Pengalaman itu mengajarkanku erti ketabahan, kesabaran dan kecekalan dalam menempuh arus kehidupan menuju kebahagiaan yang abadi....
30 March 2011
wanita....
29 March 2011
aliFf n iZzat
Noof Afif iZzat...yg ni kalau marah dia macam ni la jadiknya..tunggu jer s0und lagi sekali..huaaaaa....kekekeekekee...
17 March 2011
ulangtahun (*-*)
15 March 2011
::: dOA :::
اللهم ا حفظ ولدي ما دا م في بطني وا شف أنت ا لشا في لآ شفا ء ا لا
شفا ؤك شفاء لا يغا د ر سقما اللهم أخرخه من بطني يوم ولا دته سهلا
و تسليما ا للهم ا جعله صحيحا كا ملا حافظا عا لما زكيا مؤمنا صا لحا
اللهم أ حسن خلقه وا فصح لسا نه وأ حسن صوته لقراءة ا لقرآن
والحديث ببركة سيد نا محمد صلي ا لله عليه وسلم
والحمدلله رب ا لعا لمين
“Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkanlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melain dengan penawar-Mu. Ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini anak sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W”
DOA AGAR MENDAPAT ANAK SOLEH & SOLEHAH
رب هب لي من لدنكّ ذرية طيبة انك سميع ا لدعاء
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. ”sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku”
Kata-Kata Hikmah :
2. قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : من أراد أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله من قلبه فإن الله عزوجل ينزل العبد حيث أنزله العبد من نفسه ,m/s: 57
Tazkiyah Nufus:"Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya
3. "Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia menolak dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim)
13 March 2011
...Lagu utK my HubBy...
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
07 March 2011
MerajUk...hahahhaa
2. Untuk menenangkan fikiran isterinya. Ini berdasarkan minda lelaki sebagaimana dia memisahkan dirinya daripada keadaan yang tegang itu. Memang perempuan akan terus bercakap untuk menenangkan fikiran. Tetapi kefahaman lelaki berbeza. Jika dia marah, biasanya keupayaan lisannya terhenti. Dia membisu. Dia tak mampu untuk berkata-kata semasa dia marah. Dia hanya mampu untuk membalas kata-kata atau dengan menjawab menggunakan tindakan seperti penampar, penumbuk atau sepak terajang.
3. Menyatakan dia telah "give up". Dibiarkan isterinya bersama emosi dan perasaan.
1. Positiflah kepadanya. Dia sedang menenangkan fikirannya.
2. Bersyukurlah kerana jika dia tunggu juga, dia akan membelasah anda.
3. Beritahu dia awal-awal, yang anda nak pinjam telinga untuk dia dengar sekejab hasrat di hati dan ingin menyampaikan sesuatu pada nya. Skripnya demikian "Abang, saya nak mengadu satu hal, saya minta abang dengar aje. Saya minta hanya 10 minit aje.. Ok, kalau abang dah bersedia.. beritahu saya ya". Pasti dia sanggup mendengarnya.
4. Kalau dia kembali semula, sediakan minuman kegemarannya. Bawa cerita lain dulu. Biarkan suami sendiri yang memulakan isu yang dia rajuk itu. Jika lama sangat dia tidak membawa isu itu. Bolehlah buka semula semasa dia dalam keadaan yang suka dan bersedia menerima teguran.
5. Oleh itu, jangan haraplah suami anda merajuk. Jika ada suami yang merajuk dan sanggup memujuk menggunakan lisan yang lembut membelai, maka bersyukurlah kepada Allah di atas pengorbanan suami ini.
diTeguR saLah...TaK teGur LagilAh saLah...
Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.
3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah,
1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2. Mencari waktu yang tepat
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur
Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira samaada kita pemimpin atau tidak, tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia.
Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita. Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain. Ia terkandung dalam Al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud; ‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Oleh itu kita perlulah berhemah apabila menegur “kesilapan” orang lain. Jangan kita mudah ikut hati atau emosi kita tanpa menyiasat keadaan sebenar. “Kesilapan” orang lain mungkin bukan “kesilapan” bagi mereka, kerana mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau Tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.
suamiku....
- Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya .
- Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
- Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
- Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
- Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
- Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
- Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
- Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
- Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
- Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
- Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya.
- Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
- Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
- Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
- Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
- Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab
aminnn...Ya Rabbal'alaminn....
01 March 2011
???...
saim..oh saim....
cepatnya masa berlalu

10 januari 2010

umur 10 bulan...
13 bulan..bercuti di genting highlands....
(* __ *)
cukup je aliff 14 bulan..dia terus dapat adik..saja kami bg dia adik supaya dia ada kawan, x la dia boring sb x der kawan...so leh main sama2..tido sesama..jejalan sesama....hehehheee....
noor afif izzat bin noorshameer
15 mac 2008
jam 1020 am di hrpzII
* pic izzat masa baby ilang...tep0n rosak..abis sumer pic..iskk..iskkk..sedey (T_T)
masa umur 4 bulan

masa umur 10 bulan
umur 14 bulan...bercuti di sudara beach res0rt, t0k Bali...
tup..tup....dah besar2 dah sekarang sumer...
kepastian VS kebetulan
Teman yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah kita rasai.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ''Ianya'' hadir.Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang...carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yang kamu ingin tujui dan jadilah apa yang kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.
Semoga kamu memiliki kebahagian yang cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kamu kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kamu bahagia...Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba, hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan...
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehinggakan kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.''Cinta takkan datang kalau tidak dicari''Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehinggakan dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja...meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkanCintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat di hati untuk dicintai...
Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan..usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman..mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha..tidak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja...kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya...kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakkan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.Wahai insan yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingin demi mengubati hatimu yang luka..moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu...