan membelit dirinya sendiri. Dan dia akan terjerumus dalam lubang yang digalinya sendiri! Kita? Biarlah tetap menjadi hamba Allah. Tetapi menjadi raja kepada diri kita sendiri!

25 July 2011

::: ciNta :::

aku amat mencintaimu wahai suamiku........

::: indahnya penciptaan ADAM dan HAWA :::

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya. Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang taat.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.
Dan ketahuilah wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayangi. Dan itulah rasa yg abadi dalam hati dan diri ini buatmu untuk selama-lamanya......

"Love is never without jealousy"

"Aku berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Bulat-bulat aku berserah kepada Allah perihal jodoh. Kerana aku yakin akan bicara Allah dalam kalam-Nya:"(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia."(Surah An-Nuur:26)"

"Abang, you are the man that i loved since the first time i met you in Selesa Hill Homes, Bukit Tinggi, Pahang. Ameer! Masya-Allah, now you've already be my husband, and i will give all my life to you, in the name of Allah."

Sungguh benar sabda Nabi Muhammad SAW:
"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya."(Hadis riwayat Ibn Jabir)

Perasaan kami, jiwa kami, hati kami, segalanya telah bersatu. Aku mencintai suamiku dan berjanji akan selamanya menjaga amanah Allah ini hingga ke syurga. Akan kami teruskan ibadah yang suci ini dan kami mengharapkan akan dikurniakan anak-anak yang soleh yang akan memakmurkan bumi Allah dengan kebenaran dan rahmat Islam kelak.

"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."
Surah Ar-Ruum: 21)

24 July 2011

"Ya Allah, aku tidak mampu."

Ada kalanya itulah antara bait-bait kata yang akan terungkap di bibir kita tatkala diuji oleh ujian-NYA. Di kala hati mendung bagaikan awan yang berat dengan titisan-titisan air, yakinlah ada cahaya mentari yang akan menyinari hidup selepas itu kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Seringkali kita terlupa untuk memikirkan hikmah di sebalik apa yang menimpa kita kerana kita terlalu fikirkan kesedihan di hati. Di mana Allah di hati kita tatkala kesedihan itu bermaharajalela? Adakah kita masih ego untuk menadah tangan kepada-Nya terutamanya di sepertiga malam memohon dan bermunajat kepada-NYA? Indahnya aturan Allah itu tidak dapat dinilai oleh mata hati yang leka dengan kehidupan dunia. Di saat kita terleka, Allah turunkan ujian tanda sayangnya Allah kepada kita kerana hanya dengan ujian hati kita akan lebih terarah kepada mengingati Allah dan bermunajat kepada-NYA. Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Ar Ra'd : Ayat 28 :

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." [QS. 13:28]

Teruskanlah keyakinan kita dengan indahnya aturan Allah tetapkan kepada kita. Dengan sifat redha dan bersabar serta berusaha untuk membaiki keadaan ke arah yang lebih baik adalah kata kunci kepada kehidupan yang diredhai Allah. Keyakinan terhadap indahnya aturan yang Allah tetapkan adalah keyakinan yang mampu membuatkan semangat kita tidak pernah luntur.Yakinlah bahawa, Allah menyayangimu. Allah merindui ratapanmu kepada-NYA di setiap sujudmu. Allah merindui munajatmu terhadap-Nya di sepertiga malam di kala semua orang sedang nyenyak tidur.

Ketahuilah, Allah menyayangi dan mendengar setiap bait doa-doa kita. Ikhlaskan diri dengan sentiasa berdoa kepada-Nya. Luahkanlah segala isi hati kepada-NYA. Yakinlah, tiada apa yang perlu diragukan dan bertawakallah kepada-Nya, kepada Tuhan yang menciptakan dirimu, diri kita dan juga sekalian alam ini. Yakinlah, indahnya tawakal kepada-Nya dan halawatul Iman itu akan dapat dirasai oleh orang yang melihat dengan mata hatinya. Ada pertanyaan Malaikat kepada Allah tentang kehebatan:

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.
"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).

Gunakan kehebatan doa dan yakinlah betapa indahnya aturan Allah...

Belailah Kalbu, Damaikanlah Jiwa

Manusia itu mempunyai hati dan akal yang memberikan ruang untuk manusia berfikir. Antara kewarasan akal dan Iman yang terpahat di dada menjadikan setiap tindakan yang dibuat seiring dan berlapang dada dengan segala sesuatu. Namun, tergesa-gesa untuk setiap tindakan yang dilakukan menjadikan manusia itu terburu-buru dalam membuat keputusan. Allah bersama orang yang berusaha dan tiada yang mustahil untuk orang yang mahu.
Rencah kehidupan yang mempunyai pelbagai rasa mengungkap segala suka dan duka seseorang hamba yang sentiasa mengharapkan redha-Nya. Perjalanan hidup ini sememangnya sukar dijangka dan ia menjengah kita dalam pelbagai bentuk yang datang. Namun keutuhan hati seorang insan yang pasti yakin dengan ketentuan-Nya menjadi dia seorang hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat yang datang.
Kalbu adalah jantung jiwa. Apa yang tercetus di kalbu selalunya lebih jujur berbanding hati kerana hati selalunya berbolak-balik. Hati manusia memang mudah berubah-ubah mengikut situasi apa yang di depani dan di mana dia berada. Namun, kalbu jauh lebih dalam daripada bisikan hati dan jauh lebih dipercayai kerana sifatnya tenteram berbanding hati.

oasis ramadhan

Ku menanti oasis yang menyejukan jiwa,
Kerna ku yakin ia bisa menghilangkan dahaga,
Oasis yang dingin bak salju menerpa,
Bakal menghilangkan kehausan setiap insan yang ketandusan.

Ya Ramadhan Al-mubarak, Qamarullah!
Di saat kehidupan yang ku rasa semakin meletihkan,
Kau hadir menyiram tubuhku yang kealpaan,
Kering, tandus, kemarau jiwaku lantas bertukar menjadi tasik biru..

Oasisnya Ramadhan membawa kenikmatan dan keasyikan,
Ku teguk rakus setiap titisan dengan penuh kelazatan,
Suasana kebahagiaan seperti ini, akankah ku jumpa di lain waktu?
Hatiku bertukar menjadi syahdu..

Tiada yang kekal melainkan Allah,
Oasis yang hadir kian ketandusan,
Berakhirnya Oasis Ramadhan memberiku seribu pengajaran,
Ya Allah, ku pohon kurniakanlah oasis Ramadhan ini kepadaku di masa hadapan.

Wahai saudara seagamaku, Imam Hassan al-Banna, pernah berkata: " Ramadhan adalah bulan Siyam dan bulan Qiyam." Bulan yang dipenuhi dengan ibadah di siang dan di malam hari. Setiap detik, saat, ketika dan masa yang ada dilalui dengan ibadah hati, fizikal dan emosi yang menyeluruh. Inilah 'mind setting' yang harus kita tanam dan gerakkan nanti.

Sekadar perkongsian buatku untuk semua umat Islam didunia Allah. Marilah sama-sama kita sibukan diri untuk melorongkan jiwa, hati, nurani, minda dan segala-galanya yang ada pada diri kita untuk menuju ke Oasis Ramadhan ini. Inginku kongsikan beberapa nasihat yang disampaikan oleh Ketua Eksekutifku, Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman ketika sesi tazkirah baru-baru ini. Beliau telah menasihatkan agar di bulan Ramadhan yang mulia ini kita:

• Memperbanyakan taubat dan istighfar kepada Allah S.W.T. Memasuki bulan Ramadhan ini dengan jiwa dan hati yang bersih, putih dan jernih.
• Berbaiki hubungan dengan orang lain dan lupakan segala sengketa. Jadikan ia sebagai medan bermaaf maafan.
• Meminta keampunan dan kemaafan daripada kedua orang tua . Banyakan istighfar dan sedekahkan doa untuk mereka.
• Belajar dan fahamkan Fiqh Saum ( Puasa). Telaah kitab, lihat dan rujuk buku-buku karangan ulamak muktabar.
• Memperbanyakan amalan soleh. Gempurkan diri dengan ibadah-ibadah sunnat tanpa mengabaikan ibadah yang fardhu.
• Menanam azam untuk menghidupkan semua amalan soleh di dalam Bulan Ramadhan.
• Membaca Al-Quran. Letakan target secara ansur maju untuk mengkhatam Al-Quran.
• Memelihara solat berjemaah terutamanya di masjid.
• Perhebatkan amalan-amalan sunnat dalam kehidupan.
• Merancang untuk melaksanakan iktikaf di masjid pada 10 akhir Ramadhan.
• Menjauhi amalan-amalan kefasadan dan kemungkaran terutamaan yang melibatkan anggota pancaindera kita.
• Perlu memelihara dan menjaga hati kita daripada dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda.

Inilah peta laluan yang perlu kita ikuti ketika kita meneguk oasis Ramadhan nanti. Alangkah bahagianya bagi sesiapa yang benar-benar bersedia untuk menjejaki Ramadhan ini. Binalah kekuatan kita dengan sebenar-benar kekuatan. Sebelum mengakhiri sesi tazkirah, Dr Abdullah memberikan suatu penjelasan yang sangat mudah untuk melihat kayu ukur kekuatan dan kehebatan diri kita.

" Kekuatan diri kita diukur bukan kepada banyaknya amalan yang kita buat tetapi ia dinilai sejauh mana kita berusaha meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat di dalam kehidupan kita."

Semoga kita penantian kita akan menjadi kenyataan. Semoga oasis Ramadhan kita manfaatkan dan bisa menyuburkan hati yang ketandusan. Insya-Allah.

--sumber iluvislam.com

20 July 2011

:: soalnya hati ::

pelik sungguh perempuan itu,
bersabar tahan amarah tahan hati tahan tangis dalam jiwa,
berharap satu hari lelaki itu akan memahami dia.

pelik sungguh perempuan itu,
kekal ada dengan lelaki itu siang malam pagi petang,
berharap satu hari lelaki itu sedar akan kewujudan dia.

pelik sungguh perempuan itu,
menyayangi lelaki itu sepenuh jiwa menganggap dia nyawa dia,
berharap satu hari lelaki itu berkata 'kamu oksigen saya'.

pelik sungguh perempuan itu,
sanggup tahan perlian makian dunia berkata bodohnya dia,
kerana cuma berharap lelaki itu cintanya hanya untuk dia.

dan peliknya,
lelaki itu sebenarnya tidak pernah peduli.
tak pernah ada apa dalam hati.

dan peliknya,
rasa dalam hati si perempuan itu takkan pernah mati.

5y3m1w3d...

satu saat yg tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila2....

19 July 2011

** InsyaAllah **

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

sebelum CAHAYA...

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta....

duhai suamiku...

Bila isteri mengamuk,
Kekadang isteri mengamuk,
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu,
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
Hendak mendua atau mentiga dan mengempatkan aku?
Kekadang disergahnya suami,
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk rumah
Ketika itu, muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzalimandan penganiayaan yg telah dilakukan
Lalu datang serangan itu sebagai ingatan

Suami,
Hadaplah diri ke cermin hati,
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah
Jangan hendak berkira2 hendak berdua
Kalau yg satu itu pun tidak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan
Tetapi mampukan meratakan keadilan
memimpin penuh kasih dan sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri melulu
Nasihatilah dia baik2
Ingatlah mestika dalam kitab tua
Suami yg sabar dengan isteri yg jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub
Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab,
ketika didatangi seorang suami dileteri isteri:
Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yg menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yg membantu menjaga anak2 kita
Dia yg membantu menjaga makan minum kita
Dia yg mencuci kain baju kita
Dia yg membantu membersihkan rumah kita

Lalu...apa salahnya kita bersabar dengan karenah mereka?
Taburkan segenggam salji pada secubit api,
Insya-Allah..cinta itu akan semarak kembali!!!

12 July 2011

Doaku untuk Cinta hatiKu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya...suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu..
Sekiranya aku engkar dan derhaka kepada suamiku
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suamiku
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi oleh suamiku
Isteri yang solehah untuk suamiku
Isteri yang sentiasa dihati suamiku
Amin, amin Ya Rabbal Allamin.......

Untukmu dan Diriku...

Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.
Sempurna vs Terbaik?
Sempurna itu saya lihat dari sisi, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.
Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita. Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.
Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.
Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar? Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.
Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku? Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.
Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.
Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.
Cukuplah Allah sebagai pelindungku.
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.

BERSABARLAH DUHAI HATI

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

03 July 2011

Lepaskanlah ia pergi....

Andai rawan ada dihatimu, pejamkan matamu,
dan renunglah sejenak...
Tanya hatimu..siapakah dia?siapakah mereka?
Dimanakah dia?di Manakah mereka?
Wujudkah dia? wujudkah mereka?
Andai tiada jawapan untuk itu...pejamkan sekali lagi matamu...
Dan tanyalah hatimu kembali...
Ingatkah dikau, saat pertemuan pertama?
ingatkah dikau akan janjimu yg pertama?
ingatkah dikau akan akad mu yg pertama?
ingatkah dikau akan azan mu yg pertama?
ingatkah dikau panggilannya yg pertama?
ingatkah dikau akan segalanya??....
Andai tiada juga jawapan untuk itu...
pejamkan sekali lagi matamu...
Bisikkanlah pada hatimu...
agar hati kamu mampu mendengarnya..
Ada dia menunggumu, dan ada mereka menunggumu,
Ada dia menantikanmu, dan ada mereka yg menantikanmu,
Ada dia yg mengharapkanmu, dan ada mereka yg mengharapkanmu,
Ada dia yg memanggilmu, dan ada mereka yg memanggilmu,
Ada dia yg bertanyakanmu, dan ada mereka yg bertanyakanmu,
Ada dia yg menyanyangimu, dan ada juga mereka yg menyanyangimu...
Namun mengapa dibina tembok pemisah itu?
Tiadakah lagi erti kasih di hatimu?
Tiadakah lagi erti kenangan di jiwamu?
Tiadakah lagi dia dan mereka di matamu?
Tegakah dikau kehilangan apa yg dikau miliki?
Andai hatimu masih tidak mengerti...
Andai dia dan mereka itu tiada lagi dihatimu..
Maka lepaskanlah ia pergi...kembalikanlah ia ketempat asalnya..
Agar ia bisa mencari jalan pulangnya sendiri...