Nak tahu apa makna tanda kat atas tu?..j0m layan...hidup kita ni singkat jer, tapi kenapa masih ada di antara kita yg tidak mensyukuri segala nikmat itu. Kenapa perlu membezakan setiap sesuatu?Kenapa perlu mewujudkan jurang antara setiap insan?KenapalaH...aku pun tak dapat nak jawab persoalan tu, dalam kepala d0k berpikir2 tentang masa2 yg berlalu,tentang kejadian sekelilingku yg berlaku. Aku lihat, manusia pada hari ini terlalu mementingkan kekayaan, harta,pangkat dan kedudukan.
Aku sendiri nak tanya; penting sgtkah semua itu?Perlu sgtkah semua itu?adakah penting dan perlunya semua itu sehingga kita pada hari ini memandang rendah terhadap sesuatu,seseorang yg berada di sekitar kita?hanya kerana dia insan biasa yg tidak punya apa2...hinakah manusia kerana miskinnya dia?hinakah manusia kerana tidak kaya?hinakah manusia kerana dia tidak berkedudukan?rasanya hina lagi orang yang memandang hina pada orang yg sebegini kerana memandang sesuatu dari luaranya tanpa menyelami hati dan budinya.
Kejujuran, keikhlasan, kesabaran, keimanan, kecekalan...itulah harta yg paling kaya bagi setiap org yg bergelar manusia. Hinanya seorg itu bila ia tidak jujur, menipu, terburu2...itulah seburuk2 pakaian utk kita manusia.
Tapi, ntahla....mcmn nak ckp ya...aku sendiri pun tidak tahu apa yg sebenarnya di cari oleh org seperti ini. Seolah2 hidupnya seribu tahun, kayanya ibarat setinggi langit...sedarlah wahai insan, ALLAH TIDAK PERNAH MEMBEZAKAN SEMUA HAMBA2NYA SELAGI MEREKA BERIMAN KEPADANYA...nauzubillah..jauhkanlah aku dr bersikap sebegini....aminnnn...