11 December 2018

Siapakah Ayah Yang Hebat?

1. Ayah yang hebat adalah ayah yang tak terlalu keras tetapi tak juga terlalu lembut dengan anak anaknya
2. Ayah yang hebat adalah ayah yang tahu bila anaknya perlukan perhatian dan belaian walau hanya daripada mimik muka dan bahasa tubuh badan
3. Ayah yang hebat adalah ayah yang nak anak anaknya mencintai Allah melebihi cinta anak anak kepada dirinya
4. Ayah yang hebat adalah ayah yang selalu menyebut nama anak anaknya satu persatu di dalam doanya
5. Ayah yang hebat adalah ayah menjadi idola yang dirindukan anak anaknya walaupun ketika berpisah dan berjauhan
6. Ayah yang hebat adalah ayah yang mampu menyisihkan gajet dan smartphone di saat anak anak berada di depan matanya
7. Ayah yang hebat adalah ayah yang menjaga tutur kata di depan anak anaknya
8. Ayah yang baik adalah ayah yang selalu menunjukkan cara pergaulan yang terbaik dengan membantu ahli keluarganya
9. Ayah yang terbaik adalah ayah yang pandai berjenaka dan pandai mengambil hati anak-anaknya
10. Ayah yang terbaik adalah ayah yang menunjukkan cara yang terbaik untuk menjadi ketua keluarga yang dicintai oleh seluruh ahli keluarganya ❤️
Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak anak kita!
Oleh : Taufiq Razif
#CnP

22 May 2018

Diam itu LEBIH BAIK

Mesti pelik dan tertanya-tanya kenapa up status macam tu..

Menda ni jadi pada diri sendiri, kiranya macam pengalaman aku ler..depan kita orang tu bukan main baik, pijak semut pun x mati lah ibarat kata pepatah...tapi bila dibelakang kita, mak oiiii..gajah pun boleh mati ooo

Rupanya; dalam setiap perbuatan dan tindakan yang kita lakukan, pasti ada mata2 yang tidak senang melihat, ada mulut2 yg ringan mengeji dan ada hati2 yang sakit. Puncanya sebab hati itu sendiri yang rosak..bak kata ustaz banyakkan melihat kebaikan dan keburukan diri sendiri daripada melihat keburukan dan kebaikan orang lain barulah kita tidak punya masa untuk melihat dan menilai orang lain.

Adat di pejabat, terdapat berbagai-bagai jenis orang dan sikap. Tidak semua sukakan kita dan tidak semua bencikan kita. Boleh jadi kerana tidak suka atau suka pada seseorang, tempiasnya mengenai orang yang lain. Cuma yang tidak selesa dan tidak sedap di dengar adalah bila amalan bercakap di belakang dan sindir-menyindir menjadi amalan, rutin harian.

Bercakap, bergelak ketawa, menganying seolah2 diri sendiri maksum, baik dan sebaliknya..itu sebahagian tanda rosaknya hati dan riak diri tanpa sedar. Kita menjadi semakin ghairah mengata keburukan orang bila mendapat sokongan orang yang lain...itu realiti dan hakikat yang perlu diakui.

Macam yang aku dengar semalamlah, waima tidak suka sekalipun tidak perlu nak mengata lebih2, cukuplah menjadi peringatan buat diri sendiri agar kita yang melihat tu tidak melakukannya juga. Bukan menjaja cerita ke sana ke mari dengan tujuan mengaibkan diri orang lain. Allah pun pernah kata, jika hari ini kita mengata orang, esok lusa kita juga akan mendapat natijahnya sebab setiap kata2 yang kita ucapkan tu adalah doa...jadi cakap yang baik2, fikir yang baik2, buat yang baik2..kalau tidak boleh juga....diam itu LEBIH BAIK.

15 May 2018

Doa agar terhindar dari perbuatan maksiat



“ALLAHUMMAGHFIR ZANBAHU, WA TOHHIR QALBAHU, WA HASSIN FARJAHU”
"Ya Allah ampunkanlah dosanya, bersihkanlah/sucikanlah hatinya (dari memikirkan sesuatu maksiat), dan jagalah kemaluannya (dr melakukan zina)"
Selepas itu, pemuda itu tidak lagi memandang sesuatu (yg berupa maksiat (terutama zina), natijah maqbulnya doa Nabi SAW).
(HR Ahmad 5/256-257, Dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Kitab Al-Silsilah Al-Sahihah 1/645)

Disunatkan mendoakan untuk anak-anak/adik-adik yang masih kecil, semoga mereka terlindung dari fitnah zina, dan boleh juga doakan utk diri sendiri, tukar kata ganti nama sebagaimana berikut:

اللهم اغْفِرْ ذَنْبِي وَطَهِّرْ قَلْبِي وَحَصِّنْ فَرْجِي

“ALLAHUMMAGHFIR ZANBI, WA TOHHIR QALBI, WA HASSIN FARJI”

Untuk anak/adik perempuan:

اللهم اغْفِرْ ذَنْبَهَا وَطَهِّرْ قَلْبَهَا وَحَصِّنْ فَرْجَهَا

“ALLAHUMMAGHFIR ZANBAHA, WA TOHHIR QALBAHA, WA HASSIN FARJAHA”

Semoga dengan pengamalan doa yang ma’thur (daripada Sunnah Rasulullah SAW) ini, diri kita, zuriat kita, generasi kita terpelihara dari fitnah zina yg semakin meruncing di akhir zaman ini.

Amiin Ya Rabb..


اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَساَلُكَ التَّوبَةَ وَدَوَامَهَا وَنَعُوذُبِكَ مِنَ المَعصِيَةِ وَاَسبَابِهَا وَذَكِّرنَا بِالخَوفِ مِنكَ قَبلَ هُجُومِ خَطَرَاتِهَا وَاحمِلنَا على النَّجَاةِ مِنهَا وَ مِنَ التَّفَكُّرِ فِى طَرَائِقِهَا وَامحُ مِن قُلُوبِنَا حَلَاوَةَ مَااجتَنَينَاهُ مِنهَا وَاستَبدِلْهَا بِالكَرَاهَةِ لَهَا وَالطَّمَعِ لِمَا هُوَ بِضِدِّهَا.

"ALLAHUMMA INNAA NAS-ALUKAT TAUBATA WADAWAAMAHAA WANA'UUDZUBIKA MINAL MA'SHIYYATI WA ASBAABIHAA WA DZAKIRNAA BIL KHAUFI MINKA QABLA HUJUUMI KHATHARAATIHAA WAHMILNAA 'ALAN NAJAATI MIHAA WAMINAT TAFAKKURI FII THARAA-IQIHAA WAMHU MIN QULUUBINAA HALAAWATA MAJTANAINAAHU MINHAA WASTABDILHAA BIL KARAAHATI LAHAA WATHTHAMA'A LIMAA HUWA BIDHIDDIHAA."

Artinya :"Wahai Allah, kami memohon kepadaMu petunjuk sehinnga kami bertaubat senantiasa atas segala dosa dan kesalahan kami. Dan aku berlindung kepadaMu dari perbuatan maksiyat dan sebab-sebabnya, dan jadikanlah kami selalu ingat kepadaMu, sebelum datangnya hasrat untuk berbuat maksiyat yang penuh bahaya. Selamatkanlah dengan adanya perasaan benci selalu terhadap perbuatan maksiat serta terbitkanlah dalam hati kami adanya rasa loba untuk berbuat sebaliknya."

Adapun do'a bagi orang-orang yang sering melakukan perbuatan maksiat agar diampuni dosanya dan diberikan hidayah untuk segera bertaubat dan tidak mengulangi lagi perbuatannya.

copy n paste dr justblog 

07 May 2018

REDHA, tidak semudah mengucapkannya..

REDHA itu IKHLAS, tapi IKHLAS itu SAKIT...

Itulah hakikat yang diakui. Mata memandang tidak sama dengan bahu yang memikul, berkata-kata memang senang, malah siap mendabik dada, mengagung diri sendiri TETAPI bila terkena batang hidung sendiri baru jatuh terjelepuk.Lumrah kehidupan..

Perkongsian drpd Ustaz Farhan di TV9 tadi...

Kunci REDHA ada 3...

1. Belajar menerima segalanya dengan lapang dada
2. Dekatkan diri kepada NYA
3. Banyakkan zikir  إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎

Pelaksanaan REDHA itu ada 2...

1. Zuhud - carilah dunia seadanya,
2. Qanaah - cukuplah dengan apa yang ada

Contohilah sifat Abu Bakar as, peribadinya cukup disegani, namun mampukah kita menjadi sepertinya. Mahu atau tidak; tanya diri sendiri, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih...

11 February 2018

Kenali DIRI

Perkongsian ceramah dr Ustaz Suhaimi, JPP Kelantan di pejabat baru-baru ini.

Perkara Pertama perlu dilakukan ialah, semak diri sendiri dari sudut:

1. Hati ---> iman
2. Akal ---> Faham/Tidak Faham
3. Badan ---> Mampu / Tidak mampu

Hati
- Membawa maksud menilai keimanan diri.
- Pengisian hati --> adakah baik/buruk/racun isinya
- Perbanyakkan zikir, syahadah dan tajdid
- Banyakkan berdoa/taubat
- Kebaikan tidak boeh dicatat tanpa asas tajdid
- Solat dan tajdid --> asas yang pertama membentuk hati
                             --> tanpa solat, amalan tiada tempat bergantung
- 7 asas yang perlu dijaga
      1. Mata - menjaga pandangan yang tidak diharuskan, pandang yang baik-baik sahaja
      2. Telinga - menjaga dari mendengar mengumpat dan lain-lain yang tidak baik
      3. Lidah - menjaga dari berkata kasar/kuat/sehingga menyakitkan hati orang lain
      4. Perut - menjaga halal dan haram punca/sumber makanan, elakkan syubhat
      5. Kemaluan - jauhi zina
      6. Tangan - semak apa yang dilakukan, adakah digunakan untuk kebaikan/sebaliknya
      7. Kaki - semak ke mana ianya melangkah dan adakah ke arah kebaikan/sebaliknya

Akal
- Membangunakan budaya
- Membezakan manusia dengan ciptaanNya yang lain
- Mengetahui makanan akal --> ILMU
                  --> Fardhu Ain :
                        - Ussuluddin
                        - Tauhid -- kenali sifat Tuhan (Sifat 20)
                        - Feqah -- solat,puasa,zakat,haji,sedekah
                        - Tassawuf/Akhlak -- Buat ibadat seolah-olah nampak Allah dan dilihat olehNya

                  --> Fardhu Kifayah

Badan
- Jaga pemakanan, jaga kesihatan sebaiknya demi untuk beribadat kepadaNya


16 January 2018

08 January 2018

Taubat...

Semalam usai program usrah rumah ngaji di pejabat, aku terkesan dengan satu kata-kata ustazah....antara tanda-tanda taubat tidak diterima oleh Allah ialah :

- jika kita bersalah pada orang, kita mohon maaf..dimaafkan..tapi jika kita masih teringat2, maka keampunan dari Allah masih belum dapat

- jika kita melakukan kesalahan..melakukan dosa...dan masih lagi terbayang2kan dosa itu, maka taubat itu juga masih belum diterima oleh Allah..

Jesteru itu, laksanakanlah solat taubat itu sehingga kita merasakan satu kelapangan dan sehinggalah Allah menerima taubat kita. Mana mungkin hanya sekali solat sunat taubat, kita mengganggapkan Allah mengampunkan waima Dia Maha Pengampun...tiada manuasia yang tidak berdosa. Jadi bersihkan hati, sucikan diri, perbanyakkanlah solat taubat memohon keampunan dariNya...

07 January 2018

Mengundang Damai di Hati

Memasuki satu demi satu fasa baru dalam kehidupan sepanjang 36 tahun hidup. Dari bergelar anak..kakak..kawan..sahabat..isteri... dan kini bergelar ibu. Jika dulu bujang..kini telah berumahtangga. Banyak susur galur, onak duri ranjau kehidupan telah pun aku tempuhi sepanjang bergelar manusia di atas muka bumi ini. 

Namun sejauhmana aku bersyukur?persoalan yang hanya kita sahaja tahu apa jawapannya dan bagaimana menghadapinya. Marah dendam, tawa dan tangis tidak dapat dipisahkan dari hidup kita. Masing2 punya cerita sendiri, punya moment sendiri. Setiap orang tidak sama antara satu sama lain, pasti berbeza walau sedikit..secalit..tidak akan sama...walau ibu dengan anak, walau adik beradik, pasti beza itu ada.

Dek lantaran itulah, kita akan sentiasa tidak berpuas hati terhadap orang lain, juga terhadap diri sendiri...ada jer yang tidak kena..tidak sempurna..begitu...begini...macam2 persoalan...macam2 tafsiran. Pokok pangkal jalan cerita...sentiasalah bersyukur, bersederhana dalam segala...baik buruk di tangan kita sendiri. Mahu melihat orang lain sesempurna kita, itu adalah mustahil!! Allah menjadikan sesuatu juga seseorang untuk saling lengkap melengkapi, pasti ada yang kurang untuk ditampung dengan yang lebih...melihat sesuatu yang buruk untuk dijadikan pengajaran, ditemukan yang baik untuk dijadikan pedoman. Maka nikmat Allah yang bagaimanakah ingin didustakan?

Percayalah jika kita REDHA dan BERSYUKUR akan sesuatu yang telah Allah takdirkan untuk kita lambat laun satu hari nanti kita akan berasa damai itu ada, mawaddah dan sakinah itu ada..cuma kita yang menolaknya, menafikannya..jadi fikir2lah..dan itu lah yang aku rasakan kini. Betapa penolakan itu telah menjadikan aku seorang yang lemah, yang hanya berserah, hanya tahu mengungkit..tahu mempersoalkan seolah2 aku sendiri mencipta nasib diri sedangkan segalanya telah Allah tuliskan untuk aku sejak dari azali...namun apabila aku sedari, Alhamdulillah...aku rasa hepi..rasa satu rasa yang selama ini aku cari...tenang dan damai yang pastinya tidak boleh dijual beli...Terima kasih ya Allah memberikan aku rasa ini sebelum aku terus hanyut dibuai keindahan duniawi....



04 January 2018

erti BAHAGIA

Sampai opis, tgk lh tb9, Tanyalah Ustaz...sedikit perkongsian dari UStaz Norhisyam Tuan Padang..(ustaz peberet) yang menusuk hati dan perasaan aku pada pagi ni ialah :

.... Mengapa BAHAGIA tu ada, tetiba menghilang?
   - Asbab utama adalah " Bahagia itu HILANG apabila;

     1. Kita meninggalkan Allah
     2. Kita melanggar peraturan Allah
     3. Kita jauh dari Allah
     4. Kita kurang Mengingati Allah
     5. Kita Mengambil sesuatu yang bukan hak

     puncanya adalah dari DIRI SENDIRI juga..jadi sama2lah kita muhasabah diri...

.... Bagaimana nak KEKALkan bahagia tu....
   - Cara mudah untuk kekalkan rasa bahagia itu..jadilah orang yang BERSYUKUR...

.... Bagaimana nak BERSYUKUR
    - Sentiasa berzikir.. Alhamdulillah
    - Ingat Allah selalu
    - Sentiasa lihat sekeliling, lihat kedaifan org lain, kesusahan org lain, kesakitan org lain
    - Amalkan solat Dhuha sebab Dhuha bukan untuk murah rezeki shj, tp juga sebagai tanda syukur

02 January 2018

cerita satu CINTA


Kepada yang masih SINGLE..Cinta ibarat kupu-kupu.Makin kau kejar, makin ia menghindar.Tapi, bila kau biarkan ia terbang,ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti.Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN....Cinta bukannya mencari seseorang yang ''SEMPURNA",tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"bila kau tidak benar-benar peduli.Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada.Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya.Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta,sedangkan kau tidak berniat langsung"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI...Sakit... luka… hancur.. patah hati...bertahanlah selama kau menginginkannya tapi ingat kau akan menghiris luka yang dalam jika kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...Bagaimana kalau jatuh cinta?Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2.Bersedialah untuk terluka dan menderita,tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain,tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI..Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang.Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu.Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya

Kepada yang masih bertahanMENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak.Kalau sekarang dia sudah tidak layak,10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.biarkan dia pergi dan lupakan.

01 January 2018

2018


salam tahun baru buat diri aku..dan semua lah..
semakin byk no kat belakang tu, semakin bertambah usia aku juga..

wish list aku tahun baru ni...hahahhaha...biarlah rahsia..sebabnya kalau sembang dulu,alamatnya tak menjadi ler jawabnya...