07 January 2015

Bila aku fikir..aku renung...

Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri...
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya
Sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Ku berfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang
dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah
Berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah SAW cuba dipahat dan diukir
Namun ku tetap berfikir...
Pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang ku fikir...

01 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Lamanya rasa x menulis....idea ada cuma belum berkesempatan untuk membuat catatan, tambahan pula pejabat baru, suasana kerja baru(baru bergabung katakan..hihihi)..asyik kelam kabut jer..sehinggalah detik ni pun...masih terasa kekalutannya. Pejam celik-pejam celik dah masuk ke tahun 2015, banyak kenangan manis, masam, pahit dan kelat di tahun 2014 perlu dilupakan..life must go on kata orang..Walau mcmn susah senang, pahit masam manis, itu semua lumrah kehidupan yang perlu ditempuhi selagi masih bernafas di atas muka bumi ni..

Melihat anak3 membesar di depan mata walau dihimpit masa 24/7 yang aku rasa kadang kala x cukup..alaaa cepatnya masa berlalu..ternyata meninggalkan nostalgia yang x mampu nak diungkapkan dengan kata2..nak undur balik lagilah x boleh...jadi bak kata Tun Dr Hasmah......“Jaga anak-anak, don’t miss the chance of seeing them grow. They grow up very fast ”
dan aku sebagai seorang ibu, isteri, pekerja..memang terMISS masa ngan mereka..balik keje dah penat, muka monyok..anak3 asyik bermain, tgk tv, tgk kartun...pastu tido..bangun pagi2 g sekolah, balik sekolah...mandi, solat, makan, buat homework, tgk tv, tido...esoknya macam tu jugak...5/7 day...Life aku pulak...bgn, masak, gosok baju, g keje..balik keje, masak, tido...dunia hanya rumah..opis..rumah ..opis...huhuhu, semput sangat.

Namun begitu, Allah dah bagitahu " Demi Masa sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan bagi mereka yang beramal soleh" ..haaaaa, part ni memang aku x boleh nak achive..naif sungguh aku ni.Patutnya aku boleh manage masa tu dengan sebaik2nya tanpa perlu merungut atau mencari seribu satu alasan...kena pandai r bahagi masa kata orang...jadi sempena tahun baru ni..azam aku adalh untuk menjadi seorang yang terbaik dari yg terbaik..di rumah, di pejabat dan yang pastinya menjadi hamba yang terbaik untuk PENCIPTA aku..aminnnnnnn