22 May 2011

:: tinta utk Cinta HatiKu ::

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan berbicara,
kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan
semoga ianya hanya kerana Allah….

Suamiku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap dan
semoga ianya hanya kerana Allah….
Amin.