Aku tinggalkan semalam yg penuh kenangan..dengan niat hati membuka lembaran baru sebuah kehidupan, tapi sayang...impian itu tercalar tanpa sedar....Aku pasrah dalam redha andai ini takdir yang tertulis untuk aku..Setahun memujuk hati, melupakan kisah penuh jerit dan perit...namun segalanya tidak bermakna walau sedikit pun lagi. Hati ini sedikit tercalar bila mata menatap, bibir membaca..dan aku menangis dalam senyuman kerana dia...
Hati ini tertanya sendiri, tidak layakkah aku mendapat cinta dan kasih yang tidak berbelah bahagi? Tidak layakkah aku mendapat sebuah penghargaan dalam erti sebuah kejujuran? Tidak layakkah aku mendapat keikhlasan erti sebuah kesetiaan? Tertewasnya aku pada saat ini, terasa diperkotak katik dan terasa amat lemah sekali...Aku sedar kini, hadirnya aku cuma menemani tatkala diperlukan, menemani tatkala tiada teman pengganti...dan mungkin lebih tepat lagi...hadirnya aku menemani kerana sebuah "tanggungjawab"...
Ya Allah... kenapa dugaan ini bertandang lagi? Apakah masih mahu menguji sejauhmana rasa ketabahan dalam diriku? Aku sedar, aku tidak semulia Khatijah, tidak secantik Fatimah...tapi aku punya rasa, punya hati dan perasaan..Bukan intan permata atau emas berjuta aku dambakan, cukuplah bagiku secebis erti setia..setia menyanyangiku, setia dan jujur menemaniku, setia mencintai aku...dan satu aku tertanya2..kenapa aku dipilih menjadi pilihan hidupmu andai diri ini tidak diperlukan??andai diri ini tidak mampu untuk kau cintai dan kau sayangi sebagaimana kau mencintai dan menyanyangi org yg tidak halal buatmu...berterus teranglah denganku walaupun pahit...kerana tidak semua kepahitan itu menjadi racun....kadangkala, kepahitan itu adalah ubat dan penawar yang paling mujarab buat diri..