24 May 2016

Sebuah perkongsian seribu rasa

Anak-anak kita bukan malaikat, bukan juga orang dewasa. Mereka tidak sempurna, dan pasti tidak akan dapat menjadi dewasa sebelum sampai masanya.

Tertumpah air berkali-kali, berlari-lari dan menjerit di masjid walaupun telah dipesan 100 kali, terkencing di waktu malam, menconteng dinding, memecahkan pinggan dan cawan, terosakkan mainan yang baru dibeli, berguling-guling di pasaraya dan pelbagai lagi adalah asam garam dan ujian buat ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Bersabarlah wahai ayah dan ibu dalam meluruskan kesalahan-kesalahan mereka, bak kata Al Ahnaf Bin Qais ketika menasihati Muawiyah yang sedang marah kepada anaknya Yazid,“anak-anak adalah buah hati kita, dan tulang belakang kita. Kita laksana tanah yang rendah bagi mereka, dan langit yang meneduhi mereka. Jika mereka meminta sesuatu, berikanlah. Jika mereka marah, pujuklah. Kelak mereka akan memberimu kesayangan mereka, dan akan berkongsi denganmu rahsia mereka. Dan janganlah engkau menjadi penghalang, nescaya mereka akan menjadi jemu dengan kehidupanmu, dan mencita-citakan kematianmu.”

30 March 2016

Demam adalah daripada percikan api neraka

# Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.
# Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.
# Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.
# Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.
Langkah #1: Sediakan bahan berikut:
1. Air mineral
2. Besen kecil
3. Tuala muka
4. Ais
5. Baldi kecil
Langkah #2: Bacakan rangkaian doa berikut
1. Al-Fatihah (1x)
2. Ayat Kursi (1x)
3. Selawat Syifa’ (1x)
Sambung dengan doa berikut;
4. Doa Nabi Ibrahim a.s (1x)
Maksudnya:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)
atau;
5. Doa demam panas (1x)
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.
atau;
6. Doa penyejuk (1x)
Maksudnya:
Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.
atau;
Kesemua 6 rangkaian doa tersebut.
Langkah #3: Proses rawatan
1. Setelah selesai membaca doa hembus pada air mineral sehingga habis nafas.
2. Masukkan air yang telah didoakan ke dalam besen kecil.
3. Rendam tuala ke dalam besen yang berisi air doa.
4. Tuamkan tuala tadi ke anggota badan pesakit bermula dengan celah jari kaki kemudian di belakang lutut, celah paha, celah ketiak, leher, tengkuk, kepala (gunakan kain yang lain).
Langkah #4: Usaha tambahan
1. Mandi seperti biasa mesti dilakukan (pagi & petang)
2. Jika panas berterusan;
a. masukkan air doa ke dalam baldi kecil (mesti didahulukan)
b. masukkan ais
c. Rendam kaki pesakit ke dalam air yang berisi ais
d. Pantau suhu badan pesakit
3. Dapatkan rawatan doktor
Nota editor:
1. Langkah tersebut dilakukan adalah sebagai ikhtiar awal sebelum pesakit mendapat rawatan daripada doktor
2. Sekiranya air doa sudah berkurangan, ia boleh ditambah dengan memasukkan air mineral (bukan air masak)


sebuah perkongsian dr murabbiy.wordpress...mohon dihalalkan

28 March 2016

Hakikat sebuah Kemesraan

Dah lama x mengupdate belog..tetiba terlintas satu perkara untuk dikongsi bersama..mana tahu boleh dijadikan panduan atau iktibar buat diri..

Kisah ni baru semalam terjadi, bukan niat hati mengaibkan diri si mati cuma sebagai satu teguran dan renungan buat diri. Tatkala kematian menjelma, doa dikirim sebagai pengganti..namun apa yang terjadi agak menyentuh hati...Hari kematian berlaku, namun tiada yang menghadirkan diri, menziarahi jenazah yang sedang kaku terbaring..yang ada hanyalah anak, cucu, menantu dan adik beradik si mati..orang luar..jauh sekali dan boleh dikira dengan jari...

Terfikir2 juga, kenapa ya semua ni terjadi...namun diam je dulu..seusai jenazah dikebumi, kami saudara mara si mati berkumpul di rumah ibu arwah..saudara mara mula membuka cerita..katanya arwah dulu tidak bergaul dengan masyarakat sekeliling sebab itulah di hari kematiannya, tiada yang mahu menziarahi...hidup arwah hanya dengan anak dan cucu-cucunya sahaja...kenapalah jadi macam tu...diceritakan lagi...semasa hayatnya juga, beliau tidak pernah atau jauh sekali menghadirkan diri dalam aktiviti di kampung, samada di madrasah atau di rumah jiran tetangga...mengadakan kenduri, jemputan ke rumah, melawat kematian dan orang sakit jga jarang sekali..seolah2 beliau hidup sendiri, tiada kenalan, jiran tetangga..Sy termenung sekejap mendengar cerita arwah...hmmm..patutlah orang kampung semua memulaukan beliau, rupanya ia adalah cermin diri beliau sendiri dengan masyarakat, betapa beliau tidak bermesra, bertegur sapa, bermanis muka dengan masyarakat.

Hidup di kampung yang kaya dengan adat dan hubungan erat, tidak boleh disamakan dengan hidup di bandar atau kota-kota besar yang mana setiap orang sibuk dan menyibukkan diri dengan urusan masing-masing seolah2 menjaga hak peribadi (privacy) masing2....kesudahannya, ada dan tiada sama je..tiada beza. Namun begitu, fitrah semulajadi manusia hendaklah bermesra dan menghubungkan silaturrahim tidak kira dengan siapa dan di mana..Islam itu adalah terbaik, diberikan peringatan oleh Allah untuk ini adalah bagi mengelakkan perkara2 seperti inilah, sedih melihat kematiannya, tida yang memenuhi ruang membacakan Yassin atau mengaji untuk beliau. Namun sebagai hambanya yang lemah lagi hina, doa dipohon agar arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh..aminnnnn

04 February 2016

6 years...

Esok, 04042016..genap 10 tahun usia rumahtangga aku n mr Hubby....sepanjang 10 tahun hidup bersama, banyak dugaan dan cabaran, suka dan duka, riang dan gembira, tangis dan tawa yang telah aku lalui..Ternyata, pengalaman itu mengajarkan aku erti sebuah kehidupan, erti sebuah kejujuran, erti sebuah kesetiaan, erti sebuah pengorbanan dan erti sebenar kasih dan sayang. Benar kata org dahulukala, pengalaman itu mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa, dewasa dari segi tatakelaluan, dewasa dari segi pemikiran, dewasa dari segi pertuturan...dan jika direnung kembali...Ahhhh...ternyata kepincangan ada di mana2 dan bila menjengah semula, aku amat bersyukur diberikan kesempatan untuk menerima, merasa, melihat dan mengalami semuanya itu. Ia menjadikan aku seorang yg mungkin juga sedikit kuat, sedikit tabah dalam menghadapi hidup. Teringat pesan seorg sahabat utkku; "semua itu hanyalah dunia semata2, tiada yg kekal utk kita di atas dunia ini". Perumpamaan itu amat tepat sekali, walau sesukar dan sesulitmana pun, jika Allah mengkehendaki semua itu, walau dihalang..tetap akan berlaku juga, kita hanyalah asbab untuk semua itu...Jesteru, sucikan hati, lapangkan dada..itu yg cuba aku terapkan dalam diri..redha terima seadanya dan pasrah dengan segalanya. Allah itu Lebih Mengetahui apa yg terbaik utk hambanya, walau kekadang kita merasakan, itu cukup baik utk kita..tapi rupanya itu adalah keburukan yg terselindung...

26 January 2016

Muhasabah Diri

Antara sebab-sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit:
1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.
Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:
1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.
Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah S.A.W. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

Copy & Paste..kredit utk yg mengingatkan...

Berhati hati di usia 40 tahun...

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN..peringatan buat diri....
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

21 January 2016

yeahhhh...cayooookkkkk

pejam celik..pejam celik....dah lama rupanya aku melakukan kerja amal ni...hehehe



sedikit perkongsian dr FB Dr Shukri Abdullah..yg boleh kita jadikan panduan..

Cook With Love Untuk Anak Ke Sekolah
[Catatan: Ini posting kali kedua (tanpa edit apa2). Posting pertama awal Jan 2015. InSyaAllah tetap relevan utk ramai ibubapa. Fikirlah ]
Saya terkejut.
Tak pernah2 dia buat.
Tiba dia menjerit keseronokan.
Itulah apa yang isteri saya lakukan pada awal Disember 2013, hari terakhir paper SPM anak bongsu kami.
Kenapa menjerit keseronokan ?
Baru saya tahu kemudian dari hari itu dia tidak perlu siap awal-awal sarapan pagi untuk anak ke sekolah.
Ya sudah 10 orang anak dia sediakan sarapan pagi.
Anak sulong berumur 37 tahun.
Ini bermakna genap 30 tahun isteri saya menyediakan breakfast pada anak-anak kami tanpa sehari pun melepaskan tugasnya.
Alhamdulillah. Isteri mithali. Ibu disayangi.
Mak-Ayah .... breakfast is very important.
Hampir semua ibubapa hebat memastikan anak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka mahu pastikan anak tidak kelaparan sebab kali terkahir ia makan mungkin 9 malam sebelum itu. Ini bermakna kalau dia tidak makan, pada 3 kelas pertama sebelum rehat pagi perutnya sudah 11-12-13 jam kosong.
Ini untuk Mak-Ayah Anak Sekolah Rendah.
Masih boleh PAKSA anak bersarapan.
Be creative.
Sediakan sarapan lain dari yang lain.
Pujuk dia.
Biasakan dia.
Lama2 ... ia jadi satu rutin awal pagi.
Untuk anak sekolah menengah.
Duduk berbicara dengan dia akan kepentingan bersarapan.
Sarapan boleh menolong memberikan tumpuan.
Sarapan bantu mengukuhkan ingatan.
Sarapan boleh tingkatkan prestasi.
Untuk mak dan ayah ... terutama Mak.
Memang kena kerja lebih.
Malam sebelum tidur kena fikir siap2 apa nak sediakan.
Letak bahan2 siap di dapur.
Bangun masak saja.
So mak ayah.
Cook with love untuk anak.
Makanan kantin.
Cook untuk dapat untung.
Makanan rumah lebih berkhasiat.
Lebih bersih.
Lebih "love"

14 January 2016

++ melukis aWan ++

Aku cuba melukis awan
Sebagaimana yang kau idamkan
Meski hati ku tahu
Kau mahu lebih dari Itu
Memang aku tak mampu
Kerana itu bukan diriku

Maafkan aku kasih
Bukan yang sempurna
Kerana aku pencinta biasa
Yang ada hanya Cuma cinta
Tak bisakah engkau
Terima ku seadanya
Baru kini ku sedari
Cinta tak lagi bererti

Bila material jadi obsesi.....

03 January 2016

salam tahun baru


Masih belum terlewat kiranya utk sy mengucapkan salam tahun baru 2016 yang baru beberapa hari datang bertamu...bertambahnya angka di belakang tu, maka bertambah2lah lagi usia kita...hehehe
Moga diberikan kesempatan dari yg maha Esa utk melipat gandakan amalan sebelum dijemputNya nanti...aminnnn
Melihat dunia hari ini, tidak seindah dunia masa dahulu..tatkala keadaan hidup menghimpit fikiran, diri dan mata wang berbelanja..alangkah indahnya zaman dahulu...tapi harus diingat, masa yag berlalu tidak akan kembali lagi. Jadi kecapilah masa yang ada ini namun jangan dilupakan masa yang lalu itu..