Memasuki satu demi satu fasa baru dalam kehidupan sepanjang 36 tahun hidup. Dari bergelar anak..kakak..kawan..sahabat..isteri... dan kini bergelar ibu. Jika dulu bujang..kini telah berumahtangga. Banyak susur galur, onak duri ranjau kehidupan telah pun aku tempuhi sepanjang bergelar manusia di atas muka bumi ini.
Namun sejauhmana aku bersyukur?persoalan yang hanya kita sahaja tahu apa jawapannya dan bagaimana menghadapinya. Marah dendam, tawa dan tangis tidak dapat dipisahkan dari hidup kita. Masing2 punya cerita sendiri, punya moment sendiri. Setiap orang tidak sama antara satu sama lain, pasti berbeza walau sedikit..secalit..tidak akan sama...walau ibu dengan anak, walau adik beradik, pasti beza itu ada.
Dek lantaran itulah, kita akan sentiasa tidak berpuas hati terhadap orang lain, juga terhadap diri sendiri...ada jer yang tidak kena..tidak sempurna..begitu...begini...macam2 persoalan...macam2 tafsiran. Pokok pangkal jalan cerita...sentiasalah bersyukur, bersederhana dalam segala...baik buruk di tangan kita sendiri. Mahu melihat orang lain sesempurna kita, itu adalah mustahil!! Allah menjadikan sesuatu juga seseorang untuk saling lengkap melengkapi, pasti ada yang kurang untuk ditampung dengan yang lebih...melihat sesuatu yang buruk untuk dijadikan pengajaran, ditemukan yang baik untuk dijadikan pedoman. Maka nikmat Allah yang bagaimanakah ingin didustakan?
Percayalah jika kita REDHA dan BERSYUKUR akan sesuatu yang telah Allah takdirkan untuk kita lambat laun satu hari nanti kita akan berasa damai itu ada, mawaddah dan sakinah itu ada..cuma kita yang menolaknya, menafikannya..jadi fikir2lah..dan itu lah yang aku rasakan kini. Betapa penolakan itu telah menjadikan aku seorang yang lemah, yang hanya berserah, hanya tahu mengungkit..tahu mempersoalkan seolah2 aku sendiri mencipta nasib diri sedangkan segalanya telah Allah tuliskan untuk aku sejak dari azali...namun apabila aku sedari, Alhamdulillah...aku rasa hepi..rasa satu rasa yang selama ini aku cari...tenang dan damai yang pastinya tidak boleh dijual beli...Terima kasih ya Allah memberikan aku rasa ini sebelum aku terus hanyut dibuai keindahan duniawi....