19 November 2012

...pesan berpesan...

Mekar bunga senyuman
manis sekuntum iman
angin berbisik memuji
mendesir rasa suka
saat debunga terbang
memanfaatkan yang lain
kelopak hikmah mu bertaburan
cacat rupa akhirnya
Sekolam hati tenang
dalam dingin air
di aliran ukhwah
sesekali di percik rintik
berkocak murka
disapa renyai
basah seketika
Damai selaut rasa
Walau di isi air banyak
yang mungkin bisa melemaskan
dan masin yang tidak tertelankan
juga bisa memedihkan
ia masih beralun tenang
Saat gigi pantai di sapa baki ombak kata
berbuih putih bersih
terbawakan sekali butir suci
pepasir keikhlasan
tembok redhaNya terhakis
Awan berarakan
sesaat ia tampak garangnya
gelita
rintikan mazmumah di hati
mengocak
tampak hitam pekat jelas
namun kabur di pandangan mata


P/S: Terkeluar manusia dari redhaNya saat berbuat kebaikan apabila mula merasa ‘suka’ dengan pandangan manusia lalu semakin parah apabila pujian mula bertandang. Lalu kembalilah segala redha dan kasihNya apabila manusia mula berkata ‘haza min fadhliy rabbi, syukur alhamdulillah’ dan mengulang istighfar supaya tidak melekat rasa ujub di dalam hati

06 November 2012

...sedetik lebih...

Anakku sayang.. sekarang alhamdulillah lebih kurang 30 minggu dirimu berada di dalam rahim ibu. Pengalaman mengandung kali ini sedikit memenatkan, namun sangat mengujakan. Ibu bahagia dan teruja merasa kehadiranmu yang terasa aktif bergerak di dalam perut ini. Lebih kurang sebulan lebih lagi, insyaALLAH ibu akan bertemu dirimu..
(Seandainya dirimu tidak berpeluang hadir di dunia, sesungguhnya ALLAH memilihmu berada di tempat yang terbaik. Seandainya kehadiranmu membawa ibu pulang pada Tuhan, moga ibu menghadap ALLAH dengan hati yang salim..)

....hanya kerana aku wanita....

Wanita itu mulia dijadikan ALLAH dengan fungsinya untuk memberi kepada keluarga dengan membantu mengatur urusan dan berkhidmat di dalam rumah, mengurus, memberi inspirasi, mengasuh, mendidik, menenangkan, membantu mencari rezeki - samaada sebagai anak perempuan, isteri, ibu ... tetapi saya dan kamu lahir dalam dunia fantasi Cinderella yang dimomokkan saban waktu - bahawa kehidupan ini adalah untuk mencari seorang lelaki yang akan mendampingi, menjaga, menyayangi sepenuh hati seperti kamu puteri...! Mencari lelaki yang akan menjaga kamu dari susah payah dan keluh kesah...!

Tidak puteriku ! Dunia ini adalah tempat kamu bermandi ujian berpenat lelah menunaikan tanggungjawab...! Kasut Cinderella tidak akan menyelamatkan kita wanita dari ujian ALLAH yang tak berhenti..hanya iman dan taqwa..K
enapa jiwa terseksa dan tak bahagia... ? Kerana Reverse Cinderella Syndrome..

Awal-awal zaman bercinta atau berkahwin, si putera lelaki memberi perhatian tak berbelah bagi kepadamu, mendengar dan melayan keluh kesahmu, memberi yang kamu ingin dan harapkan, memujuk dan menggembirakan... tetapi bila semakin lama, kamu rasa keseorangan dalam kesulitan - lelaki sibuk dengan peranannya kerana dia bukan putera raja yang ada segala keistimewaan. Kita wanita tersibuk dengan tugas wanita... akhirnya menangis sendiri sewaktu letih memberus lantai, menghadap kain baju menimbun tak berlipat, anak-anak menjerit bergaduh tak terkawal, badan tak boleh nak wangi kerana berpeluh-peluh di dapur mengurus anak dan memasak...kepenatan mencari duit, tertekan kesesakan di jalan...

Kenapa diriku tidak Cinderella...?

Setiap kita mampu menjadi Cinderella (baca:wanita pilihan) paling istimewa, bila tiba saatnya. InsyaALLAH. Dengan kebaikan dan ketaatan pada Tuhan. Tapi bukan di dunia...

Hanya saja, model kita bukan kartun Cinderella tetapi wanita syurga yang ALLAH dan Rasul SAW rakamkan kisahnya buat kita - Iaitu Khadijah, Aseeyah, Fatimah dan Maryam... pada mereka ada teladan untuk gadis yang bujang, untuk yang bergelar isteri, untuk surirumah, untuk wanita yang berbisnes atau bekerjaya, untuk yang bergelar ibu, untuk yang ditinggal suami, untuk yang suami baik, untuk yang suami kurang baik, untuk wanita yang hidup susah, untuk wanita yang hidup kaya....

Kita ingin menjadi istimewa, pertama dan paling utama, di mata ALLAH, bukan sekadar di mata suami apatah lagi di mata lelaki entah siapa-siapa - maka pasti ALLAH jadikan kamu istimewa di mata manusia.

Dan sedarilah wahai diriku dan wahai para gadis, isteri dan ibu - bahawa kehidupan ini adalah perjuangan panjang penuh kesulitan dan cabaran, bahagia dan kecewa akan silih berganti datang - tujukanlah pencarianmu pada redha dan Cinta ALLAH yang Maha Agung...supaya hatimu tak akan berkali-kali terlukakan dan tersakitkan menanti putera sempurna yang tak kunjung datang :D mereka hanya di syurga.

Laluilah kehidupan bersama lelaki yang di sisimu - samaada seorang ayah, abang, suami, anak lelaki atau sesiapa saja dengan keimanan dan ketaqwaan ♥ mereka manusia biasa punya kelemahan dan kesalahan dalam mengharungi kehidupan, memerlukan kekuatan dan inspirasimu..!

whats next..

"HENDAKLAH SEKALIAN KAMU MEMBUAT PERSEDIAAN SEKUASA-KUASA BAGI KAMU DALAM SEGALA KEKUATAN BAGI MENENTANG MUSUH-MUSUH ALLAH DAN JUGA MUSUH-MUSUH KAMU." (surah al-anfal:60 Al-Quran)

...i just hope to be strong. whatever may come next..luaran nampak tenang, hati gundah siapa yang tahu?...Dia tahu..hanya Dia yg tahu. Cukuplah Allah sebagai Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung..some stories are better left unsaid..kadang2 yg pahit itu juga nikmat..senyum dan teruskan tanpa putus asa.. :) Allah tidak memberati seseorang melainkan yang terdaya olehnya..InsyaAllah, everything will be fine in the end. If it's not fine, then it is not the end yet. So, keep on fighting!

14 October 2012

cerita 4 alam

Setiap manusia melalui 4 alam. Alam pertama ialah alam di dalam rahim ibu. Alam kedua ialah alam fana (sekarang). Alam ketiga ialah alam barzakh. Alam keempat ialah alam akhirat (padang mahsyar, syurga/neraka)
Kita dalam keadaan dipaksa oleh Allah untuk hidup.
Hadis~Bila masuk sahaja benih lelaki ke dalam rahim wanita, malaikat pegang benih itu (sperma) dan bertanya kepada Allah, adakah mahu dijadikan manusia atau tidak? Allah menjawab ya, jadikan. Kemudian barulah benih itu dilepaskan dan bercantum dengan benih wanita (ovum).

Cukup 4 bulan 10 hari, ditiupkan roh kepada bayi tersebut. Allah suruh malaikat tulis 4 perkara, rezekinya (dari mana datang, kaya atau miskinkah dia), ajalnya (bila, di mana, bagaimana dia mati), amalannya (haji, zakat, tempat tinggal, pasangan, anak yg akan dilaksanakan dan diperoleh), penentuan samada ia ahli syurga atau neraka.

Hidup dalam perut ibu seronok, makan free, boleh berjalan2 tak perlu bayar tambang, duduk dalam tempat selesa. Sampai masanya, kita keluar dari perut ibu. Bukan mana2 bidan atau doktor yang keluarkan kita dari perut ibu, tapi Allah yang keluarkan kita dalam keadaan tak tahu apa2. Dan kita dalam keadaan dipaksa oleh Allah untuk keluar, dan bermulalah hidup kita di alam fana pula.

Allah paksa kita membesar jadi kanak2, kemudian remaja, kemudian dewasa, kemudian jadi tua. Hadis~Jika kamu boleh menjaga lurus agamamu ketika remaja, beruntunglah kamu dengan sebenar-benar untung.

Selepas itu juga kita akan dipaksa untuk mati. Kita akan nampak dan sedar orang yang mandikan kita, siapa yang angkat jenazah kita, siapa yang solatkan jenazah kita, semuanya berlaku dalam keadaan kita sedar, berdasarkan hadis2 nabi yang banyak. Bila lubang kubur dikambus, bunyi tanah pun kita dengar. Dan waktu itulah malaikat munkar dan nankir berdiri di tepi kepala kita.

Malaikat akan halau semua amalan kita untuk menyoal kita. Kecuali bacaan Al-Quran yang dibaca sebelum subuh. Hadis sahih mengatakan, amalkan baca Al-Quran sebelum subuh. Selain itu, jenazah di dalam kubur akan dijaga oleh 4 perkara yg nabi sebut dalam hadis lain yg mahsyur.

Kemudian Allah paksa kita bangkit di akhirat. Jin dan manusia akan dikepung oleh malaikat, dan Allah berfirman mencabar manusia dan jin supaya cuba lah lari keluar dari kepungan itu. Kita akan ditimbang amalan, dimasukkan ke syurga jika layak, dicampakkan ke neraka bagi yg melakukan mungkar.

Sebelum kedatangan Rasulullah saw, manusia hidup dalam keadaan tak tahu apa matlamat hidup. Mereka mengagungkan manusia berdasarkan harta bendanya yang banyak. Jika orang itu kaya, mewah, orang lain akan memuliakannya. Sebab itu lah bangsa yang kaya terus kaya, bangsa yang miskin terus miskin.

Kalau manusia ni hebat dengan sebab pangkat, firaun lebih power, sebab dia mengaku dia Tuhan. sampai iblis pun hairan, iblis pun sembah Allah. Firaun tak pernah sakit, tak pernah bersin, demam, selesema, menguap, tapi dia mati ditenggelamkan, dan diselamatkan mayatnya untuk dijadikan iktibar pada manusia yang datang selepasnya. Tapi pada Allah, orang yang hebat ialah yang bertakwa dan taat padaNya.

Nabi tak ajar memuliakan bangsa. Kalau disebabkan bangsa menjadikan segolongan itu mulia, nescaya bani Israel yang paling mulia, sebab 70% Rasul adalah dari keturunan mereka. Tapi Allah dah cakap, Bani Israel kini adalah bangsa yang dilaknat dan dikeji kerana perbuatan mereka. Nescaya bangsa arab mulia, kerana Nabi Muhammad dari kaum itu. Tapi Nabi kata, bangsa bukan jadi sebab kemuliaan.

Sahabat2 bertanya kepada Nabi, apa yang memuliakan kita? Nabi menjawab sesiapa yang bersama Islam, berlumba2 untuk menjadi manusia yang bertakwa dan beriman, dialah mulia.

Orang yang papa kedana, hamba, dipandang hina, tapi seorang yang mulia, salah seorangnya ialah Bilal bin Rabbah ra. Nabi naik israk mikraj ke langit, di dalam syurga nabi dengar bunyi tapak kaki di belakangnya. nabi bertanya kepada Jibril as, tapak kaki siapa tu? Jibril menjawab, ia bunyi tapak kaki Bilal. Lepas turun ke bumi, nabi tanya pada Bilal, apa yang dia amalkan? Bilal menjawab, dia buat 2 perkara, setiap kali dia batal wuduk, pasti dia akan ambil wuduk baru. dan setiap kali dia berwuduk, pasti dia akan solat sunat 2 rakaat.

Suara bilal ni tak merdu, tapi suaranya kuat dan lantang, keikhlasan dalam berazan menyebabkan suaranya sampai ke Arasy Allah. Suatu hari nabi beri Bilal cuti, diberi peluang kepada sahabat lain untuk azan subuh. Kemudian Jibril turun bertanya kepada nabi, takde orang azan ke hari ni? sebab tak dengar pun suara Bilal di Arasy.

Julaidib, lagi sorang sahabat, mukanya menakutkan, kulit hitam legam, papa kedana, yatim piatu, sahabat2 tak berapa kenal dia siapa. Nabi suruh dia meminang seorang wanita. Dah bertunang, tak sempat nikah, dia gugur syahid semasa perang Uhud. Nabi bertanya kepada sahabat selepas tamat perang, senarai nama yg gugur, lepas sahabat senaraikan, nabi menjawab "nama julaidib tidak disebut. dia membunuh 7 musuh, dan musuh ke 8 berjaya membunuhnya terlebih dahulu. Jibril memberitahuku dia telah syahid". Selepas menjumpai mayat Julaidib, nabi berkata kepadanya "Aku adalah sebahagian daripada kamu, dan kamu adalah sebahagian daripada aku"

KESIMPULAN: Muliakan hidup dengan agama. Besar mana pun pangkat, hebat mana pun bangsa, banyak mana pun harta, kembalilah dan utamakan taqwa pada Allah dan lipat gandakan amalan2 kita.

Anak dan Isteri Bertuah

Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam. [12 Oct 2012]
Panel: Ustaz Azhar Idrus (UAI) & Ustaz Haslin Bollywood (UHB)
Moderator: Ustaz Syed Norhisyam

PUSINGAN 1

SOALAN: Situasi sesetengah pasangan yang berkahwin tapi tak ingin memiliki anak yg ramai. Sedangkan Nabi saw menggalakkan kita meramaikan umat. Ada yang bagi alasan, duit tak cukup, hidup susah, isteri tak sanggup nak mengandung dan beranak lagi.

UHB: Hadis~Sesungguhnya Allah berikan dunia kepada sesiapa yang Allah suka dan Allah tidak suka. Akan tetapi, Allah akan beri agama (Islam) kepada orang yang dicintaiNya sahaja.

Apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Kadang2 Allah beri pasangan itu anak perempuan sahaja. Kadang2 Allah beri pasangan itu anak lelaki sahaja.
Kadang2 Allah beri pasangan itu anak lelaki dan perempuan. Kadang2 Allah tidak memberikan anak kepada pasangan itu dengan sebab kemandulan salah seorang daripada mereka.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Hadis~Anak2 itu merupakan penduduk-penduduk kecil syurga Ilahi - Riwayat Muslim
Hadis~Janganlah kamu menjadi seperti pendeta yahudi dan nasrani dengan tidak berkahwin

Siapa yang cakap, "cukuplah anak 3", atau "tak nak la anak ramai2", sudah dikira salah faham dengan akidah. Nabi saw suruh meramaikan anak. Allah juga kata jangan runsing, pasti Allah bagi rezeki. Jadi, sape yang kata macam tadi tu, kan dah bertentangan dengan suruhan Allah dan Nabi?

Jika umat kita minoriti, bagaimana Islam nak mendominasi dan menguasai dunia? Nabi dah suruh umatnya beranak ramai, nabi dah plan sebaik2nya untuk menguatkan umat Islam. Siapa yang menghentikan plan nabi dalam mengembangkan umat ni, dia berdosa.

Sebelum kahwin, selidik samada dia subur atau mandul. Memang tak boleh check kemaluan dia. Ulama suruh lihat keturunan dia atau kalau calon kita tu janda, lihat sejarah hidup dia.

Selingan Ustaz Syed Norhisyam: Penduduk eropah makin lama makin berkurang. Kaji selidik terhadap wanita di sana mendapati, ramai wanita tidak mahu melahirkan anak, kerana lelaki2 di sana tidak mahu bertanggungjawab. Kaji selidik kepada lelaki2 pula, mengapa mereka tidak mahu bertanggungjawab, ia kerana mereka sendiri tidak pasti siapa ayah bayi itu, kerana seks bebas berleluasa. Kadang2 sorang wanita berhubungan intim dengan ramai lelaki.

SOALAN: Apa maksud "Bertuah" dalam konteks anak dan ibu bertuah tu?

UAI: Hadis~Sesungguhnya yang bertuah itu ialah orang yang panjang umurnya dalam taat kepada Allah.

Dari pandangan masyarakat, bertuah tu ialah yang mendapat kesenangan dunia semata2. Kalau gitu, orang kapir pun bertuoh. Kita silap. Pangkat besar pun tak dikira bertuah. Firaun raja yang besar kerajaannya pun tak dikira bertuah, pagi petang malam diseksa dan diazab dalam neraka.

Orang yg bertuah ialah orang yg bertakwa dan taat ke hari akhirat. Dia ingat anak dia bertuah gaji besor, PhD. Padahal anak dia gi disko, tak solat. Siapa yang hidup sekejap tapi bertakwa dan taat, lebih bertuah dari orang yang hidup lama 90 tahun tapi tiada taat dan takwa.

Jadi, tuah takde kaitan dengan duit, harta, pangkat, dan sebagainya. Bertuah ialah yang baik dengan akhirat. Doalah minta panjang umur, agar diisi dengan ketaatan dan pelaburan akhirat. Boleh ke doa minta panjang umur? Boleh, nabi dan ulama tak larang. Yang dilarang, doa minta pendek umur.

Anak yg bertuah dan isteri yang bertuah ialah yang taat pada Allah. Anak yang taat pada Allah ialah yang taat pada ibu dan bapa selepas taat pada Rasul. Isteri yang taat pada Allah ialah yang taat pada suaminya selepas taat pada Rasul. Orang yang bertuah di akhirat ialah sesiapa yang Allah panggil "Wahai hambaku", maka dia bertuah dan masuk syurga.

Sedikit ulasan UHB: Hadis~4 golongan yang mendapat kecapan bahagia (bertuah)
1- Isteri yang solehah/suami yang soleh
2- Tempat tinggal yang luas
3- Mendapat jiran2 yang baik
4- Punyai kenderaan yang baik
Yang penting semua perkara dunia digunakan pada jalan dan cara berlandaskan agama untuk menuju akhirat yang baik

PUSINGAN 2

SOALAN: Bila berbincang tentang suami isteri, adakah suami isteri akan masih bersama di akhirat atau bersama dengan orang lain atau duduk lain2 tingkatan syurga?

UHB: Nabi suruh kita doa dapat isteri yang baik. Isteri yang baik ialah apabila kita lihat wajahnya, kita akan gembira. Umar Al-Khattab berkata, jangan marah isteri kuat berleter, sebab ia hiburan dari Allah.

Hadis~Ada seorang sahabat bertanya "Bilakah akan berlakunya kiamat?" Rasulullah saw bertanya semula "Adakah kau sudah bersedia untuk menghadapinya?". Sahabat menjawab "aku bukanlah orang yg banyak bersolat dan berpuasa, tidaklah aku banyak bersedekah dan berzakat, tapi aku cinta kepada mu Rasulullah saw". baginda menjawab "Jadi usah risau, kamu akan bersama dengan apa yang kamu cintai di akhirat kelak"

Jadi, jika suami dan isteri itu beriman dan bertakwa, dan saling cinta mencintai, mereka akan bersama lah di akhirat nanti. Sebab nabi kata kita akan bersama dengan orang yang kita cintai.

Isteri2 jangan control suami. Jangan marah sangat kepada suami kamu, mana tahu suami tu ahli syurga, bidadari2 akan marah kepada isteri yang marah pada suaminya. Jangan sombong, iri hati, bermasam muka dengan suami. Semua yang ada di dunia termasuk diri kita adalah hak milik Allah. Taat lah perintah Allah.

Pujangga dari Saidina Ali: Jadilah kamu orang yang baik. Bila ada, disukai. Bila tiada, dirindui. Bila mati, ditangisi. Janganlah kamu jadi orang yang jahat. Bila ada, dibenci. Bila tiada, disukai. Bila mati, disyukuri.

SOALAN: Bagaimana sesetengah anak isteri agak lalai dari persiapan amalan untuk akhirat. Adakah disebabkan sibuk bekerja atau pengaruh teknologi seperti gadjet2 dan internet? Mengapa keadaan ini berlaku?

UAI: Ayat Al-Quran~Hendaklah kamu para suami menjaga diri kamu dan anak isteri kamu dari api neraka. Maksudnya, jangan bagi famili masuk neraka. Caranya, taat pada Allah. Orang bujang pun kena jaga diri sendiri dan orang yang ditanggungi. Kat akhirat nanti Allah akan tanya tentang cara kita gunakan nikmat kita, bini, tangan, harta, negara yg dipimpin.

Bila dah kahwin, jangan senyum je. Budak2 sekarang tak nampak yang dia kena pikul tanggungjawab yang berat. Ada orang masuk neraka dengan sebab anak dan isteri.Apabila ia cuai pada anak dan isteri, tak beri nafkah, tak beri didikan agama.

Lelaki kena main peranan dalam membentuk anak dan isteri. Wajiblah seorang ayah ajar anak2 nya segala ilmu yang fardhu ain, begitu juga kepada isteri. Apabila anak dan isteri dah dibentuk, barulah anak dan isteri tak lalai. Kalau tak mampu ajar, ulama kata wajib bawa anak isteri pergi kuliah agama.

Lelaki masuk neraka jika anak atau isteri buat dosa. Bukan tanggung dosa dia, tapi berdosa sebab tak didik, tak berkeras dalam memberi arahan kepada mereka tentang perkara wajib, dan tidak ambil berat atau sambil lewa tentang anak tak solat, isteri tak tutup aurat dan sebagainya. Jangan cakap kat anak bini "ikut pandai mung ah", sebab dia tanggungjawab kita.

Anak dan isteri juga wajib taat pada Allah dan jangan susahkan ayah atau suami. Kalau apa yang ayah atau suami suruh tu perkara yang wajib, maka haram jika tak buat.

Dalam kitab Muhimmah, dikisahkan seorang lelaki berjalan menuju ke syurga dengan amalan yang banyak, seperti solat, zakat, puasa, sedekah, tahajjud, dakwah, perjuangan jihad. Tapi kaki dipegang oleh anak dan isteri. Isteri dia cakap "wahai Allah, azablah lelaki ini kerana dia tak pernah ajar aku tentang akidah atau haid atau syarat sah solat atau seumpamanya"

Jadikan diri kita bertuah, anak bertuah, isteri bertuah, suami bertuah. Iaitu taat kepada Allah. Bayakkan berdoa pada Allah agar anak isteri jadi taat dan bertakwa. Bersyukur Allah beri macam2 kepada kita dalam negara yang aman ini. Jadi, gunakanlah semuanya ke jalan Islam, ikut syarak, demi Akhirat yang baik.

Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu

Apabila kita bernikah sahaja dengan pasangan kita,secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua.Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa kita sendiri.Ada tanggungjawab yang kita perlu laksanakan kepada mereka.
Hari ini, ramai yang salah anggap mengenai tanggungjawab terhadap mertua. Salah anggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mereka wajar di hormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.
Apabila wujud rasa kurang hormat,tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan. Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua, mereka mesti menghormati ibu mertua diikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya.
Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu,bapa dan juga mertua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan oleh menantu lelaki. Mengabaikan seorang dari mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.
Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri diabaikan oleh si suami. Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama tidak kira mertua beragama apa sekalipun, sama seprti  tanggungjawab anak yang sudah memeluk islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk islam.
Bagi sesetengah  pasangan, permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali menjadi punca timbulnya konflik antara suami dan isteri. Meskipun  di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan mertua, namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak lagi terjadi. Hal ini mengingatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah keluarga, maka mertua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi, contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.
Bagaimana jika anda terpaksa tinggal bersama mertua?Apa yang perlu dilakukan trehadap mereka?Mesti ada pro dan kontranya. Sebagai menantu perempuan kia kena beralah dan mendahulukan mertua. Dalam hirarki kehidupan seorang suami, seorang suami perlu mendahulukan ibu bapanya dari isteri. Suami yang baik akan bertanggungjawab terhadap ibu bapanya, ibu bapa mertua dan keluarganya sendiri. Sebagai isteri kita sepatutnya membantu suami untuk menjadi anak dan suami yang soleh.
Sekiranya ada apa-apa, perbincangan dan permuafakatan perlu ada, agar tiada hati yang akan terluka. Sebagai seorang isteri yang sayangkan suami,mestilah kita mahu dia menjadi seorang hamba yang soleh. Dan untuk mencapai hasrat itu, suami itu perlulah bertanggungjawab terhadap orang tuanya. Salah satu tanggungjawab suami ialah berbakti kepada ibu bapanya.
Ada juga mertua yang cerewet dan selalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mereka sehingga anak menantu bercerai-berai. Namun tidak dinafikan, kadang-kadang ianya bergantung kepada anak itu sendiri yang terlalu bergantung dengan ibu bapa mereka sekalipun telah berumah tangga.
Persoalannya,bagaimanakah cara menangani masalah ini sehingga hubungan antara menantu dan mertua kekal harmoni?
Cara mewujudkan hubungan yang baik
Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak, kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit. Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mertua atau menantu, ada baiknya mereka mempertimbangkan beberapa saranan berikut:
  • Berdamai dengan diri sendiri:
Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.
Oleh sebab itu, jka secara negatif dan selalu meyalahkan orang lain, maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri. Ingatlah ungkapan yang mengatakan:”change your thoughts and you will change your world”. Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal-awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap yang negatif terhadap mertua.
Sebagai contoh masyarakat selalu melemparkan persepsi yang salah terhadap mertua seperti: mertua harus dijauhi dan tidak perlu mewujudkan hubungan yang baik dengannya, mertua tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal bersama mertua dan berbagai-bagai prasangka yang lain. Persepsi yang tidak baik ini jika tertanam dalam pemikiran seseorang akan menyebabkan mertua berkecil hati dan mudah tersinggung.
  • Mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut:
Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki budaya keluarga yang berbeza.Yang dimaksudkan dengan budaya keluarga disini ialah latar belakang yang seringkali berbeza, sama ada yang menyentu hal-hal berkenaan tempat tinggal ataupun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan, didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga dimana segalanya ini tentu sekali akan membentu karaktor,sikap dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam menghadapi sesuatu masalah.
Dengan lain perkataan, asuhan orang tua atau kualiti hubungan yang terjalin anayra orang tua dengan anaknya merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan seseorang di masa akan datang.Hal ini mencakupi perihal memilih pasangan, pola interaksi komunikasi suami isteri dan anak-anak, sikap terhadap pasangan dan persepsinya terhadap perananannya dalam keluarganya. Dengan itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik, segala emosi negatif dari masa lalu aka terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangganya,baik terhadap diri sendiri, pasangannya dan terhadap makna perkahwinan itu sendiri.
  • Menyamakan pasangan dengan ibu atau bapa sendiri
Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasangan dan mertua seperti ibu dan bapanya. Mereka mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti perlakuan ibu dan bapa sendiri. Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar  kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga.
Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibu bapa sendiri selaku orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah sama dengan taraf ibu bapa sendiri. Menderhaka kepada mereka samalah seperti menderhakai pada orang tua kita.
Menantu juga hendaklah menunjukkan sikap bertolak ansur dengan mertua. Mertua seperti individu lain yang tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada.
  •  Komunikasi dan mengambil tahu 
 Sebagai mertua tidak salah memuji atau memberikan penghargaan kepada menantu kerana, menantu itu mungkin ibu atau ayah kepada cucu-cucu mereka sendiri. Sekiranya terjadi perselisihan faham perlu ada sebuah komunikasi yang bijak bukan cacian atau maki-memaki antara satu sama lain. Seorang mertua yang baik, tidak akan membezakan antara anak dan menantunya; proses layanan dan juga komunikasi antara anak dan menantu juga perlu seimbang, bukan menetapkan jurang antara mereka. Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian Namun,jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha kearah perdamaian, sudah pastinya matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak tercapai.Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin. Sewajarnya,mereka tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah dan kemelut rumah tangga anak-anak mereka. Berikan mereka ruang untuk berbincang dan menyelesaikannya dahulu. Sebagai mertua,kita hanya boleh memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak, tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka.
Selain itu, mertua juga haruslah menghormati keputusan anak dan menantu juga. Cuba untuk memahami kehendak dan keperluan mereka. Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak-anak muda. Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip islam, kita boleh menerima saranan mereka.
Cubalah berbaik-baik dengan menantu serta keluarganya untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim yang ada.Dengan cara ini,secara tidak langsung boleh membuatkan kita lebih mengenali keperibadian menantu kita itu. Mertua juga perlulah  mencuba untuk mengajak menantu berbual untuk mengetahui tentang kesukaannya, masalah yang dihadapi supaya menantu tidak berasa kekok ketika berada di rumah mereka sekaligus membuatkan menantu merasa lebih selesa dan disayangi oleh mertuanya. Selalulah mengambil berat tentang keadaan menantu untuk menunjukkan rasa kasih dan serta keharmonian dalam sesebuah perhubungan.

09 October 2012

moga aku mampu jadi sptnya...

Baca lah sampai habis cerita pendek ni .. Moga dpt pengajaran pada para isteri dan juga suami ....

Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.." kemudiannya; membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.." kemudian; membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku" dan seterusnya membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima ksih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang isteri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.

DO'A PERLINDUNGAN 4 KEBURUKAN

Allahumma inni audzubika min ilmin laa yanfa’u wamin qolbi laa yakhsya’u, wamin nafsin laa tasyba’u, wamin da’watin laa yustajabu laha.

Artinya : “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”(HRMuslim 4899)

"Bahaya menangguhkan ketaatan."

1. Manusia tak fikir tentang kesusahan akhirat,hanye fikirkan tentang kehidupan diatas dunia..

2. Tak fikir akibat perbuatan diatas dunia ni boleh mengundang kesusahan di alam barzakh dan alam akhirat.

3. Dialam barzakh tiada sesiapapun dpt tolong kita,Nabi sebut 5 perkara antaranya,
"mase muda sblm dtg mase tua mu..

4. Fikirlah dimane mase mude kite dihabiskan..ning gok umur 60 doh,sikat cokeng lg dlm kocek.

5. Mu tangkap sekor tikuh hok tue,pahtu mu ikat,mu tanye die mase mude mu tikuh eh abis kemane?tikut jwb mende?senyak tupah!!org tue yg habiskan mase mudenye dgn perbuatan sia2 same la ngan tikuh tue nk mapuh ning!

6. Umur dah tue ganyut baru nk cari agame,dang tue payoh doh nk msk ilmu dlm kepale,sbb tu bdk2 tahfiz mude2 je sbb mudoh nk blajo.

7. Bile mude tenage kuat,nk berlari pun kuat dan nak buat ape saje pun gagah,begitu jgk dlm buat ibadat..semangat je nk nak buat bile mude ni..tp umur muda jg best bile nk buat maksiat.

8. Duk cari dunia dari mude sampai ke tua,semua pakat berebut pd perkara dunia,takdop doh bahagian rebut makrifat..bile sakit br ingat ke akhirat.

9. Bersungguhlah gunakan waktu sihat utk beribadat dan sentiasa dlm ketaatan..mu tgk org sakit hor..dop blh wat mende doh dang sakit..mu renunglah betape nikmatnye waktu kite sihat..

10. Pakat-pakat gi tgk etek org hok sakit,biar kite ni sedor diri skit..untungnye nikmat sihat ni kalu nak di bndingkan dgn org sakit..

11. Ni tubuh sihat dop mari surau masjid,duk tgk ke natang berite..sibuk ngan projek..abis gitu je waktu sihat.

12. Dop saloh mu nak bersukan atau beriadah,tp jg la sembahyang tu,maing bola sapa dop kenal tangga masjid,dop tau hukum hakam,kalu name pemain bola ingat abih,tp bab agame sutir haram mu dop tahu..jd bodoh sampai ke mampus !!!!!!

13. Padahal kat masjid nya ade karpet,ade kipas angin,ada air cond,g duduk je..tu pun payoh gop..bkn lame pun,sejam je..hok cari makang 8 jam sehari mu rajin pulok..mung jahat ngan Allah ..

14. Brgsiapa yg tak jg solat dia akan dtg keakhirat tanpa petunjuk,dan akan bsame diblkg firaun,qarun,haman dan ubai anak khalaf..ikut mung buat masa hidup.. Contohnya kalu mung kuat sangat cari ke harta ... Bangkit nanti mung duduklah belakang qarun .. Ke guane ???

15. Dop smayang blk awal lah beb, takdop ilmu agame akan kene katok dlm kubur!gaji br seribu dua dop mayam doh..padan dop mu boleh byk tu tp mu ingkar pd perintah Allah..

16. Lawan org alim,lwn ulamak,pdhal dia bapok jahil..smayang bang dop..kesian ke mung,mok ayoh dop ajor mase kecik! anok-anok ni ikut acuan yg diletok oleh mok ayoh mu..kalu hok agame diletakkan selamat la mu,kalu hok dunie saje blk awal la mu..

17. Tuhan baru bg sikit harta dunia smbong doh,naik viva elite jln pun mcm dop knal org,lalu kot sejid sapa dop breti, org yg naik ferrari dop smbong pun mcm mung.. Ni org panggil manusia bangang !!!!

" mase lapang dan mase sibuk mu"

18. Walaupun kite keje biarlah ada mase lapang buat kite,amik kitab2 agame bace atau bc quran sblm msk waktu solat.dop pun gunekan mase lapang tu utk bwk ank bini g cr ilmu kat kuliah2 agame..
waktu muda isikan dgn ilmu dan amal.

"waktu hidup sblm waktu mati"..

19. Mase hidup dop gi masjid benor,dang mati br nokgi,dop leh doh la..mane blh, skali sorg je hidup kat alam syahadah nim..

20 .Dang mati blh dop solat?dop leh..zikir?dop leh..pose?dop leh doh la..buleh pekdoh la dlm kubur kalu takdop mende,nk arap ke anok2 sdekoh pahale berat66 doh..

21. ziarah la kubur,dgn menziarahi kubur akan mengingatkan kite pd mati,kubur ni bgai cermin bg kampung2,kalu ramai org yg ziarah kubur kat sesebuah kg tu jelasla org kg tu sntiasa ingat pd mati.

22. Infaklah harta-harta kite pd pondok agame,ataupun masjid2 moga ianye menjadi penyejuk bg kubur kite kelak,ning gok kdekut pahit!derma singgit skmo..duit buruk pulok tu!apa yg kamu derma itulah yg akan kekal b,same mu didlm kubur..

23. Untungnye kite krana masih hidup,sentiasa blh bribadat setiap mase..blh pilih nak buat ibadat ape pun..

wallahua'lam.. ❤