07 March 2011

MerajUk...hahahhaa

Kalau ikutkan istilah, biasanya suami tidak merajuk. Kerana yang merajuk hanyalah orang perempuan yang menggunakan emosi dan bahasa badan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain terutama sekali kepada orang yang disayangi.Merajuk terjadi apabila usaha seseorang wanita untuk menyampaikan sesuatu mesej melalui lisan sudah tidak berkesan. Maka dia gunakan strategi bahasa badan dengan menyendiri atau "boikot" sesuatu aktiviti dengan harapan pasangan itu sedar, faham dan datang menyatakan kemaafan. Peringkat perempuan mendiamkan diri, tidak mahu bercakap ini adalah peringkat yang sudah parah. Tetapi masih ada lagi harapan jika pasangan itu sedar dan kembali dengan kemaafan. Peringkat yang teramat parah dan tidak boleh disembuh lagi ialah apabila wanita ini sudah tidak kisah lagi kemana dia pergi, apa dia nak buat, dan dengan siapa dia nak jumpa.
Jadi, bagaimana kalau lelaki pulak "merajuk"?. Lelaki memang kurang menggunakan emosinya. Dia lebih menggunakan panas barannya untuk bertindak. Istilah yang popular bagi lelaki ialah "Fight or Flight".. Lawan atau lari.. Jadi kalau isterinya berleter, atau berkata-kata atau beraksi yang menyebabkan dia marah, tindakannya ialah sama ada dia lawan atau lari (tinggalkan isterinya).Larinya suami ini bukan bererti dia merajuk. Tujuannya ialah :
1. Untuk menenangkan kemarahan dalam dirinya, jika dia tunggu, dikhuatiri dia akan menampar pipi isterinya.
2. Untuk menenangkan fikiran isterinya. Ini berdasarkan minda lelaki sebagaimana dia memisahkan dirinya daripada keadaan yang tegang itu. Memang perempuan akan terus bercakap untuk menenangkan fikiran. Tetapi kefahaman lelaki berbeza. Jika dia marah, biasanya keupayaan lisannya terhenti. Dia membisu. Dia tak mampu untuk berkata-kata semasa dia marah. Dia hanya mampu untuk membalas kata-kata atau dengan menjawab menggunakan tindakan seperti penampar, penumbuk atau sepak terajang.
3. Menyatakan dia telah "give up". Dibiarkan isterinya bersama emosi dan perasaan.
Apa peranan isteri kalau suami "flight"... tinggalkan anda semasa anda sedang marah atau berleter?
1. Positiflah kepadanya. Dia sedang menenangkan fikirannya.
2. Bersyukurlah kerana jika dia tunggu juga, dia akan membelasah anda.
3. Beritahu dia awal-awal, yang anda nak pinjam telinga untuk dia dengar sekejab hasrat di hati dan ingin menyampaikan sesuatu pada nya. Skripnya demikian "Abang, saya nak mengadu satu hal, saya minta abang dengar aje. Saya minta hanya 10 minit aje.. Ok, kalau abang dah bersedia.. beritahu saya ya". Pasti dia sanggup mendengarnya.
4. Kalau dia kembali semula, sediakan minuman kegemarannya. Bawa cerita lain dulu. Biarkan suami sendiri yang memulakan isu yang dia rajuk itu. Jika lama sangat dia tidak membawa isu itu. Bolehlah buka semula semasa dia dalam keadaan yang suka dan bersedia menerima teguran.
5. Oleh itu, jangan haraplah suami anda merajuk. Jika ada suami yang merajuk dan sanggup memujuk menggunakan lisan yang lembut membelai, maka bersyukurlah kepada Allah di atas pengorbanan suami ini.