26 January 2011

...makna di sebalik cerita....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah...

aku...kakak..anak.ibu..isteri...

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.

Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.

Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak. Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala.

Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu.

Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup. Begitulah wahai saudariku kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya.

mengapa tidak kita mengikuti segalanya ini..

akal..iman..dan takwa...Al-Quran itu peneman yg setia

Waktu engkau masih kanak-kanak.............

kau laksana kawan sejatiku

Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.

Menonton siaran telivisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu.........

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...

Dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....

Dalam bisu dan sepi....

· · Share

: : TanYa haTi... : :

Hidup ini umpama roda,

Adakalanya kita berjaya,

Adakalanya kita kecewa,

Adakalanya suka,

Adakalanya duka,

Adakalanya kita bahagia,

Adakalanya kita derita,

Ingatlah rakanku, setiap yang berlaku di dunia,

Pasti ada rahsia dan hikmahnya,

Yang pasti usah kita lupa,

Tingkatkan semangat dan teruskan berusaha,

Agar kejayaan ini milik kita

Hidup ini umpama sebuah lautan,

Bagaikan istana yang diimpikan,

Bahkan seperti jutawan yang punya ramai karyawan,

Yang pasti akan tiba hujungnya

Kita lalui kehidupan ini penuh rintangan.

Juga penuh dugaan serta cabaran,

Usahakan diri mencapai kecemerlangan,

Untuk mengapai impian,

Juga untuk menikmati udara yang percuma Tuhan berikan,

Agar diri lebih matang dan tidak lupakan Tuhan

Kehidupan suatu takdir dan ketentuan,

Kita sebagai makluk-Nya yang harus mencorakkan,

Hidup ini hanya tumpangan,

Akhirat yang pasti kekal kita diketemukan,

Dosa, pahala yang membezakan,

Amal manusia yang telah kita lakukan,

Jadi, tanya hati?

itukah soalan,

Ya benar, itu soalan yang memerlukan jawapan,

Baik atau buruk hanya kita yang mampu laksanakan dan jauhkan.

Moga Tuhan sentiasa memberikan nikmat kesihatan,

Agar diri ini sentiasa dekat dengan Tuhan.

19 January 2011

aku dan opis baru..di tahun baru

hehehe..lama d0p tulis blog ni...bz sket..sebab baru pindah opis baru, tukar tempat keje..hehehe..selepas 3 tahun 3 bulan n beberapa ari..aku akhirnya tinggalkan opis aku a.k.a hospital tumpat..sedey gak tapi sonot p0n ader..(mesti as bengkek bila dia tahu...hehe) sebabnya dapat meninggalkan sumer kejer aku yg bermacam2 tu..penat sejak akhir2 ni..selepas aku ilang 2, 2 assistant ako.nak buek cam no SYMP punya pasal..kita kenalah "redha". ako plak, walaupun dah x keje kat tumpat, tapi masih lagi stay kat tumpat...lol..blom dapat umah lagikla..tensen la carik umah kat kB ni, kalau kat kL berlambak2, tinggal pilih jer nak duk mana,umah jenis apa,sewa bape...tensen la pasal umah...tapi walau tensen2 tu, ada yg s0n0t..aku duk sini walau baru 4 ari, dah ase ketenangannya..pat0tla org berlumba2 nak masuk sini, akhirnya rezeki aku..alhamdullillah..berkat doa "moga ditemukan aku dengan kelapangan dalam menjalankan tugas", akhirnya di sinilah aku pada hari ini....sesungguhnya Janji Allah itu benar..berdoalah dan DIA akan makbulkannya...cuma kekadang aku ni jer yg lupa pada DIA, lupa akan segala nikmat yg diberikan olehNya, lupa akan keberkatan hidup, lupakan segala2nya kerana mengejar sesuatu yg belum tentu jadi milik aku..ampunilah aku Ya Allah.....Dekatnya aku hamba-Mu yang hina ini kepadaMu kerana masih adanya rahmatMu terhadapku..Ya Allah, janganlah KAU palingkan rahmatMu dariku YaAllah..kuatkanlah imanku, teguhkan hatiku dalam menempuh dugaan dan cabaran hidup ini...amin....

02 January 2011

iMbasAn Oktober 2010...

‎"Fakta menarik mengenai bulan Oktober 2010, mempunyai 5 hari Jumaat, 5 hari Sabtu dan 5 hari Ahad. Kejadian ini hanya berlaku sekali setiap 823 tahun." Subhanallah..betapa besarnya keajaiban Tuhan..maka bersujudlah kita semua kepadaNya..amin....

01 January 2011

Bikin Pusing Daaa

Hhmm...penat ar ase kepala otak nak pikir pasal pindah umah..nak kemas barang lagi...nak cari umah lagi..ntahla..nak wat yg mana dulu, ingatnya nak cari umah, pastu nak spent duit sket n beli je terus umah tu.tak larat dah nak menyewa n pindah2 lagi. barang rosak satu hal, penat satu hal, duit abis satu hal..aduyai...penat2...kalaula x pindah, penat laks nak ulang alik tumpat-kb-tumpat. hal yg paling penatnya time nak seberang jambatan, beratur sampai berkilo2 meter, q pagi n petang...penat2..dah apply kuarters kastam tapi dop tahula dapat ke tak lagi..kalau dapat, ok la..kalau tak dapat..tu yg ponat sket..umah ada, mahal..area x canteek..., x safety.my mum a.k.a nenek anak aku duk bebel suh cari umah yg selamat utk aku sekeluarga terutamanya anak2 aku a.k.a cucu dia bleh main tanpa sebarang ancaman bahaya,ada pagar dan x ada tangga..adoooiii mana nak carik umah yg tul2 komplete cam gitu. dan sebab tu lah, dia sendiri yg tolong aku carik umah utk aku duduk. Betolla dia punya cerewet jaga cucu mengalahkan masa dia jaga aku ngan adik2 aku...hehehe..(dia jaga baik gak, tapi lagi baik dia jaga anak aku...thanks mum)...Hubby aku laks..asyik bz je, nak g carik umah jer dia g bulan...nak g carik umah jer..dia g bulan...tensen aku...tp x leh salahkan dia gak sebab dia keje x sama shift ngan aku...hehehe...sowy syg "terkata" syg ...hehehe....ape2 pon minggu depan aku cuti seminggu, nak layan carik umah n layan ase tensen keje ujung tahun.... (*_ *) adiooosss

Tinta dari Hubby..aka..my sayang....

Seandainya bulan mampu berbicara,

akan kulayangkan rinduku kepadanya

supaya dirimu bisa mengerti

betapa ku sangat merinduimu dan mencintaimu...



Andai ku seperti burung,

akan ku terbang kepadamu

agar bisaku temani malam2mu..



Angin..jika kau berhembus lembut melaluinya,

katakan padanya aku bersamanya selamanya..



Air, jika kau mengalir disisinya..

beritahulah kepadanya

aku memohon maaf atas segalanya..



Bunga..jika kau tumbuh mekar disampingnya,

kau kirimkanlah wangian

tanda terima kasih atas kehadirannya..



Burung..jika kau terbang melintasinya..

sampaikan kataku ini kepadanya..

sampaikan salam sayangku kepadanya...



terhArunya sayang bila dapat sms ni siap ada tone lagi, terasa menusuk di hati..terasa menyentuh di jiwa..terasa seolah kita jauh walaupun hakikatnya dekat disisi....

bye2 2010..n welcome 2011

2010 telah melabuhkan tirainya dan hari ini bermulalah tahun baru, 2011. byk pengalaman dan kenangan yang kukutip sepanjang tahun 2010, ada yg manis, pahit lucu dan sedih... segalanya bercampur baur menjadi satu. menjadikan aku seorang insan yang mengerti.. kenal dan memahami akan erti sebuah kehidupan. Benar kata2 orang tua, lagi byk umur seseorang itu, lagi banyak pengalaman hidupnya. jesteru itu, terpulang pada diri untuk mengutip kenangan lalu itu untuk dijadikan panduan hidup ataupun sekadar biarkan ia berlalu tanpa memberi secubit pun rasa berbekas di hati. Dan aku, masih berdiri teguh di muka bumi ini dengan merendah hati, bersujud pada Mu TUHAN kerana masih membarikan ku kesempatan untuk menghirup udara hembusan 2011 in dengan penuh makna. rendahkanlah hatiku agar aku sentiasa menyedari hakikat diri bahawa aku adalah hambaMu yang hina lagi lemah, berikanlah kepadaku kekuatan untuk mengharungi segala dugaan Mu...amin Ya Rabbal'alamin...