Pengalaman itu mengajarkanku erti ketabahan, kesabaran dan kecekalan dalam menempuh arus kehidupan menuju kebahagiaan yang abadi....
01 January 2011
bye2 2010..n welcome 2011
2010 telah melabuhkan tirainya dan hari ini bermulalah tahun baru, 2011. byk pengalaman dan kenangan yang kukutip sepanjang tahun 2010, ada yg manis, pahit lucu dan sedih... segalanya bercampur baur menjadi satu. menjadikan aku seorang insan yang mengerti.. kenal dan memahami akan erti sebuah kehidupan. Benar kata2 orang tua, lagi byk umur seseorang itu, lagi banyak pengalaman hidupnya. jesteru itu, terpulang pada diri untuk mengutip kenangan lalu itu untuk dijadikan panduan hidup ataupun sekadar biarkan ia berlalu tanpa memberi secubit pun rasa berbekas di hati. Dan aku, masih berdiri teguh di muka bumi ini dengan merendah hati, bersujud pada Mu TUHAN kerana masih membarikan ku kesempatan untuk menghirup udara hembusan 2011 in dengan penuh makna. rendahkanlah hatiku agar aku sentiasa menyedari hakikat diri bahawa aku adalah hambaMu yang hina lagi lemah, berikanlah kepadaku kekuatan untuk mengharungi segala dugaan Mu...amin Ya Rabbal'alamin...