21 March 2012

peringatan Buat diriKu

Kepada yg mempunyai sangka buruk pd kawan dan ahli keluarga. Ingatlah teori 'Apa yg kita fokus akan kembang.'Titik hitam di papan putih akn nampak besar kerana kita terlalu fokus pdnya. Begitu juga dengan hubungan sesama manusia, jika terlalu fokus pd kelemahan drp kebaikan seseorang, kelemahan itu akan membesar sehingga menjadi satu masalah dan timbul perasaan benci; semata-mata tertelan byk air liur beracun yg dihasilkan tanpa sedar, wahlal sebenarnya ia bukan masalah pun. Belajarlah teknik memokus kpd putih di papan putih drp titik hitam yg menonjol. Sedarlah bisikan syaitan yg sentiasa bermain di minda utk asyik memandang ke titik yg hitam, walaupun putih itu jauh lebih meluas. Setiap kita yg kecil ini ada kelemahan. Manusia ini pula ada sj yg boleh dirungut, sehingga org yg berjalan kaki dua tu ada yg rungut. Fokuslah pd kebaikan, kawallah mulut dan minda - supaya air liur racun tidak terhasil dan mengganggu emosi kita. Jangan terasa, ini hanya sekadar perkongsian utk semua......

pesanan buat semua..

Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, berwaspadalah jangan kau terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, akan kau akan sedari rupanya permata itu telah kau temui...

13 March 2012

Dugaan Buatku..

Hari ni, dugaan itu datang lagi..datang tanpa diundang...nak kata dugaan, entahlah...asenya ia adalah gambaran kesilapan lalu, yg akan terus menemani dan menjadi bayang2 dalam hidup aku. Benar n nyata....Allah telah membuktikan bahawa mimpi aku adalah nyata. Memang benar, mimpi adalah mainan tidur, namun..tidak semua mimpi tidak menjadi kenyataan. Kini aku sedar, kadangkala mimpi itu memberikan satu peringatan, yg perlu difikirkan logiknya. Namun, ada juga sesetengahnya hanyalah mainan tidur. Pokok pangkal hujung cerita, kembalilah kepadaNYA dan mohon dipermudahkan segala urusan, dijauhkan dari segala musibah..itulah senjata kita...Peringatan untuk aku dan semua...

08 March 2012

sebuah renungan yg sering dilupakan ^___^

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita....
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
InsyaALLAH..mahligai itu akan kekal utuh ke akhir hayat....