18 September 2013

gud info " solat "...

ni tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat. Al - kisah. Ceritanya bermula begini. Ibarat Batang Mancis Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat. Caranya seperti gambar diatas :
1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.
2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.
3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.
4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah. 5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.
Kesimpulannya : Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.Sebar-sebarkan. Semoga bermanfaat...............

24 June 2013

...di penghujung waktu..

Aku melihat seakan Fir'aun hidup kembali, begitu banyak orang-orang yang haus kekuasaan.
Aku dihadapkan dengan orang yang di beri amanat khianat, yang khianat diberi amanat.

Aku melihat amanat telah tercabut dari hati pemimpin-pemimpin.
Aku melihat orang tak peduli lagi dengan siapa yang memimpin, syariat telah ditinggalkan.

Aku menyaksikan ulama-umara bodoh karena ilmu telah tercabut darinya.
Aku ditengah-tengah medan perang pemikiran, penyimpangan-penyimpangan yang telah dibenarkan, kebenaran telah disamarkan.

Aku melihat seakan-akan Qarun bangkit, begitu banyak orang yang menuhankan harta dan diperbudak olehnya.
Aku berada ditengah-tengah orang rakus yang saling berebut harta, tidak peduli akan halal dan haramnya.

Aku berada ditengah-tengah orang yang saling menipu, tidak menipu tertipu.
Aku berada di pasar dimana hukum dilelang dan diperjualbelikan

Aku melihat perempuan melenggok berpakaian tapi telanjang.
Aku berada ditengah-tengah syahwat yang dilampiaskan tanpa ragu dan malu.

Aku menyaksikan seorang ibu melahirkan anak yang menjadi majikannya.
Aku berada ditengah-tengah anak muda yang menyia-nyiakan orang tuanya.

Aku menyaksikan banyak orang mengaku nabi, titisan malaikat, bahkan menuhankan dirinya.
Aku menyaksikan peniup seruling yang melenakan setiap orang yang mendengarnya.

Aku menyaksikan orang saling bunuh tanpa sebab yang pasti.
Aku terdampar di tanah darah tumpah dan mengalir sia-sia.

Aku telah kembali pada zaman Jahiliyah seperti yang telah diberitakan oleh Sang Nabi akhir zaman.
Seakan roda waktu berputar ke arah sebaliknya dan zaman dijungkirkan terbalik.

Adzab demi adzab telah diturunkan sebagai peringatan.
Musibah demi musibah berlomba mengetuk pintu hati.
Tapi mata telah dibutakan, telinga tidak mendengar, dan hati telah terkunci.

Kini aku hidup di atas bumi tua yang renta dan gerah gelisah.
Gunung sebagai pasak telah bergoyang dan hendak tercabut.
Sungai dan laut bagai menuang gelora amarah.

Langit mulai terkoyak dan matahari makin membara terbatuk-batuk.
Bintang-bintang dan benda langit terganggu orbitnya dan mulai berjatuhan.
Lempeng-lempeng bumi mulai mengkerut dan putarannya mulai lamban.

Kini tinggal menunggu kedatangan al-Masih ad-Dajjal yang nyata, sementara 30 lainnya sudah bertebaran.
Kini tinggal menunggu Dinding Pemisah terbuka hingga bertebaranlah Ya'juj dan Ma'juj.
Hingga turunlah Isa Putra Maryam Sang Juru Selamat, yang melelehkan Dajjal, membunuh Yahudi, membasmi babi dan menghancurkan salib-salib.

Kemudian tibalah orang-orang berkaki pendek yang menghancurkan Ka'bah.
Dan Tuhan mempersilakan matahari terbit dari tempat tenggelamnya.
Ketika Israfil meniup Sangkakala, tibalah hari yang telah dijanjikan itu.

Oh Allah...
Tolong Kau tunda dulu peristiwa-peristiwa besar itu.
Tolong Kau tahan adzab-adzab yang akan menimpaku.

Beri aku sedikit waktu Ya Allah...
untuk membersihkan hati dan lisanku.
untuk mencuci gelimang dosa pada setiap jengkal tubuhku.

Beri aku secuil kesempatan Ya Rabb...
untuk bermunajat kepada-Mu.
agar aku dapat bertaubat kepada-Mu.

13 June 2013

kanvas kehidupan..

Jika cantik yang di damba,itu bukan saya.. (~.~)

"Saya tahu saya tidak cantik, tapi walupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN, kerana saya tidak cantik..maka, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..kerana saya tidak cantik, maka..saya tidak mengharapkan PUJIAN dari mana-mana lela...ki atau wanita dan akhirnya kerana saya tidak cantik, saya MENEMUI insan IKHLAS mencintai saya seadanya.."

#Cantik itu SUBJEKTIF..tidak semua mata dapat melihat, hanya yang ISTIMEWA sahaja berpeluang..BERSYUKURLAH kamu untuk semuanya..sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu indah tiada nilai..cantik tiada tandingnya, kamu adalah kamu..seperti mana yang Dia mahu dan yang SEBAIKNYA ialah kamu MENDIDIK DIRI menjadi hamba yang TAAT dan hamba yang selalu BERSYUKUR atas kurniaanNya..♥♥ *Terima kasih ya Allah atas segalanya (^_^)

"Alhamdulillah"

pintalah pd yg HAK...

26 May 2013

bila baby kuar g jejalan

pejam celik pejam celik..masa berlalu begitu cepat sekali, aku kekadang x percaya bila lihat anak2 dah besar..dah mula ke sekolah, mula pandai mengurus diri sendiri...walau kekadang berperang besar ngan karenah dan kenakalan mereka. tinggal si kecil terkekek di atas tilamnya memerhati gelagat kami yg bising..bila pandang dia...sengeh jer dia kat kami. Apa yg pasti baby sedikit berbeza ngan abang2nya..dia seorang yg jenis suka memerhati..bila aku bawa dia g pasar malam or pasar tani yg hiruk pikuk, panas membahang atau ke pasaraya yg sejuk dan sedikit sesak..dia hanya memandang, menghisap jari jemari...sepatah atau sekelumit perkataan atau bunyi-bunyian pun x pernah terkeluar dari mulut kecilnya..just mata kecilnya jer yang memandang sesuatu dengan terkebil2...mungkin belum faham atau sengaja buat2 x faham..hehehe Tapi itulah kenyataannya, bila ada org yg lalu lalang menegur.." baiknya dia....x per ek dia datang tempat2 gini".."weyhhh...juruhnya dio, x tiok.klu budok lain gak, beronar doh"..alhamdulillah...aku bersyukur sgt2 bila kata2 tu aku dengar, semoga baby kekal begini sampai besar, senang ibu nak bawak g mana2..hehehe...

26 January 2013

... my littleprincess ....

.....satu pengalaman yang teramat sukar nak dilupakan...Namun kuasa Allah tiada siapa  mampu menjangkakan...Aku mula rasa kontraksi seawal jam 5 pagi pada 13 Januari 2013 dan mr Hubby bawa g buat v.E kat k.k w.cYeh n dah bukaan 4cm...tanda2 nak deliver pun dah ada..brOwn BlOod...sO...siap2lah g hrPz2 n sampai sana kul 11 pagi, dOc buat v.E sekali lagi bukaan baru 3cm..hmmmmmm...transfer g ward ler jawabnya...Nak dijadikan cerita, malam tu aku dapat from my mOm...my grandfather pass away...dari sakit perut terus x sakit perut...adOOiiiiii....macamana ni, cOl mr HubbY sambil cry, sedih woooo....seb baik mr hUbby pandai pujuk, sejuk jap ase hati..hehehehe...sO malamnya tiDola kat spital...
Awal pagi 14 Januari 2013, mr Hubby datang amik n aku sempatlah sampai di kG, sempat lihat arwah untuk kali yg terakhir di dalam lahad...semOga Rohnya dicucuri rahmat...aminnnnn.....pastu, aku balik lepak duk umah macam biasa, hehehe...pelik sungguh ase, mr Hubby pun gtau, No Komen...bila baby nak delivery...hmmm, minta2 lahir sebelum tarikh aku perlu di induce 21hb nt....
Pagi 19 Januari 2013...x la pagi..dah thari...hehehe, bangun tiDo tu aku ase perot sedikit memulas, iskkk...x kan nak bersalin kOt...gtau mr huBby, dia ajak g spital..iskkkkk asyik ajak g spital jer..so buatla macam biasa..aku just relax je...makan, tidO, tgk tv..relax2 with my luv...hehehe..ptgnya g amik my sis utk standby takut2 malam nt delivery, bleh dia nengok anak2...
Jam 11 malam, aku ase dah x tahan, sO siap2 ajak mr hUbby g spital...asenya dah x tertahan sakitnya...n sampai kat Labour Room...dOc buat v.E dah bukaan 5cm...hmmm....memang nak deliver dah....bila masuk bilik bersalin tu, Ya Allah....nerves nyer, dah 5 tahun x beranak mcm2 ase, seb baik mr huBby ada.....Kul 3 doc buat v.e sekali lagi, bukaan dah sampai 6cm...n akhirnya tepat kul 4.11am;20.1.2013 aku selamat lahirkan baby kat atas bed dalam oT...sebabnya..baby lemas, aku x bleh nak push..tapi berkat dOa mereka2 yang mendOakan aku, aku akhirnya dapat gak bersalin nOrmal x perlu di Operate..
haaa..ni lah permata hati baru kami sekeluarga...5 tahun menunggu akhirnya puteri muncul juga...









tOmey tak saya...semOga Nur Airis Husna menjadi anak yang Solehah.....aminnnnn

01 January 2013

Tatkala ini...

Aku tinggalkan semalam yg penuh kenangan..dengan niat hati membuka lembaran baru sebuah kehidupan, tapi sayang...impian itu tercalar tanpa sedar....Aku pasrah dalam redha andai ini takdir yang tertulis untuk aku..Setahun memujuk hati, melupakan kisah penuh jerit dan perit...namun segalanya tidak bermakna walau sedikit pun lagi. Hati ini sedikit tercalar bila mata menatap, bibir membaca..dan aku menangis dalam senyuman kerana dia...

Hati ini tertanya sendiri, tidak layakkah aku mendapat cinta dan kasih yang tidak berbelah bahagi? Tidak layakkah aku mendapat sebuah penghargaan dalam erti sebuah kejujuran? Tidak layakkah aku mendapat keikhlasan erti sebuah kesetiaan? Tertewasnya aku pada saat ini, terasa diperkotak katik dan terasa amat lemah sekali...Aku sedar kini, hadirnya aku cuma menemani tatkala diperlukan, menemani tatkala tiada teman pengganti...dan mungkin lebih tepat lagi...hadirnya aku menemani kerana sebuah "tanggungjawab"...

Ya Allah... kenapa dugaan ini bertandang lagi? Apakah masih mahu menguji sejauhmana rasa ketabahan dalam diriku? Aku sedar, aku tidak semulia Khatijah, tidak secantik Fatimah...tapi aku punya rasa, punya hati dan perasaan..Bukan intan permata atau emas berjuta aku dambakan, cukuplah bagiku secebis erti setia..setia menyanyangiku, setia dan jujur menemaniku, setia mencintai aku...dan satu aku tertanya2..kenapa aku dipilih menjadi pilihan hidupmu andai diri ini tidak diperlukan??andai diri ini tidak mampu untuk kau cintai dan kau sayangi sebagaimana kau mencintai dan menyanyangi org yg tidak halal buatmu...berterus teranglah denganku walaupun pahit...kerana tidak semua kepahitan itu menjadi racun....kadangkala, kepahitan itu adalah ubat dan penawar yang paling mujarab buat diri..