26 January 2016

Berhati hati di usia 40 tahun...

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN..peringatan buat diri....
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

21 January 2016

yeahhhh...cayooookkkkk

pejam celik..pejam celik....dah lama rupanya aku melakukan kerja amal ni...hehehe



sedikit perkongsian dr FB Dr Shukri Abdullah..yg boleh kita jadikan panduan..

Cook With Love Untuk Anak Ke Sekolah
[Catatan: Ini posting kali kedua (tanpa edit apa2). Posting pertama awal Jan 2015. InSyaAllah tetap relevan utk ramai ibubapa. Fikirlah ]
Saya terkejut.
Tak pernah2 dia buat.
Tiba dia menjerit keseronokan.
Itulah apa yang isteri saya lakukan pada awal Disember 2013, hari terakhir paper SPM anak bongsu kami.
Kenapa menjerit keseronokan ?
Baru saya tahu kemudian dari hari itu dia tidak perlu siap awal-awal sarapan pagi untuk anak ke sekolah.
Ya sudah 10 orang anak dia sediakan sarapan pagi.
Anak sulong berumur 37 tahun.
Ini bermakna genap 30 tahun isteri saya menyediakan breakfast pada anak-anak kami tanpa sehari pun melepaskan tugasnya.
Alhamdulillah. Isteri mithali. Ibu disayangi.
Mak-Ayah .... breakfast is very important.
Hampir semua ibubapa hebat memastikan anak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka mahu pastikan anak tidak kelaparan sebab kali terkahir ia makan mungkin 9 malam sebelum itu. Ini bermakna kalau dia tidak makan, pada 3 kelas pertama sebelum rehat pagi perutnya sudah 11-12-13 jam kosong.
Ini untuk Mak-Ayah Anak Sekolah Rendah.
Masih boleh PAKSA anak bersarapan.
Be creative.
Sediakan sarapan lain dari yang lain.
Pujuk dia.
Biasakan dia.
Lama2 ... ia jadi satu rutin awal pagi.
Untuk anak sekolah menengah.
Duduk berbicara dengan dia akan kepentingan bersarapan.
Sarapan boleh menolong memberikan tumpuan.
Sarapan bantu mengukuhkan ingatan.
Sarapan boleh tingkatkan prestasi.
Untuk mak dan ayah ... terutama Mak.
Memang kena kerja lebih.
Malam sebelum tidur kena fikir siap2 apa nak sediakan.
Letak bahan2 siap di dapur.
Bangun masak saja.
So mak ayah.
Cook with love untuk anak.
Makanan kantin.
Cook untuk dapat untung.
Makanan rumah lebih berkhasiat.
Lebih bersih.
Lebih "love"

14 January 2016

++ melukis aWan ++

Aku cuba melukis awan
Sebagaimana yang kau idamkan
Meski hati ku tahu
Kau mahu lebih dari Itu
Memang aku tak mampu
Kerana itu bukan diriku

Maafkan aku kasih
Bukan yang sempurna
Kerana aku pencinta biasa
Yang ada hanya Cuma cinta
Tak bisakah engkau
Terima ku seadanya
Baru kini ku sedari
Cinta tak lagi bererti

Bila material jadi obsesi.....

03 January 2016

salam tahun baru


Masih belum terlewat kiranya utk sy mengucapkan salam tahun baru 2016 yang baru beberapa hari datang bertamu...bertambahnya angka di belakang tu, maka bertambah2lah lagi usia kita...hehehe
Moga diberikan kesempatan dari yg maha Esa utk melipat gandakan amalan sebelum dijemputNya nanti...aminnnn
Melihat dunia hari ini, tidak seindah dunia masa dahulu..tatkala keadaan hidup menghimpit fikiran, diri dan mata wang berbelanja..alangkah indahnya zaman dahulu...tapi harus diingat, masa yag berlalu tidak akan kembali lagi. Jadi kecapilah masa yang ada ini namun jangan dilupakan masa yang lalu itu..

10 December 2015

Putrajaya Wetlands


melangkah kaki ke dunia 3D..layan ikan2 imaginasi, bagus utk minda anak2, mak2 n ayah2...hehehe..

..jalan2 dulu...
Masih malu2 meow..
hahaha...dah mula dah...
acara beregula pulak..
rilek...
peachhh...muka penat berjalan
try duduk skettttt..
paksa rela..
sini pun bolehlaaa
horreyyyyy......

waktu yang paling seronok, yg tak akan pernah kembali..moment yang sgt manis, bila berada disamping mereka bertiga...menangis, ketawa, menjerit bersama...dah lama impikan nak buat mcm ni...best rupanya...tapi adik yg paling real, betul2 excited....




08 December 2015

melaka kami datang...

peach yooo....
jom layan kehijauan dataran
hahaha..krismas pun krismaslah...

15 October 2015

:: j.i.k.a ::

‎~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki,
berhenti dan cuba FIKIR kembali..
adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya?
Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau
hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu?
Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak?
Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA?
Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati?? ✿~
>>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING,
sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA
jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH,
berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..
YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik
dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(✿◠‿◠)

12 August 2015

Rahsia Tulisan Tangan..
Menurut seorang profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia, tulisan tangan dapat mempengaruhi sikap,pergaulan dan juga sedikit sebanyak dapt mempengaruhi percintaan…..Berikut jenis-jenis tulisan tangan dan rahsianya…
KECONDONGAN TULISAN
TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
CONDONG KE KANAN
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!
CONDONG KE KIRI
Dia ni seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ni seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya.
BENTUK TULISAN
BENTUK TULISAN LEBAR
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.
TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.
TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.
BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.
BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!
JARAK TULISAN
TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.
TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.
RUANGAN DI TEPI
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:
RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!
RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.
PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.
P/s:-Korang yang mana??

03 July 2015

Mencari sinar yg malap

Hidup ini terlalu singkat untuk berehat-rehat dan bermalas-malasan.

Hidup ini juga terlalu pendek untuk bersedih dan bermuram durja.

Malanglah bagi manusia yang tidak memanfaatkan hidupnya ke tahap maksimum.

Begitu yang bisa saya simpulkan berdasarkan pengalaman 20 tahun hidup di dunia yang fana ini. Tidak hanya itu, malah saya menyaksikan ramai orang di sekeliling saya yang tidak menemukan bahagia, tidak juga berjumpa ketenangan, jauh sekali kebahagiaan.

Padahal, mereka memiliki harta yang banyak, kedudukan yang tidak kalah hebatnya, otak yang tak tertanding pintarnya. Mereka punya segala-gala. Tetapi jauh di dalam sana, jiwa mereka kosong.

Namun begitu, bukanlah minat saya untuk berbicara tentang orang lain. Saya memang suka melihat dan memerhati tingkah laku manusia, tetapi tidak bermakna saya tidak mencermin diri sendiri.

Jujurnya, saya juga pernah seperti mereka. Saya pernah merasakan seolah-olah bahagia dan damai itu tidak hadir dalam hidup saya walhal saya boleh dikatakan berada dalam comfort zone.

Saya mungkin bukan berasal daripada keluarga yang kaya-raya, berkedudukan atau terhormat, tetapi sekurang-kurangnya, saya tak pernah kebulur, saya sentiasa punya wang yang cukup untuk menyara diri sendiri, saya punya tempat berteduh yang amat selesa, dan saya malah mempunyai tahap pendidikan yang boleh dibanggakan.

Dipendekkan cerita, dunia saya miliki, tetapi saya tidak pernah merasai kebahagiaan yang hakiki.

Lalu saya berkelana di bumi tercinta ini, mencari makna diri. Mencari jawapan kepada persoalan hidup yang rutin. Untuk apa saya belajar pandai-pandai? Untuk apa saya skor dalam peperiksaan sedang saya tidak merasai apa-apa pun yang bertambah dalam hidup saya setelah saya mencapainya?

Mungkin saya bangga dan berbunga-bunga seketika, kemudian semuanya kembali normal dan saya meneruskan hidup lagi. Semua yang saya capai bagaikan tiada makna... Saya masih ingat, sewaktu kecil-kecil dahulu, saya pernah bertanya ibu,

"Ma, bakpo(kenapa) kito keno belajar sungguh?"

"Nok keno ngaji sungguh, nanti buleh belajar kat universiti, buleh dapat kijo bagus, buleh beli kereta besar, rumoh besar, buleh naik kapal terbang, melancong sano-sini, buleh buat macam-macam, dok la nati jadi ore(orang) miskin, dicemuh ore...Haa..tak sey(tak nak) jadi pandai?", ibu saya malah menjawab dengan persoalan juga.

Apalagi, cepat-cepat saya mengangguk. Masakan tidak, ngeri saya mendengar perkataan miskin dan dicemuh orang. Sungguh, saya paling tidak suka dihina dan dicemuh. Saya tidak larat memikul semua itu.

Maka sejak itu, saya menanam tekad untuk belajar bersungguh-sungguh lantaran saya telah memikirkan yang indah-indah. Saya ingin belajar di universiti, punya kerja yang bagus-bagus, punya rumah dan kereta mewah, melancong ke serata dunia, wahhh... tidak sikit benarnya kata ibu, begitu fikir saya.

Nah... Akhirnya dengan rahmat Allah, saya sudah memperoleh hampir sebahagian daripada impian waktu kecil saya, dan kini saya sedang mendaki puncak jaya. Namun, di mana bahagia? Saya masih tidak merasa apa gunanya memiliki ini semua.

Apakah dengan memiliki kemewahan saya akan memeluk dunia ini sehingga saya mati? Sudah tentu tidak.

Saya kini merasakan bukan harta yang bisa membahagiakan, bukan baju-baju cantik atau aksesori-aksesori berjenama yang membawa ketenangan, bukan juga pria handsome yang memuja kita siang dan malam yang jadi perkiraan, tetapi jauh di lubuk hati yang terdalam, saya menyedari bahawa hati ini merindukan Allah... Merindukan Dzat yang lebih agung daripada dunia dan seisinya.

Saya bukan mencintai kedamaian, tapi saya sebenarnya merindukan Pencipta Kedamaian, saya bukan mengharapkan kebahagiaan hadir ke dalam hidup saya, tetapi bahkan saya mendambakan Pencipta Kebahagiaan itu sendiri.

Saya dan orang-orang di luar sana, yang malah ada yang sudah pun sukses dan berhasil, tetapi masih berkata tidak memiliki apa-apa, kalian sebenarnya merindukan Allah! Kalian mendambakan pencipta kalian, kalian merindukan sifat-sifat Allah. Kerana apa? Kerana sebab itulah kita semua diciptakan!

"Tidak diciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaku" (Azzaariyaat:56)

"Maka,hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama(Islam);( sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Ar-Rum:30)

Sahabat-sahabat, saat kita mengkosongkan diri di hadapan Allah,merasakan bahawa diri kita ini tidak berdaya, mengakui bahawa kita hanyalah hamba, dan Allah lah yang Maha Berkuasa, maka ketika itulah, sebuah keindahan dan kedamaian yang tidak tergambarkan akan tercipta.

Iaitu saat kita kembali kepada fitrah! Jangan sekali-kali merasa cukup dengan diri sendiri, jangan merasa dunia ini kita yang punya. Ingatlah, semua harta yang kita miliki hanyalah pinjaman daripada Allah.

Sentiasalah bersyukur dan merasai kebersamaan dengan Allah dan Dia telah berfirman,

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku." (Al-Baqarah:152)

Hidup ini hanyalah seperti sebuah ladang tempat kita menanam benih amalan, agar hasilnya nanti dapat kita tuai buat bukti diri patuh ajaran Tuhan! Wallahualam.

Di luar sana, ada yang tak cukup makan, tapi, ramai yang cukup makan pun tak reti-reti nak cukupkan solat lima waktu!