19 December 2017

resepi peberet aliff


Laksa Sarawak

Bahan-bahan :

·                     200 g pes atau perencah laksa pes HJ Manan
·                     isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
·                     1/2 kilo udang basah 
·                     1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
·                     4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
·                     2 batang serai (diketuk)
·                     200-250 ml santan pekat
·                     garam dan gula secukup rasa
·                     taugeh (dicelur)
·                     sedikit daun ketumbar (diracik)
·                     limau kasturi secukupnya (dibelah dua)

Cara-cara :
1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
2.  Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 
3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. 

# Peberet kami....pinjam resipi dr blog DayangJack@dapurkusayang....

17 December 2017

Peringatan demi peringatan..

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud:
”Sesiapa melepaskan suatu kesukaran dunia pada seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan baginya di hari kiamat. Dan siapa yang meringankan kemiskinan seseorang, nescaya Allah akan meringankan pula kesulitannya di dunia dan akhirat. Dan sesiapa yang menutup keburukan seseorang Muslim, nescaya Allah menutupi pula keburukannya di dunia dan akhirat. Allah SWT selalu menolong hamba selama hamba menolong saudaranya.”

Mereka yang memberi sedekah akan dilapangkan keadaan hidupnya dan dimudahkan urusannya sehingga tercapai cita-citanya.

Mengenai fadilat bersedekah Rasulullah SAW bersabda bermaksud: ”Tiada seorang Muslim yang sanggup memberikan pakaian kepada Muslim lain, melainkan hidupnya dalam jagaan Allah selagi pakaian yang disedekahkan itu masih berada di tubuh penerimanya.”

Allah akan menolong hambanya selama hamba itu suka menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)

journey together

Pejam celik begitu cepat masa berlalu...masa drive ke tempat kerja pagi tadi, aku tersilau ke kereta sebelah..ada 2 anak kecil di seat penumpang sebelah pemandu..agak2 dlm lingkungan 1 dan lebih..pemandunya seorang wanita berjiwa kental. Kenapa label mcm tu..hahahahaaa..sebabnya hanya kami yang berjiwa kental sahaja sanggup meredah kesibukan pagi, dengan membawa anak kecil di sisi sebagai co-pilot...2 pulak tu...Pengalaman yang sama yang dah pun aku rasai selama bertahun2 melalui pahit getir berulang alik dari rumah di PC ke tempat kerja di seberang sungai Kelantan..

Asalnya penat dan rasa x sanggup..tapi betul kata pepatah, alah bisa tegal biasa...journey itu moment terindah dalam hidup...bawa kereta pasang lagu siap2...nyanyi sampai keluar anak tekak semata2 nak tarik perhatian hero 2 org aku tu agar x melalak dalam kereta...berjaya...perjalanan jadi sekejap, malah menyeronokkan, bawa kereta pun hati tenang....org nak tgk, nak kata apa..lantaklah..janji kami hepi.

Naik kereta berhingguk2, berjoget..meloncat ikut irama...ngan kepala aku sekali tersengguk2..terhangguk2...hahahaha...seronok...

Tapi moment tu dah pun berlalu, anak2 pun dah besar, dah x merasa suasana mcm tu lagi...tapi klu diberi pilihan, mahu aku undur kembali masa lalu..saat tu hanya tuhan yang tahu betapa indah waktu mereka masih keanak2an..ikhlas..jujur dalam segala tindakan dan kata2...




12 December 2017

i wish and i dream bigger for it


i wish for a better life...
i wish for my dream come true...
i wish to go for umrah one day...
i wish to have a life with my luv...
i wish to eat my favourite food...
i wish to breath near my luv...
i wish to have a sweet life with you all...
i wish til have my sleepless night with you all beside me...
i wish to grow older with you all...
i wish to die while looking at you all...
i wish...i wish...i wish...
and i dream for it last time before....
wish for my hubby..aliff..izzat..airis...will journey together until we die...

07 December 2017

::: keLuarGa :::

Dalam banyak-banyak anugerah Allah, anugerah keluargalah yang paling bermakna dalam diri saya. Saya sayang mak dan arwah abah kerana redha Allah ke atas saya bergantung ke atas redha mereka terhadap saya. Saya amat sayang isteri saya kerana beliaulah yang sentiasa bersama saya, menjadi tulang belakang ketika susah dan senang. Saya juga terlalu sayang dengan anak-anak saya, kerana mereka adalah pelaburan tetap saya untuk hari akhirat. Mereka jugalah penghibur hati saya ketika duka.

Selepas berkahwin, saya tidak pernah hidup terlalu berjauhan dalam tempoh masa yang lama dengan keluarga. Paling lama pun, ialah ketika isteri menghadiri kursus BTN. Hanya Allah sahaja yang tahu dalam tempoh 5 hari tersebut, betapa rindunya Raed yang ketika itu berumur setahun setengah terhadap mamanya. Selepas itu, tidak pernah kami tinggal berjauhan. Walaupun saya kadang-kadang sibuk setiap hujung minggu memenuhi jemputan di sana sini, akan tetapi akan pulang juga bersama keluarga.

Setelah hampir 5 tahun nikmat itu Allah pinjamkan kepada kami sekeluarga, saya sedar akan tiba suatu hari nanti Allah akan uji kami dengan menarik seketika nikmat tersebut. Dan itulah yang berlaku sekarang. Atas sebab rasmi, secara mengejut kini saya hidup dalam episod bercinta antara benua.

Saya dan anak-anak lelaki terpaksa pulang ke tanah air, sementara isteri dan baby Sofea akan akan terus berada di UK sehinggalah tamat research beliau. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas dan drastik. Hari ini dapat pasport, esoknya beli tiket, lusanya terbang, tulatnya sudah masuk kerja. Siapa yang mahu berpisah dengan keluarga dan anak-anak. Siapa yang mahu menyeksa perasaan diri serta insan tersayang dalam kadar waktu yang pantas dan mengejut.

Beginilah ketetapan Allah. Bukan semua yang kita inginkan, akan diberikan oleh Allah SWT. Sekadar peringatan dan penawar kepada hati yang masih berduka ini, di celah kesibukan menjadi 'bapa tunggal' berkarier, saya nukilkan warkah peringatan ini khususnya untuk diri kami sekeluarga.

Mengapa Allah uji kita, dengan menahan seketika kehendak peribadi kita?

1. Mungkin ini sebagai kaffarah dosa untuk diri kita.
Semua kita, tidak kiralah sama ada yang bergelar ustaz ustazah atau pun tidak, adalah berhadapan dengan risiko melakukan dosa. Ketebalan iman seseorang boleh dirobek dengan walau dengan sekelumit kealpaan. Beruntunglah bagi yang segera bertaubat dan berisghfar setelah melakukan dosa. Dalam pada itu, insaflah betapa luasnya rahmat Allah kepada kita, sehinggakan disediakan sebab dosa-dosa itu boleh diampunkan, iaitu dengan kaffarah melalui ujian dan penderitaan. Sabda nabi Muhammad SAW dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Tiadalah muslim yang ditimpa cubaan seperti sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah akan dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.

2. Tercatat dalam ketetapan Allah dan terbukti jua di dalam sejarah, bahawa keluarga yang baik biasanya akan menerima ujian yang besar.
Seolah-olah, ujian penderitaan adalah prasyaratnya. Kisah yang berlaku antara nabi Ibrahim, isterinya Hajar serta puteranya nabi Ismail telah melahirkan daripada keturunan mereka manusia yang hebat, yang terulung sekali ialah nabi Muhammad SAW.
Saya dan keluarga hanya diuji barangkali setengah tahun sahaja, di dalam dunia yang sudah dilengkapi dengan prasarana komunikasi yang hebat. Setiap malam, kita boleh sahaja berhubung melalui video conference. Semua ini masih belum wujud lagi semasa zaman nabi Ibrahim terpaksa meninggalkan Hajar dan Ismail di kota Bakkah yang kering kontang tanpa penghuni dan sumber alam. Bayangkan, betapa hibanya hati seorang ayah terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di tempat dan keadaan yang amat ekstrim. Akan tetapi, ketabahan serta kesabaran mengharungi ujian, melayakkan mereka semua mendapat inayah dan bantuan Allah. Ketabahan mereka berhadapan dengan ujian hebat, akhirnya melahirkan generasi yang hebat.

3. Siapa yang tidak sedih menerima ujian ini. Akan tetapi perlu dididik dan dilentur hati kita, bahawa ujian yang Allah beri sekarang ini hanyalah sedikit sahaja berbanding ujian orang lain.
Apalah sangat ujian hidup cinta antara benua ini, berbanding dengan mereka yang diuji dengan kehilangan insan tersayang. Apalah sangat ujian kita ini, berbanding ujian ibu, ayah dan anak-anak Palestin khususnya di Genting Gaza. Apalah sangat ujian kita ini, berbanding nasib ramai umat Islam yang menjadi mangsa diskriminasi diktator manusia di seluruh dunia. Sehinggakan terpisah tanpa khabar berita, berjumpa tidak pernah, bertemu berharap tak usah.

Sedih memanglah sedih. Akan tetapi buat apa perlu melayan kesedihan itu secara berlebihan. Sedangkan banyak lagi nikmat kesenangan (yang sepatutnya perlu dibaca sebagai ujian) berlegar di sekitar kita. Dalam masa yang sama, ramai lagi yang lebih menderita tetapi tabah di dalam diuji Allah.

Ya Allah, bantulah keluarga kami. Permudahkanlan urusan kami. Permudahkanlah anak-anak kami menerima perubahan drastik yang mencabar ini. Murahkanlah rezeki kami. Kurniakanlah daripada isteri dan anak-anakku, penyejuk mata, dan jadikanlah mereka generasi imam yang bertaqwa. Amin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada sanak saudara dan rakan taulan yang membantu dan memahami ujian kami ini.

#copy paste

25 November 2017

.. ingatan buat yg bernama SUAMI ....

Ada yang bertanya, "Boleh tak kita mencuri duit dari poket suami untuk kegunaan keperluan rumahtangga?" Walaupun pasti majoriti sudah maklum akan jawapannya, di sini hanya sekadar ingin bertanya pihak suami, "Kenapa harus isteri mencuri haknya sendiri yang tidak kamu tunaikan?"



Dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: "Saya datang kepada Rasulullah S.A.W lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami?" Sabdanya: "Berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)



Ayat-ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawab memberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya.
Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam hal ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya. Akan tetapi sekiranya si suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini si isteri dibenarkan mengambil harta suaminya seperti sabda Rasulullah S.A.W:
Dari Aisyah r.a berkata: Sesungguhnya Hindun datang kepada Rasulullah lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya". Lalu Baginda bersabda: "Ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar". (H.R Bukhari dan Muslim.



*Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;
i. Makanan.
ii. Bahan-bahan keperluan dapur seperti rempah-ratus (bawang, beras/ tepung, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya)
iii. Pembantu rumah bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan (sabun, syampu, dan lain-lain)
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas bilik tidur dan sebagainya
vii. Tempat tinggal (rumah).
(an-Nawawi: 450-461)


Nafkah suami terhadap isteri yang tidak terlangsai itu akan tetap dikira sebagai hutang sekiranya isterinya tidak redha. Mengikut Hukum Syara' isteri yang taat dan tidak disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Syariah berhak mendapat nafkah daripada suaminya.
*Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah suaminya iaitu antara lain;
a) Apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya.
b) Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
c) Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.



Kepada para isteri, andai isteri-isteri semua redha tidak diberikan nafkah tersebut oleh si suami, maka terlepaslah hukuman untuk suami-suami anda di akhirat. Tetapi andai isteri tidak redha, persoalan nafkah ini akan tetap dibangkitkan kembali ketika hari penghisaban di akhirat kelak.
Kepada para suami sekiranya nafkah si isteri tersebut sengaja diabaikan, bawalah bertaubat dan langsaikanlah semula hak-hak si isteri mengikut kemampuan anda. Sudah tentu anda tidak mahu disekat daripada menjejakkan kaki ke Syurga semata-mata kerana hutang anda yang tidak terlangsai kepada si isteri. Wallahualam.

05 October 2017

Sabar itu INDAH

Kadang-kadang, bila memikirkan cerita seorang suami menyayangi seorang perempuan lain selain isterinya, memang aku sebagai seorang wanita akan rasa marah, geram, cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni.

Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku.

Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu rasa ini bertamu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana  menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

07 April 2017

11 years...

Hehehe...
Pejam celik dah genap 11 tahun usia perkahwinan kami..ada masam manis pahit kelat...semuanya bercampur menjadi satu rasa yang sukar untuk diterjemahkan melalui kata2..hanya yg pernah melaluinya sahaja akan mengerti dan memahami erti berkongsi hidup berumahtangga..
Bukan mengeluh tapi terasa bangga,walau sukar,walau dipukul onak dan badai,bertunjangkan kesabaran dan keikhlasan Allah menjaga ukhwah antara kami bersatu sebagai suami dan juga isteri sehingga ke detik penulisan ini ditulis.
Dan...doa kami agar ikatan ini kekal utuh sehingga ke jannah..aminnnn

04 April 2017

tHE pROOF IS oUT tHERE


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi..
Cinta membawa penderitaan tapi tidak pernah jua berdendam dan tidak pernah membalas dendam.
Dimana ada cinta.. di situ ada kehidupan. kebencian hanya akan membawa kepada kemusnahan.

-maHatma Ghandi-

13 March 2017

- Rezeki dan Keberkatan -

Jazakillah khairan Ustazah Ummu Athirah Yusuf atas perkongsian.. Saya copy paste untuk rakan-rakan ya..
*******
~Rezeki dan Keberkatan~
Maaf, saya tak ads sumber rujukan atau sumber ambilan..
Moga ada pengajaran yg boleh dipetik..
Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja
Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Nabi Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.
"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"
Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.
Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Nabi Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.
Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.
Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.
Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.
Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.
Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.
Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.
Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Nabi Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda Nabi Musa AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.
Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Nabi Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.
Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Nabi Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."
Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:
Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.
Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.
Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.
Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.
Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.
Jadi Rezeki memang ditakdirkan...
Tetapi ..
BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.
Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.
Moral dari kisah ini
- Janganklah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang.
- Bersyukur walaupun sedikit.
- Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan.
- Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
- Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang.
- Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum.
- Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.
Wallahualam😍
moga bermanfaat dan mndpt berkat..
moga rezeki kita sntiasa Allah jamin mnjdi asbab kita semua ke syurga dunia dan syurga akhirat!..

15 February 2017

ramaiyg TERLUPA

Assalamulaikum dan selamat pagi..
Tertarik dengan kata2 Prof Muhaya "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.. sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.." Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata2 sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.
Nampak remeh hal ni.. tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah2an dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.
Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia... untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga ?
"Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.."

08 February 2017

maybe.....

i've been through that situation
it's hard. really
it hurts
so much
and what i can do,
watch from far. :(

xpelah. what goes around comes around.
xkan selamanya dia hepi kan?
nanti bila dia rasa ape yg kita pernah rasa.
kita ckp:
u deserve that. :)

Jangan diTangisi Jika Ia Bukan Milikmu...

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Persis Sungai yg Mengalir...

Mataku tidak berkerlip memandang ke arah sungai yang tenang. Dari jendela kamar lantai rumahku, kelihatan sungainya begitu tenang. Kadang-kadang burung yang kecil hinggap di sana dan terbang kembali entah ke mana arah tujunya.

Sering kali aku tertanya-tanya apa yang ada di benak fikiran burung-burung itu? Kadang-kadang terbang sekawan dan kadang-kadang berseorangan. Mungkin tidak ada apa yang difikirkan hanya terbang dan makan bagi meneruskan kehidupan. Mereka sering ke sungai itu dan sungai itu memberikan mereka kehidupan.

Alunan Hidupnya

Sungai yang sudah lama meneruskan kehidupannya di sana. Dan sudah banyak riwayat tertulis di atasnya. Sehingga kini sungai itu masih lagi mengalir tanpa henti tidak kira ke mana haluannya, dan ia dilihat begitu deras. Aku tidak pernah ke sungai, dan persahabatan kami hanyalah dari jarak yang jauh. Sering aku mendengar sungai itu mengeluarkan bunyi. Seolah manusia yang sedang berkata-kata.

"Pesanan apa yang hendak kusampaikan padamu sungai? Nyata aku tidak punya apa-apa pesan yang ingin kutitipkan. Aku cuma merasakan diriku sama sepertimu, mengalir tenang di atas pandanganku. Pesanan apa yang kau ingin aku sampaikan? Kau sungai seperti diriku yang mengalir di alur kita masing-masing. Bezanya aku di sini hanya mengalir di sebatang jalan ini; jalan sungai. Sudah ratusan tahun aku menjalani alur ini."

Umpama Sungai yang Mengalir

Tamsilannya adalah seperti sungai, jika masih ada antara kita kecewa, putus asa dan sedikit berduka masih belum dapat apa yang terbaik dan yang diimpikan, jangan berkecil hati. Jangan cepat melambai sapu tangan putih lantas mengaku kalah. Kadang-kadang kita akan diuji sama ada kita benar-benar serius terhadap apa yang kita inginkan.

Ujian akan datang dalam pelbagai bentuk halangan, rintangan dan hal-hal yang membuatkan kita tidak berdaya lagi. Menyerah adalah pilihan yang mudah yang boleh diputuskan oleh sesiapa pun. Tapi, menyerah tanpa melakukan apa-apa tidak akan membuatkan kita jauh lebih baik.

Jangan Berbalik Arah

Saat api padam, mungkin itu adalah saat kita menyatakan kita ingin menyerah kalah. Mari kita belajar dan lihat dari air sungai yang mengalir. Air terus mengalir ke satu arah dan tidak peduli apa yang terjadi. Walau ada sebesar batu yang wujud di tengah-tengah air tidak akan berhenti. Sungai yang deras tidak pernah terfikir untuk berbalik arah. Tidak pernah berhenti untuk mengalir hanya kerana beberapa panahan di hadapannya.

Kita juga boleh belajar daripada prinsip air sungai yang mengalir. Maju ke hadapan demi impian yang ingin dikecapi. Air juga tidak pernah gerun apabila berada di tepi air terjun. Mengalir dan terus mengalir dan semangat yang tidak pernah membuat kita gentar. Semoga air yang mengalir akan mengubah diri kita dan persis yang mudah menyerah kalah. Namun percayalah You don't know what the future holds, but you know Who holds it.

19 January 2017

Julai 2011

She loved him with her all. It’s safe for her to say that.
Never once did she think of giving up. But seriously why did it happen to be this way?

Finding out he didn’t love her hurts her a lot. She didn’t know if she wasn’t in his heart at all. But knowing that now, he’s with someone else totally put her down. She was like, devastated with her own thoughts. She tried to make herself believe that he’s still with her. She doesn’t want to believe the fact that he’s with someone else because she’s afraid of the pain. Pathetic.

She gave him everything, she loved him and she cared for him and she did the best she could possibly have done for him. He even said that she was the best thing ever happened to him. But, why is it so easy for him? Yeah, not all love stories ends with happy endings.

The thing they both had was definitely the best thing that has happened to her. It’s really sad and hard for her to face the fact that this has ended. As much as she wants to fix this whole thing and just become normal people who are absolutely in love, she can’t run away from reality ….from the fact that it’s over. He’s gone. And now, he’s with someone else.

If so, she guess he’s just not the one for her.

But why does it really have to happen this way? Its like love is not a beautiful thing anymore. It eats her up inside and throw the good part of her away and in the end she don’t even remember who she really is.

It’s scary when she has to live the next day thinking about the person she always love and to actually know that at the back of her mind, he’s happy with someone else while she’s still sobbing over him.

Knowing that her loved one don’t feel like what she felt toward him made her think that it’s a total waste to remember him at all. She should have moved on by this moment, but she can’t. He’s special in his own way. She never felt this way before. Yes, she had been in a relationship a couple times before, but things before were never as special as this. She loved him with all her heart and she don’t know if she’s going to meet another person that’s as special as him. She wishes she will. But she always prayed to God that He will never erase any memory of him in her head because she doesn’t want to forget the best thing ever happened in her life.

She does not ask for diamonds nor did she ask for gold. All she ever wanted was for him to love her. Sometimes when she think about all this, is it worth it? Is it really worth the tears? Worth the pain? Worth the waiting?

Her life has passed her by with nothing but a blur. She had been hurt to by her loved ones and she’s not really ready to see what’s in store for her. She doesn’t even want to know because she’s afraid that she won’t be able to bare the pain.
It’s enough. Let her deal with it before any other guy hurt her again. It’s pitiful that she can’t accept another guy as a new lover since she already fall in love with him.

The thing she doesn’t get is why she can’t let him go as easy as he did. He let her go just like that. Wouldn’t it be easy? Despite of all the things that happened, she just can’t. Maybe it’s just her. Deep in her heart, she don’t want to let go but do you think she have any other choices? She’s sick and tired of crying so hard until it starts to hurt. She’s afraid to think what
will happen next. Is that really fair?

People always say, sometimes you think the person u love the most will be the one that protects you from everything. But in true fact, people you love the most always end up hurting you the most.

He had proved that right to her, just like her family did, just like her friends did, just like everyone around her that she loved did.

And all she wanted to say to him is:

Thank you for your time & love. Thank you for giving me happiness. In time, I’ll
let you go. But if I can’t, I promise that you won’t get bothered by me. May
God bless you and her. I’ve been missing you everyday since u left.

As
the days goes by,

She
wishes he was here.

COPY n PASTE..hehehe

03 January 2017

wanita & lelaki

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...

kredit o owner..c&p