10 December 2015

Putrajaya Wetlands


melangkah kaki ke dunia 3D..layan ikan2 imaginasi, bagus utk minda anak2, mak2 n ayah2...hehehe..

..jalan2 dulu...
Masih malu2 meow..
hahaha...dah mula dah...
acara beregula pulak..
rilek...
peachhh...muka penat berjalan
try duduk skettttt..
paksa rela..
sini pun bolehlaaa
horreyyyyy......

waktu yang paling seronok, yg tak akan pernah kembali..moment yang sgt manis, bila berada disamping mereka bertiga...menangis, ketawa, menjerit bersama...dah lama impikan nak buat mcm ni...best rupanya...tapi adik yg paling real, betul2 excited....




08 December 2015

melaka kami datang...

peach yooo....
jom layan kehijauan dataran
hahaha..krismas pun krismaslah...

15 October 2015

:: j.i.k.a ::

‎~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki,
berhenti dan cuba FIKIR kembali..
adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya?
Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau
hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu?
Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak?
Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA?
Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati?? ✿~
>>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING,
sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA
jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH,
berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..
YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik
dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(✿◠‿◠)

12 August 2015

Rahsia Tulisan Tangan..
Menurut seorang profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia, tulisan tangan dapat mempengaruhi sikap,pergaulan dan juga sedikit sebanyak dapt mempengaruhi percintaan…..Berikut jenis-jenis tulisan tangan dan rahsianya…
KECONDONGAN TULISAN
TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
CONDONG KE KANAN
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!
CONDONG KE KIRI
Dia ni seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ni seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya.
BENTUK TULISAN
BENTUK TULISAN LEBAR
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.
TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.
TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.
BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.
BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!
JARAK TULISAN
TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.
TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.
RUANGAN DI TEPI
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:
RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!
RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.
PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.
P/s:-Korang yang mana??

03 July 2015

Mencari sinar yg malap

Hidup ini terlalu singkat untuk berehat-rehat dan bermalas-malasan.

Hidup ini juga terlalu pendek untuk bersedih dan bermuram durja.

Malanglah bagi manusia yang tidak memanfaatkan hidupnya ke tahap maksimum.

Begitu yang bisa saya simpulkan berdasarkan pengalaman 20 tahun hidup di dunia yang fana ini. Tidak hanya itu, malah saya menyaksikan ramai orang di sekeliling saya yang tidak menemukan bahagia, tidak juga berjumpa ketenangan, jauh sekali kebahagiaan.

Padahal, mereka memiliki harta yang banyak, kedudukan yang tidak kalah hebatnya, otak yang tak tertanding pintarnya. Mereka punya segala-gala. Tetapi jauh di dalam sana, jiwa mereka kosong.

Namun begitu, bukanlah minat saya untuk berbicara tentang orang lain. Saya memang suka melihat dan memerhati tingkah laku manusia, tetapi tidak bermakna saya tidak mencermin diri sendiri.

Jujurnya, saya juga pernah seperti mereka. Saya pernah merasakan seolah-olah bahagia dan damai itu tidak hadir dalam hidup saya walhal saya boleh dikatakan berada dalam comfort zone.

Saya mungkin bukan berasal daripada keluarga yang kaya-raya, berkedudukan atau terhormat, tetapi sekurang-kurangnya, saya tak pernah kebulur, saya sentiasa punya wang yang cukup untuk menyara diri sendiri, saya punya tempat berteduh yang amat selesa, dan saya malah mempunyai tahap pendidikan yang boleh dibanggakan.

Dipendekkan cerita, dunia saya miliki, tetapi saya tidak pernah merasai kebahagiaan yang hakiki.

Lalu saya berkelana di bumi tercinta ini, mencari makna diri. Mencari jawapan kepada persoalan hidup yang rutin. Untuk apa saya belajar pandai-pandai? Untuk apa saya skor dalam peperiksaan sedang saya tidak merasai apa-apa pun yang bertambah dalam hidup saya setelah saya mencapainya?

Mungkin saya bangga dan berbunga-bunga seketika, kemudian semuanya kembali normal dan saya meneruskan hidup lagi. Semua yang saya capai bagaikan tiada makna... Saya masih ingat, sewaktu kecil-kecil dahulu, saya pernah bertanya ibu,

"Ma, bakpo(kenapa) kito keno belajar sungguh?"

"Nok keno ngaji sungguh, nanti buleh belajar kat universiti, buleh dapat kijo bagus, buleh beli kereta besar, rumoh besar, buleh naik kapal terbang, melancong sano-sini, buleh buat macam-macam, dok la nati jadi ore(orang) miskin, dicemuh ore...Haa..tak sey(tak nak) jadi pandai?", ibu saya malah menjawab dengan persoalan juga.

Apalagi, cepat-cepat saya mengangguk. Masakan tidak, ngeri saya mendengar perkataan miskin dan dicemuh orang. Sungguh, saya paling tidak suka dihina dan dicemuh. Saya tidak larat memikul semua itu.

Maka sejak itu, saya menanam tekad untuk belajar bersungguh-sungguh lantaran saya telah memikirkan yang indah-indah. Saya ingin belajar di universiti, punya kerja yang bagus-bagus, punya rumah dan kereta mewah, melancong ke serata dunia, wahhh... tidak sikit benarnya kata ibu, begitu fikir saya.

Nah... Akhirnya dengan rahmat Allah, saya sudah memperoleh hampir sebahagian daripada impian waktu kecil saya, dan kini saya sedang mendaki puncak jaya. Namun, di mana bahagia? Saya masih tidak merasa apa gunanya memiliki ini semua.

Apakah dengan memiliki kemewahan saya akan memeluk dunia ini sehingga saya mati? Sudah tentu tidak.

Saya kini merasakan bukan harta yang bisa membahagiakan, bukan baju-baju cantik atau aksesori-aksesori berjenama yang membawa ketenangan, bukan juga pria handsome yang memuja kita siang dan malam yang jadi perkiraan, tetapi jauh di lubuk hati yang terdalam, saya menyedari bahawa hati ini merindukan Allah... Merindukan Dzat yang lebih agung daripada dunia dan seisinya.

Saya bukan mencintai kedamaian, tapi saya sebenarnya merindukan Pencipta Kedamaian, saya bukan mengharapkan kebahagiaan hadir ke dalam hidup saya, tetapi bahkan saya mendambakan Pencipta Kebahagiaan itu sendiri.

Saya dan orang-orang di luar sana, yang malah ada yang sudah pun sukses dan berhasil, tetapi masih berkata tidak memiliki apa-apa, kalian sebenarnya merindukan Allah! Kalian mendambakan pencipta kalian, kalian merindukan sifat-sifat Allah. Kerana apa? Kerana sebab itulah kita semua diciptakan!

"Tidak diciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaku" (Azzaariyaat:56)

"Maka,hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama(Islam);( sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Ar-Rum:30)

Sahabat-sahabat, saat kita mengkosongkan diri di hadapan Allah,merasakan bahawa diri kita ini tidak berdaya, mengakui bahawa kita hanyalah hamba, dan Allah lah yang Maha Berkuasa, maka ketika itulah, sebuah keindahan dan kedamaian yang tidak tergambarkan akan tercipta.

Iaitu saat kita kembali kepada fitrah! Jangan sekali-kali merasa cukup dengan diri sendiri, jangan merasa dunia ini kita yang punya. Ingatlah, semua harta yang kita miliki hanyalah pinjaman daripada Allah.

Sentiasalah bersyukur dan merasai kebersamaan dengan Allah dan Dia telah berfirman,

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku." (Al-Baqarah:152)

Hidup ini hanyalah seperti sebuah ladang tempat kita menanam benih amalan, agar hasilnya nanti dapat kita tuai buat bukti diri patuh ajaran Tuhan! Wallahualam.

Di luar sana, ada yang tak cukup makan, tapi, ramai yang cukup makan pun tak reti-reti nak cukupkan solat lima waktu!

04 April 2015

bunga Sang Mujahid

Aku petik bunga yang indah ini,
Agar ia hiaskan taman sanubariku,
Wanginya semerbak dalam kamar hatiku,
Cantiknya berseri dalam hari-hariku.
Saat aku melamar kamu dulu,
Senyum ayu kamu berikan,
Bergetar jiwa aku tika itu,
Membara rasa cinta ini.
Aku ingat lagi tika itu,
Setelah kamu halal aku miliki,
Tangis syukur yang kamu hadiahkan,
Sekali lagi kamu senyum kepadaku,
Bergetarlah jiwa aku melihatnya,
Bahagianya bukan kepalang.
Oh bungaku,Kamu tersangatlah indah padaku,
Sentiasa kembang mekar,
Durimu tidak pernah melukakan aku,
Harummu menyenangkan perjuanganku.
Wahai bidadariku,
Api cinta yang kamu nyalakan ini,
Semarakkan lagi semangat dakwahku,
Sabarnya kamu menemaniku,
Di bawah sayap ini kamu setia menunggu,
Pengorbananmu sayang, aku hargai.
Kejelitaan isteriku tidak bisa digambarkan,
Aku lindungkan ia di sebalik purdah sutera,
Dengan taburan warna merah jambu,
Agar jelitanya itu menjadi santapanku seorang,
Tidak mahu aku kongsikan itu,
Kerana ia begitu istimewa padaku.
Bunga sang mujahid ini,
Dihinggap rama-rama Iman sentiasa,
Madu solehahnya jelas terasa,
Embunnya mengalir seinfinitinya,
Cintanya ia pada yang Maha Esa,
Dengan taat padaku mujahidnya tercinta.
Keikhlasan cinta kepada Allah,
Kamu buktikan dengan mentaati aku,
Sungguh bungaku yang indah,
Kamu hadiah Allah yang istimewa,
Hadirnya kamu bisa menyembuh duka,
Dengan cinta itu sebagai ubatnya.
Cintamu wahai bidadariku,
Bisa menikam musuh-musuh di hadapanku,
Bisa luluh jiwa-jiwa mereka itu,
Bisa membangkit nafsu jihad bergelora,
Tenang aku memegang panji tiada resahnya,
Barisan hadapan akan aku mara,
Syahid bahagia pasti aku buru,
Kerana adanya kamu menemaniku.
Bunga sang mujahid ini,
Akanku tunas ia sebaik-baiknya.

04 March 2015

untuk 3 perkara

Ada 3 perkara yang sekiranya kita mampu lakukannya...nescaya Allah akan melindungi di bawah lindunganNya...dan memelihara dengan rahmatNya..

1. Bersyukur bila diberi..
2. Memaafkan bila dikhianati..
3. Menahan diri disaat kemarahan yang meluap-luap..

Semoga aku boleh dan mampu melakukannya...

03 March 2015

in my head

Life is full of twists bitter sweet laughter..n the most difficult part when the people who do not like to see people happy ... whatever life must go on. I write this post to express what I feel. ..kadangkala we will not be able to fit or feel what we feel, but instead we will be able to get what we can. From the smallest thing until the biggest problem. There is a need and also the determination fatherly spirit to continue this life by surrendering everything to God Almighty.
In the work I sometimes suffer a spy who is not satisfied from others in diam..depan good, but behind a wide hampeh ... talk but no action tu one more thing. allegations seriously. ..
Rencah kehidupan  in family life, there are also pasang surutnya..ala..sedangkan bitten tongue again, much husband and wife ... too usual but sometimes it annoys and oppresses the soul and body, but it is an option and that partner has ditetapkan by God so keep that trust with the best ...
In I am a mother, haaaa..yang ni bit difficult because I have limited space and time to get together with my children ... while there are quite limited. Weekend is a day that I have to be with them fully, storytelling, joking that gurau2 senda.. I likeeee ... I'm in the home that the soul, not in the workplace ... if my hubby  would like, and able to support our family, i want to say bye2 n stop working ... hihiihihi ..
I am about as a child, because periodic au biasalah..weekend back jenguk mom dad n mok in kampung..rindu weyyy .... if time could be postponed again, childhood is the most fun times ... saper agree? yuuuhhhuuuuu ...

... picnic time ...


En3 ni nak cerita pasal kami g berpiknik di pantai bukit keluang nun di besut nuhhh...tempat yg sangat gojes dgn view yg teramat memukau mata dan pandangan sesapa jer yg melihatnya..ni la tempat perkelahan aku n famili sejak dari bangku sekolah, my abah yg perkenalkan tempat nih..n ternyata ianya tetap santek sehingga sekarang...masa g sini kami just bermalam di homestay. Nama homeystay tu Homestay Titian Kasih, ianya terletak betul2 di depan Demong Beach Resort. Nape pilih homestay?sbb masa kami pergi ari tu, Chiness New Year..so bilik hotel2 berdekatan fullybook maaa...ada tu Bukit Keluang Beach Resort satu bilik rm230.++ huhuhu..sayang duit dennnn..so kami pun mencarik2 n jumpalah homestay tu. Bilik ok..satu katil besar..ada sofa..ada tv..kira bilik biasa sbb bilik famili dah penuh. Bolehlah dari x boleh...n lain kali klu pegi, boleh stay lg kat sini sbb homestay ni bersih, homestay baru...okaylah..jom hayati sedikit pic yg aku sempat ambik..asyik ambik pic org jer..empunya pic x der org nak ambik..,huhuhu


peace....abg aliff n abg izzat


ayoooo..mata pedih masuk pasir maaaaaaa..........tp peace lagi skettt


conteng2 time..


conteng dan conteng lagi..
kat belakang tu en asben ngan member kamcing abg aliff tgh duk ejas batang pancing
...iskkk..bilo nak dapek tenggiri nihhhh...


kutip..jgn x kutip airis  weyyyyy...


haiiiiiiiiiii


en asben yg tetap setia menemani pancingnya..huhuhu

03 February 2015

Kuda Itam..

Sedeynye....sedeynya...keta ku kemek gara2 en asben tergesel ngan CRV sapa ntah di traffic light depan wisma persekutuan ptg semalam. Awal2 tahun dah bikin penyek wa punya keta..adoyaiiiiii letih r gini...duit melayang maaaa..td g sevey kat bengkel, dia nak upah ketok sekali ngan cat rm220. Huhhhh...nasib baik x mahal sgt...en asben bajet 3 ratus..masih sempat dia nok bayar roadtax keta kelisa, alhamdulillah...tu la sapa suh bawak keta careless, kan dah rugi..rugi duit, keta udoh..x per r, yg penting en asben selamat, x apa2..just keta jer

02 February 2015

my famili 2015


haaaaa....ni pic terbaru kami sekeluarga..anak3 dah besar..dah masuk skoll... Aliff dah Stand 2 n Izzat Stand 1..my baby A dah genap dua tahun..horreyyyy....ibu dah tua..yea yea..uban dah ada...betulla, dah beruban aku ni ekkk...tamao..tamao...huhuhu...

pesanan Ustaz Azhar Idrus

Marah x salah bila dlm hati tp jgn keluarkan pada kaki tangan, mulut carut ... Sabar dgn kerenah isteri pahala besar Allah bagi pada suami..

Tidak ramai perempuan istimewa .. Barang baik memang dop banyak .. Jarang2 jep dpt wanita seperti ni .. Kalu dpt alhamdullilah..

Kalu dpt isteri yg kurang hormat pada kita jgn putus asa menasihati nya .. Slow2 lah .. Dia tetap isteri kita dan melahirkan Anak2 kita .. Suami selalu lah ampun kan dosa si isteri didlam hati sebelum tidur.. Sabar tu penting sangat2

01 February 2015

”*°•✫ BUAT SAHABAT... YANG SEDANG BERDUKA ”*°•✫

✽ ✽ Sahabat, kudengar bahawa engkau sedang diujiNya.Tiada apa yang dapat ku lakukan selain hanya mengirimkan bait-bait ayat ini.Sahabat,apa jua ujian yang menimpamu adalah tarbiah dari Allah untuk menguji keimananmu..


►► “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3✽ ✽ Manusia mungkin sering bertanya, kenapa harus aku yang menjalani masalah berat ini? Kenapa aku tidak bisa seperti orang lain, yang selalu terlihat bahagia? Ketahuilah, sahabat, bahwa Allah Maha Mengetahui yang terbaik bagi dirimu dan orang lain.


►► “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216✽ ✽ Manusia memang mudah dirundung keluh kesah, dan itu harus disedari bahawa ianya datangdari syaithan. Sesungguhnya, bila hati ini penuh keyakinan bahwa Allah akan mengujinya sesuai kadar kemampuannya, maka hatinya akan tenang.


►► “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286✽ ✽ Percayalah sahabat, kalau kamu beriman, maka kamu memiliki darjat yang paling tinggi, dibandingkan dengan insan lain yang tidak menghadapi ujian dariNya... Untuk itu, kuatkan hatimu dalam menghadapi ujian ini..


►► “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139✽ ✽ Caranya, agar kau kuat menghadapinya, bersabarlah. Dan bersabar itu tidak hanya cukup sekali, tapi harus terus menerus tanpa akhir hingga Allah akhirnya memenangkanmu atas ujian yang berat ini.


►► “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200✽ ✽ Sudah banyak kita dengar bahwa sabar dan solat adalah penolong kita dalam menghadapi berbagai ujian. Jadikanlah momen ujian kali ini sebagai bukti apa yang telah Allah janjikan itu. Khusyuklah dalam solat, dan rasakanlah nikmatnya ujian ini dengan kekhusyukan yang engkau dapatkan. Bahkan mungkin sulit engkau dapatkan jika engkau tidak diuji seperti ini.


►► “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45✽ ✽ InsyaAllah… Apa jua yang kamu lalui dengan penuh kesabaran, bukanlah hal yang sia-sia. Syurga yang indah adalah hadiah tertinggi bagi orang-orang yang sabar dalam ujian.


►► “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” -Surah At-Taubah ayat 111✽ ✽ Untuk itu, Sahabat…. Hanya pada Allah sajalah hendaknya kita berharap.


►► “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129✽ ✽ Dan jangan pernah berputus asa dalam memohon rahmatNya.


►► “… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” -Surah Yusuf ayat 12


✽ ✽ Teriring sayang dan cinta untukumu, sahabat… Semoga Allah memuliakanmu dengan ujian ini. Amin…

07 January 2015

Bila aku fikir..aku renung...

Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri...
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya
Sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Ku berfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang
dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah
Berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah SAW cuba dipahat dan diukir
Namun ku tetap berfikir...
Pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang ku fikir...

01 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Lamanya rasa x menulis....idea ada cuma belum berkesempatan untuk membuat catatan, tambahan pula pejabat baru, suasana kerja baru(baru bergabung katakan..hihihi)..asyik kelam kabut jer..sehinggalah detik ni pun...masih terasa kekalutannya. Pejam celik-pejam celik dah masuk ke tahun 2015, banyak kenangan manis, masam, pahit dan kelat di tahun 2014 perlu dilupakan..life must go on kata orang..Walau mcmn susah senang, pahit masam manis, itu semua lumrah kehidupan yang perlu ditempuhi selagi masih bernafas di atas muka bumi ni..

Melihat anak3 membesar di depan mata walau dihimpit masa 24/7 yang aku rasa kadang kala x cukup..alaaa cepatnya masa berlalu..ternyata meninggalkan nostalgia yang x mampu nak diungkapkan dengan kata2..nak undur balik lagilah x boleh...jadi bak kata Tun Dr Hasmah......“Jaga anak-anak, don’t miss the chance of seeing them grow. They grow up very fast ”
dan aku sebagai seorang ibu, isteri, pekerja..memang terMISS masa ngan mereka..balik keje dah penat, muka monyok..anak3 asyik bermain, tgk tv, tgk kartun...pastu tido..bangun pagi2 g sekolah, balik sekolah...mandi, solat, makan, buat homework, tgk tv, tido...esoknya macam tu jugak...5/7 day...Life aku pulak...bgn, masak, gosok baju, g keje..balik keje, masak, tido...dunia hanya rumah..opis..rumah ..opis...huhuhu, semput sangat.

Namun begitu, Allah dah bagitahu " Demi Masa sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan bagi mereka yang beramal soleh" ..haaaaa, part ni memang aku x boleh nak achive..naif sungguh aku ni.Patutnya aku boleh manage masa tu dengan sebaik2nya tanpa perlu merungut atau mencari seribu satu alasan...kena pandai r bahagi masa kata orang...jadi sempena tahun baru ni..azam aku adalh untuk menjadi seorang yang terbaik dari yg terbaik..di rumah, di pejabat dan yang pastinya menjadi hamba yang terbaik untuk PENCIPTA aku..aminnnnnnn