20 June 2012

Saat itu...

Saat hati berkata "INGIN",namun qadar Allâh Azza Wa Jalla berkata "TUNGGU"...

Saat air mata "MENETES",namun qadar Allâh Azza Wa Jalla berkat.."TERSENYUMLAH"...

Saat segalanya terasa.."MEMBOSANKAN",namun qadar Allâh Azza Wa Jalla berkata "TERUSLAH MELANGKAH"...

Biidznillaah...Kita merancang sesuatu,Allah Azza Wa Jalla juga merancang sesuatu yang dirahasiakan-NYA buat kita.

Namun, Rancangan Allah Azza Wa Jalla itu LEBIH baik. . .yang PALING baik. . .dan yang TERBAIK daripada rancangan kita.Kerana ALLAHU Yaa 'Aliimu Yaa HAKAM (Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menetapkan)! ! !jadi,kita sebagai hamba-NYA. . Jangan pernah PROTES atau PUTUS ASA.Yakinlah...Allah Azza Wa Jalla ada untukku, untukmu dan untuk kita semua.

Mungkin rencana kita telah baik, namun harus di ingat bahawa rencana Allah Azza Wa Jalla lebih baik lagi. Belum tentu apa yang kita anggap baik di mata kita baik pula di mata Allah Azza Wa Jalla. Allah Azza Wa Jalla telah Mempersiapkan yang jauh lebih baik untuk kita yang sesuai dengan Akhlak serta Perangai Kita..Ikhlaskanlah segalanya pada Allah Azza Wa Jalla dan Yakinlah akan janji-Nya...Apapun yang di berikan kepada Kita itulah yang terbaik buat Kita....(QS.Al-Baqarah:216).

05 June 2012

Rebutlah 7 perkara sebelum 7 perkara


“Bersegeralah kamu melakukan amal kebaikan sebelum menemui tujuh perkara yang kamu tidak nantikan datangnya iaitu kefakiran yang melalaikan, kekayaan yang menyebabkan kamu zalim, sakit yang merosakkan badan, tua yang menggagapkan percakapan, mati yang melenyapkan segala sesuatu, atau tibanya dajjal atau datangnya kiamat yang lebih dahsyat dan lebih pahit dugaannya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

Kerana nafsu...

” Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? “. Surah Al-Jasiyah, ayat : 23
[1384] maksudnya Tuhan membiarkan orang itu sesat, Kerana Allah Telah mengetahui bahawa dia tidak menerima petunjuk-petunjuk yang diberikan kepadanya.

5 Kesan buruk apabila nafsu dijadikan tuhan berdasarkan firman di atas :
1- Sempit hati akibat tiada tempat mengadu.
2- Buntu akal fikiran sehingga tidak mampu mengatasi masalah.
3- Tiada pegangan hidup.
4- Keliru dengan diri sendiri.
5- hilang jati diri.

3 cahaya HATI

Antara penyakit yang amat merbahaya sehingga boleh menyuramkan masa depan seseorang ialah tekanan perasaan yang berpunca daripada hati yang sakit. Seorang guru yang tertekan boleh bersikap kejam dan melampau dalam mendisiplinkan murid-murid atau mungkin membiarkan mereka tanpa kawalan dan pengajaran. Seorang pegawai yang seharusnya melaksanakan amanah dengan dedikasi apabila terserang penyakit hati akan berbalik mengambil kesempatan lari dari tanggungjawab dan menangguhkan kerja yang menjadi kewajipannya. Seorang pemimpin di rumah atau di tengah masyarakat jika tidak bersih hati akan rosaklah apa yang dipimpinnya dan terabailah amanah. Seorang isteri yang tercemar hatinya suka menyusahkan suami, mengabaikan anak-anak dan mendedahkan diri kepada dosa dan maksiat. Seorang yang sembahyang, puasa dan sedekah dengan hati yang berpaling dari Allah Taala, hatinya akan mati, kotor dan menyimpan penyakit serta sudah tentu ibadahnya tidak memberi kesan pada keperibadiannya..

Pertanyaan yang paling mahal dan bernilai bagi seorang mukmin ialah: “Apakah aku telah kehilangan hati suciku hari ini?” Mengapa? Kerana hati menjadi asas segala sesuatu yang bernama kehidupan. Hidup ini tidak akan bermakna tanpa hati yang hidup. Jika hati mati maka semua amalan akan menjadi tempang, kerja-kerja mengejar dunia akan mengaburi pandangan ke akhirat dan ibadat pula hilang kemanisannya. Fokus utama hati hanya akan terarah untuk memenuhi kehendak nafsu, padahal ia diciptakan untuk sentiasa memandang keagungan Tuhannya, menerima hidayah dan kemudian mengawal semua gerak kerja seluruh anggota badan semata-mata untuk keredaan Allah Taala.

Namun demikian, hati juga diciptakan dengan ciri-ciri sensitif seperti mudah terpengaruh oleh persekitaran, mudah berubah, berbolak-balik, kadang tersesat dan kadang terpimpin. Adalah menjadi tugas seorang mukmin menjaga hatinya, merawat dan menghidupkan semangat iman di dalam hati. Para sahabat Rasulullah SAW pernah menerima teguran langsung melalui wahyu-Nya, supaya mereka sentiasa mengurus hati dengan penjagaan yang baik agar ia dapat berfungsi dengan sempurna sebagai agen penerima hidayah Allah SWT. Menurut pendapat Abdullah ibn Mas’ud, Allah Taala menegur mereka pada saat mereka baru empat tahun memeluk Islam. Dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah al-Hadid ayat: 16)

Apabila hati dibiarkan tanpa penjagaan, lama-kelamaan ia menjadi keras lalu membentuk benteng kukuh yang tidak dapat ditembusi cahaya hidayah Allah. Terkunci mati dan menjadi sarang kejahilan dan kejahatan. Jika demikian keadaannya maka yang menjadi raja di dalam hati ialah iblis dan nafsu syahwat. Hasilnya semua amal dan kerja berorientasi pada kemahuan keduanya. Kalau keadaan sebegini dibiarkan sepanjang masa, boleh jadi seseorang akan kehilangan hatinya.
Pernahkan anda melihat manusia yang tidak memiliki hati? Orang yang langsung tidak mahu mendengar apa kata hatinya akibat nurani bersih hasil limpahan ilham dari Allah sudah tiada lagi. Kerana dia sendiri telah meleburkan hatinya bersama kegelapan tanpa mahu menerima cahaya Ilahi. Pada hakikatnya, cahaya yang menyinari hati bersumber pada tiga pancaran, iaitu cahaya Al-Quran, sembahyang dan mengingati mati. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau telah berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca Al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka pohonkanlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”

Cahaya hati pertama, membaca Al-Quran.
Kejayaan seseorang bergantung pada usahanya mengenal Allah, dan tiada jalan yang paling dekat untuk mengenal Allah selain mempelajari Al-Quran. Dunia hanya boleh direbut dengan kekuatan dari Allah, tanpa bergantung kepada-Nya manusia tidak akan mendapat apa yang diimpikan. Kesuksesan itu ialah sejauhmana seseorang mengikat dirinya dengan Allah Taala dengan ikatan yang kuat. Maka Al-Quranlah yang menjadi ikatan antara hamba dengan Allah Taala. Melaluinya seseorang pandai memilih yang hak dari yang batil, dia mengetahui jalan yang terang dan mengikuti petunjuk Al-Quran. Meneroka dunia dan mengurus diri dan masyarakatnya melalui bimbingan wahyu. Dia lahir menjadi manusia yang jujur, kuat bekerja dan memiliki misi yang jelas dalam hidupnya kerana diniatkan segala pekerjaannya itu sebagai ibadah kepada Allah. Kalaupun ada seseorang yang malas, miskin dan suka menyusahkan orang lain punca pertama penyakitnya ialah kerana dia jahil, jauh dari bimbingan Al-Quran dan tidak mengenal Allah. Begitu pula kalau ada orang yang kaya dan berpangkat tetapi sengsara hatinya punca utama keadaan itu ialah jauhnya ia dari Allah Taala, merasa asing dengan ayat-ayatnya dan membiarkan diri terus menerus dalam kekeringan ilmu. Kejayaan atau kegagalan itu bermula dari usaha mengurus hati, mengenal Allah lewat kalam-Nya yang suci.

Cahaya hati yang kedua, mendirikan sembahyang.
Siapakah yang mahu berjaya dalam perniagaan, yang bercita-cita kariernya sentiasa naik ke puncak, yang mengimpikan pasangan hidupnya setia dan jujur, yang berharap anak-anak dan keluarga menjadi penyejuk matanya, yang mahu sentiasa bergembira dan bahagia? Semua itu hanya dapat dirasai dengan pertolongan Allah, yang memberi manfaat dan mudarat, membahagi dan mencabut rezeki bagi manusia, memberi petunjuk dan menyesatkan, mengatur segala urusan makhluk. Siapa yang bergantung kepada selain Allah dia tidak akan mendapat faedah dari pergantungannya itu. Ibnu al-Qayyim Rahimahullah pernah berkata: “Ketika manusia bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika manusia bergembira kerana dunia, jadikanlah dirimu bergembira kerana Allah. Ketika manusia mencari bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, carilah bahagia dengan mencintai Allah dan ketika manusia pergi menghadap raja-raja dan pembesar-pembesar mereka pergilah menuntut hajatmu hanya kepada Allah.”
Sesungguhnya ibadah yang menghampirkan manusia kepada Allah sedekat-dekatnya adalah sujud, permintaan yang tidak akan ditolak adalah doa yang ikhlas dan proses pembersihan dosa yang dilakukan terus-menerus adalah sembahyang. Apakah kejayaan seseorang itu bergantung kepada kualiti sembahyangnya? Mengapa tidak, jika sembahyangnya itu melahirkan akhlak yang mahmudah. Sembahyang yang didirikan dengan sempurna syarat, rukun dan khusyuknya layaknya stesen minyak yang bertugas mengisi kekosongan pada tanki kereta agar dapat meneruskan perjalanan sampai ke destinasi yang dituju. Sembahyang adalah energi yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan hidup yang mencabar. Sembahyang yang berkualiti adalah yang boleh melahirkan jiwa yang reda sekaligus kuat berikhtiar semata-mata mahu berlumba-lumba melakukan amal saleh dan membina kehidupan di dunia. Namun demikian, dunia tidak akan memperdayakan orang yang khusyuk hatinya serta menyerahkan diri sebulat-bulatnya kepada Allah Taala. Sembahyang juga menjaga seseorang dari ancaman perhiasan dunia yang melekakan, dan menjadi salah satu cara kita mengingati diri supaya pandai merancang hidup yang selamat di dunia sampai ke akhirat.

Cahaya hati yang ketiga, mengingati mati.
Antara tanda kebijaksanaan orang mukmin ialah pandai merancang masa depan. Bukan hanya pandai melipatgandakan harta dan membina istana tetapi jauh pandangannya hingga menembusi alam akhirat. Pernahkah anda merancang bagaimana menghabiskan masa muda dan melewati masa tua dengan ketinggian ilmu dan persediaan amal, akhirnya merancang untuk mati dengan tenang? Mengingati mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik dari kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat. Jika ramai manusia berlumba-lumba menghadiri pesta-pesta keriangan, memenuhi pasar-pasar dan mengunjungi tempat-tempat peranginan yang indah, tidak salah jika kita menjadikan ziarah kubur sebagai aktiviti rutin yang boleh mengingatkan diri kepada kematian. Sebagaimana yang dilakukan baginda Rasulullah SAW yang melazimi ziarah kubur dan mendoakan kaum muslimin tidak kira siang ataupun malam hari.
Dengan membaca Al-Quran, salat dan mengingati mati seorang mukmin telah melakukan penjagaan yang rapi terhadap hatinya. Bagaimanakah pula keadaan orang yang tidak memiliki ketiga-tiga cahaya hati ini? Mesti hidupnya hampa, jika kaya pasti merana, miskin pula tersiksa, jika jahil tersesat, kalau alim ilmunya pula tidak bermanfaat.

Rujukan :
http://darulruqyah.wordpress.com/2012/04/15/resipi-kejayaan-bekerja-dengan-hati-yang-bersih/

31 May 2012

Hari ini sebelum kita....

☑~Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
☑~ Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
☑~ Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,... Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
☑~ Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
☑~ Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
☑~ Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
☑~ Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
☑~ Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
☑~ Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
☑~ Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
☑~ Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Alhamdulillah..Hidup ini sungguh Indah kerana-Nya.(◕‿◕).

30 May 2012

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya....
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥

07 May 2012

tatkala wuduk...

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati...
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu... dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

30 April 2012

7 perkara ganjil

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

25 April 2012

TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
semoga Allah memperkenankan segalanya...aminnnn…

04 April 2012

:: ketenangan ::

Hati yang tenang akan..
bersyukur apa­bila menerima nikmat,
sabar apabila ditimpa musibah,
rela mem­beri maaf apabila dipinta,
mudah meminta maaf apabila bersalah,
qanaah dengan rezeki yang ada,
tawakal apabila berusaha,
berani menghadapi pahit dan getirnya kehidupan,
ketinggian utk memetik buah kebahagiaan,
dalam rimbunan pohon keimanan,
merasa betapa manisnya jiwa itu,
tatkala adanya ketenangan, lantaran itu...
sentiasalah bersangka baik dengan Allah dan manusia...