19 December 2017

resepi peberet aliff


Laksa Sarawak

Bahan-bahan :

·                     200 g pes atau perencah laksa pes HJ Manan
·                     isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
·                     1/2 kilo udang basah 
·                     1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
·                     4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
·                     2 batang serai (diketuk)
·                     200-250 ml santan pekat
·                     garam dan gula secukup rasa
·                     taugeh (dicelur)
·                     sedikit daun ketumbar (diracik)
·                     limau kasturi secukupnya (dibelah dua)

Cara-cara :
1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
2.  Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 
3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. 

# Peberet kami....pinjam resipi dr blog DayangJack@dapurkusayang....

17 December 2017

Peringatan demi peringatan..

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud:
”Sesiapa melepaskan suatu kesukaran dunia pada seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan baginya di hari kiamat. Dan siapa yang meringankan kemiskinan seseorang, nescaya Allah akan meringankan pula kesulitannya di dunia dan akhirat. Dan sesiapa yang menutup keburukan seseorang Muslim, nescaya Allah menutupi pula keburukannya di dunia dan akhirat. Allah SWT selalu menolong hamba selama hamba menolong saudaranya.”

Mereka yang memberi sedekah akan dilapangkan keadaan hidupnya dan dimudahkan urusannya sehingga tercapai cita-citanya.

Mengenai fadilat bersedekah Rasulullah SAW bersabda bermaksud: ”Tiada seorang Muslim yang sanggup memberikan pakaian kepada Muslim lain, melainkan hidupnya dalam jagaan Allah selagi pakaian yang disedekahkan itu masih berada di tubuh penerimanya.”

Allah akan menolong hambanya selama hamba itu suka menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)

journey together

Pejam celik begitu cepat masa berlalu...masa drive ke tempat kerja pagi tadi, aku tersilau ke kereta sebelah..ada 2 anak kecil di seat penumpang sebelah pemandu..agak2 dlm lingkungan 1 dan lebih..pemandunya seorang wanita berjiwa kental. Kenapa label mcm tu..hahahahaaa..sebabnya hanya kami yang berjiwa kental sahaja sanggup meredah kesibukan pagi, dengan membawa anak kecil di sisi sebagai co-pilot...2 pulak tu...Pengalaman yang sama yang dah pun aku rasai selama bertahun2 melalui pahit getir berulang alik dari rumah di PC ke tempat kerja di seberang sungai Kelantan..

Asalnya penat dan rasa x sanggup..tapi betul kata pepatah, alah bisa tegal biasa...journey itu moment terindah dalam hidup...bawa kereta pasang lagu siap2...nyanyi sampai keluar anak tekak semata2 nak tarik perhatian hero 2 org aku tu agar x melalak dalam kereta...berjaya...perjalanan jadi sekejap, malah menyeronokkan, bawa kereta pun hati tenang....org nak tgk, nak kata apa..lantaklah..janji kami hepi.

Naik kereta berhingguk2, berjoget..meloncat ikut irama...ngan kepala aku sekali tersengguk2..terhangguk2...hahahaha...seronok...

Tapi moment tu dah pun berlalu, anak2 pun dah besar, dah x merasa suasana mcm tu lagi...tapi klu diberi pilihan, mahu aku undur kembali masa lalu..saat tu hanya tuhan yang tahu betapa indah waktu mereka masih keanak2an..ikhlas..jujur dalam segala tindakan dan kata2...




12 December 2017

i wish and i dream bigger for it


i wish for a better life...
i wish for my dream come true...
i wish to go for umrah one day...
i wish to have a life with my luv...
i wish to eat my favourite food...
i wish to breath near my luv...
i wish to have a sweet life with you all...
i wish til have my sleepless night with you all beside me...
i wish to grow older with you all...
i wish to die while looking at you all...
i wish...i wish...i wish...
and i dream for it last time before....
wish for my hubby..aliff..izzat..airis...will journey together until we die...

07 December 2017

::: keLuarGa :::

Dalam banyak-banyak anugerah Allah, anugerah keluargalah yang paling bermakna dalam diri saya. Saya sayang mak dan arwah abah kerana redha Allah ke atas saya bergantung ke atas redha mereka terhadap saya. Saya amat sayang isteri saya kerana beliaulah yang sentiasa bersama saya, menjadi tulang belakang ketika susah dan senang. Saya juga terlalu sayang dengan anak-anak saya, kerana mereka adalah pelaburan tetap saya untuk hari akhirat. Mereka jugalah penghibur hati saya ketika duka.

Selepas berkahwin, saya tidak pernah hidup terlalu berjauhan dalam tempoh masa yang lama dengan keluarga. Paling lama pun, ialah ketika isteri menghadiri kursus BTN. Hanya Allah sahaja yang tahu dalam tempoh 5 hari tersebut, betapa rindunya Raed yang ketika itu berumur setahun setengah terhadap mamanya. Selepas itu, tidak pernah kami tinggal berjauhan. Walaupun saya kadang-kadang sibuk setiap hujung minggu memenuhi jemputan di sana sini, akan tetapi akan pulang juga bersama keluarga.

Setelah hampir 5 tahun nikmat itu Allah pinjamkan kepada kami sekeluarga, saya sedar akan tiba suatu hari nanti Allah akan uji kami dengan menarik seketika nikmat tersebut. Dan itulah yang berlaku sekarang. Atas sebab rasmi, secara mengejut kini saya hidup dalam episod bercinta antara benua.

Saya dan anak-anak lelaki terpaksa pulang ke tanah air, sementara isteri dan baby Sofea akan akan terus berada di UK sehinggalah tamat research beliau. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas dan drastik. Hari ini dapat pasport, esoknya beli tiket, lusanya terbang, tulatnya sudah masuk kerja. Siapa yang mahu berpisah dengan keluarga dan anak-anak. Siapa yang mahu menyeksa perasaan diri serta insan tersayang dalam kadar waktu yang pantas dan mengejut.

Beginilah ketetapan Allah. Bukan semua yang kita inginkan, akan diberikan oleh Allah SWT. Sekadar peringatan dan penawar kepada hati yang masih berduka ini, di celah kesibukan menjadi 'bapa tunggal' berkarier, saya nukilkan warkah peringatan ini khususnya untuk diri kami sekeluarga.

Mengapa Allah uji kita, dengan menahan seketika kehendak peribadi kita?

1. Mungkin ini sebagai kaffarah dosa untuk diri kita.
Semua kita, tidak kiralah sama ada yang bergelar ustaz ustazah atau pun tidak, adalah berhadapan dengan risiko melakukan dosa. Ketebalan iman seseorang boleh dirobek dengan walau dengan sekelumit kealpaan. Beruntunglah bagi yang segera bertaubat dan berisghfar setelah melakukan dosa. Dalam pada itu, insaflah betapa luasnya rahmat Allah kepada kita, sehinggakan disediakan sebab dosa-dosa itu boleh diampunkan, iaitu dengan kaffarah melalui ujian dan penderitaan. Sabda nabi Muhammad SAW dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Tiadalah muslim yang ditimpa cubaan seperti sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah akan dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.

2. Tercatat dalam ketetapan Allah dan terbukti jua di dalam sejarah, bahawa keluarga yang baik biasanya akan menerima ujian yang besar.
Seolah-olah, ujian penderitaan adalah prasyaratnya. Kisah yang berlaku antara nabi Ibrahim, isterinya Hajar serta puteranya nabi Ismail telah melahirkan daripada keturunan mereka manusia yang hebat, yang terulung sekali ialah nabi Muhammad SAW.
Saya dan keluarga hanya diuji barangkali setengah tahun sahaja, di dalam dunia yang sudah dilengkapi dengan prasarana komunikasi yang hebat. Setiap malam, kita boleh sahaja berhubung melalui video conference. Semua ini masih belum wujud lagi semasa zaman nabi Ibrahim terpaksa meninggalkan Hajar dan Ismail di kota Bakkah yang kering kontang tanpa penghuni dan sumber alam. Bayangkan, betapa hibanya hati seorang ayah terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di tempat dan keadaan yang amat ekstrim. Akan tetapi, ketabahan serta kesabaran mengharungi ujian, melayakkan mereka semua mendapat inayah dan bantuan Allah. Ketabahan mereka berhadapan dengan ujian hebat, akhirnya melahirkan generasi yang hebat.

3. Siapa yang tidak sedih menerima ujian ini. Akan tetapi perlu dididik dan dilentur hati kita, bahawa ujian yang Allah beri sekarang ini hanyalah sedikit sahaja berbanding ujian orang lain.
Apalah sangat ujian hidup cinta antara benua ini, berbanding dengan mereka yang diuji dengan kehilangan insan tersayang. Apalah sangat ujian kita ini, berbanding ujian ibu, ayah dan anak-anak Palestin khususnya di Genting Gaza. Apalah sangat ujian kita ini, berbanding nasib ramai umat Islam yang menjadi mangsa diskriminasi diktator manusia di seluruh dunia. Sehinggakan terpisah tanpa khabar berita, berjumpa tidak pernah, bertemu berharap tak usah.

Sedih memanglah sedih. Akan tetapi buat apa perlu melayan kesedihan itu secara berlebihan. Sedangkan banyak lagi nikmat kesenangan (yang sepatutnya perlu dibaca sebagai ujian) berlegar di sekitar kita. Dalam masa yang sama, ramai lagi yang lebih menderita tetapi tabah di dalam diuji Allah.

Ya Allah, bantulah keluarga kami. Permudahkanlan urusan kami. Permudahkanlah anak-anak kami menerima perubahan drastik yang mencabar ini. Murahkanlah rezeki kami. Kurniakanlah daripada isteri dan anak-anakku, penyejuk mata, dan jadikanlah mereka generasi imam yang bertaqwa. Amin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada sanak saudara dan rakan taulan yang membantu dan memahami ujian kami ini.

#copy paste