17 December 2012

nyanyilah..


Selagi ada bulan mentari
Selagi ada berkasihani
Selagi ada bulan dan bintang
Selagi ada berkasih sayang
Selagi ada ombak dan laut
Selagi hatiku terpaut
Selagi ada turunnya hujan
Selagi ada rahmat Tuhan
Selagi ada langit dan bumi
Selagi cintaku bersemi

Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu
Oh kasih (oh kasih)
Damailah (damailah)
Engkau di sana
Ku berdoa (ku berdoa)
Pada Tuhan (pada Tuhan)
Agar kau bahagia

Selagi ada langit dan bumi
Selagi cintaku bersemi
Oh kasih (oh kasih)
Damailah (damailah)
Engkau di sana

19 November 2012

...pesan berpesan...

Mekar bunga senyuman
manis sekuntum iman
angin berbisik memuji
mendesir rasa suka
saat debunga terbang
memanfaatkan yang lain
kelopak hikmah mu bertaburan
cacat rupa akhirnya
Sekolam hati tenang
dalam dingin air
di aliran ukhwah
sesekali di percik rintik
berkocak murka
disapa renyai
basah seketika
Damai selaut rasa
Walau di isi air banyak
yang mungkin bisa melemaskan
dan masin yang tidak tertelankan
juga bisa memedihkan
ia masih beralun tenang
Saat gigi pantai di sapa baki ombak kata
berbuih putih bersih
terbawakan sekali butir suci
pepasir keikhlasan
tembok redhaNya terhakis
Awan berarakan
sesaat ia tampak garangnya
gelita
rintikan mazmumah di hati
mengocak
tampak hitam pekat jelas
namun kabur di pandangan mata


P/S: Terkeluar manusia dari redhaNya saat berbuat kebaikan apabila mula merasa ‘suka’ dengan pandangan manusia lalu semakin parah apabila pujian mula bertandang. Lalu kembalilah segala redha dan kasihNya apabila manusia mula berkata ‘haza min fadhliy rabbi, syukur alhamdulillah’ dan mengulang istighfar supaya tidak melekat rasa ujub di dalam hati

06 November 2012

...sedetik lebih...

Anakku sayang.. sekarang alhamdulillah lebih kurang 30 minggu dirimu berada di dalam rahim ibu. Pengalaman mengandung kali ini sedikit memenatkan, namun sangat mengujakan. Ibu bahagia dan teruja merasa kehadiranmu yang terasa aktif bergerak di dalam perut ini. Lebih kurang sebulan lebih lagi, insyaALLAH ibu akan bertemu dirimu..
(Seandainya dirimu tidak berpeluang hadir di dunia, sesungguhnya ALLAH memilihmu berada di tempat yang terbaik. Seandainya kehadiranmu membawa ibu pulang pada Tuhan, moga ibu menghadap ALLAH dengan hati yang salim..)

....hanya kerana aku wanita....

Wanita itu mulia dijadikan ALLAH dengan fungsinya untuk memberi kepada keluarga dengan membantu mengatur urusan dan berkhidmat di dalam rumah, mengurus, memberi inspirasi, mengasuh, mendidik, menenangkan, membantu mencari rezeki - samaada sebagai anak perempuan, isteri, ibu ... tetapi saya dan kamu lahir dalam dunia fantasi Cinderella yang dimomokkan saban waktu - bahawa kehidupan ini adalah untuk mencari seorang lelaki yang akan mendampingi, menjaga, menyayangi sepenuh hati seperti kamu puteri...! Mencari lelaki yang akan menjaga kamu dari susah payah dan keluh kesah...!

Tidak puteriku ! Dunia ini adalah tempat kamu bermandi ujian berpenat lelah menunaikan tanggungjawab...! Kasut Cinderella tidak akan menyelamatkan kita wanita dari ujian ALLAH yang tak berhenti..hanya iman dan taqwa..K
enapa jiwa terseksa dan tak bahagia... ? Kerana Reverse Cinderella Syndrome..

Awal-awal zaman bercinta atau berkahwin, si putera lelaki memberi perhatian tak berbelah bagi kepadamu, mendengar dan melayan keluh kesahmu, memberi yang kamu ingin dan harapkan, memujuk dan menggembirakan... tetapi bila semakin lama, kamu rasa keseorangan dalam kesulitan - lelaki sibuk dengan peranannya kerana dia bukan putera raja yang ada segala keistimewaan. Kita wanita tersibuk dengan tugas wanita... akhirnya menangis sendiri sewaktu letih memberus lantai, menghadap kain baju menimbun tak berlipat, anak-anak menjerit bergaduh tak terkawal, badan tak boleh nak wangi kerana berpeluh-peluh di dapur mengurus anak dan memasak...kepenatan mencari duit, tertekan kesesakan di jalan...

Kenapa diriku tidak Cinderella...?

Setiap kita mampu menjadi Cinderella (baca:wanita pilihan) paling istimewa, bila tiba saatnya. InsyaALLAH. Dengan kebaikan dan ketaatan pada Tuhan. Tapi bukan di dunia...

Hanya saja, model kita bukan kartun Cinderella tetapi wanita syurga yang ALLAH dan Rasul SAW rakamkan kisahnya buat kita - Iaitu Khadijah, Aseeyah, Fatimah dan Maryam... pada mereka ada teladan untuk gadis yang bujang, untuk yang bergelar isteri, untuk surirumah, untuk wanita yang berbisnes atau bekerjaya, untuk yang bergelar ibu, untuk yang ditinggal suami, untuk yang suami baik, untuk yang suami kurang baik, untuk wanita yang hidup susah, untuk wanita yang hidup kaya....

Kita ingin menjadi istimewa, pertama dan paling utama, di mata ALLAH, bukan sekadar di mata suami apatah lagi di mata lelaki entah siapa-siapa - maka pasti ALLAH jadikan kamu istimewa di mata manusia.

Dan sedarilah wahai diriku dan wahai para gadis, isteri dan ibu - bahawa kehidupan ini adalah perjuangan panjang penuh kesulitan dan cabaran, bahagia dan kecewa akan silih berganti datang - tujukanlah pencarianmu pada redha dan Cinta ALLAH yang Maha Agung...supaya hatimu tak akan berkali-kali terlukakan dan tersakitkan menanti putera sempurna yang tak kunjung datang :D mereka hanya di syurga.

Laluilah kehidupan bersama lelaki yang di sisimu - samaada seorang ayah, abang, suami, anak lelaki atau sesiapa saja dengan keimanan dan ketaqwaan ♥ mereka manusia biasa punya kelemahan dan kesalahan dalam mengharungi kehidupan, memerlukan kekuatan dan inspirasimu..!

whats next..

"HENDAKLAH SEKALIAN KAMU MEMBUAT PERSEDIAAN SEKUASA-KUASA BAGI KAMU DALAM SEGALA KEKUATAN BAGI MENENTANG MUSUH-MUSUH ALLAH DAN JUGA MUSUH-MUSUH KAMU." (surah al-anfal:60 Al-Quran)

...i just hope to be strong. whatever may come next..luaran nampak tenang, hati gundah siapa yang tahu?...Dia tahu..hanya Dia yg tahu. Cukuplah Allah sebagai Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung..some stories are better left unsaid..kadang2 yg pahit itu juga nikmat..senyum dan teruskan tanpa putus asa.. :) Allah tidak memberati seseorang melainkan yang terdaya olehnya..InsyaAllah, everything will be fine in the end. If it's not fine, then it is not the end yet. So, keep on fighting!

14 October 2012

cerita 4 alam

Setiap manusia melalui 4 alam. Alam pertama ialah alam di dalam rahim ibu. Alam kedua ialah alam fana (sekarang). Alam ketiga ialah alam barzakh. Alam keempat ialah alam akhirat (padang mahsyar, syurga/neraka)
Kita dalam keadaan dipaksa oleh Allah untuk hidup.
Hadis~Bila masuk sahaja benih lelaki ke dalam rahim wanita, malaikat pegang benih itu (sperma) dan bertanya kepada Allah, adakah mahu dijadikan manusia atau tidak? Allah menjawab ya, jadikan. Kemudian barulah benih itu dilepaskan dan bercantum dengan benih wanita (ovum).

Cukup 4 bulan 10 hari, ditiupkan roh kepada bayi tersebut. Allah suruh malaikat tulis 4 perkara, rezekinya (dari mana datang, kaya atau miskinkah dia), ajalnya (bila, di mana, bagaimana dia mati), amalannya (haji, zakat, tempat tinggal, pasangan, anak yg akan dilaksanakan dan diperoleh), penentuan samada ia ahli syurga atau neraka.

Hidup dalam perut ibu seronok, makan free, boleh berjalan2 tak perlu bayar tambang, duduk dalam tempat selesa. Sampai masanya, kita keluar dari perut ibu. Bukan mana2 bidan atau doktor yang keluarkan kita dari perut ibu, tapi Allah yang keluarkan kita dalam keadaan tak tahu apa2. Dan kita dalam keadaan dipaksa oleh Allah untuk keluar, dan bermulalah hidup kita di alam fana pula.

Allah paksa kita membesar jadi kanak2, kemudian remaja, kemudian dewasa, kemudian jadi tua. Hadis~Jika kamu boleh menjaga lurus agamamu ketika remaja, beruntunglah kamu dengan sebenar-benar untung.

Selepas itu juga kita akan dipaksa untuk mati. Kita akan nampak dan sedar orang yang mandikan kita, siapa yang angkat jenazah kita, siapa yang solatkan jenazah kita, semuanya berlaku dalam keadaan kita sedar, berdasarkan hadis2 nabi yang banyak. Bila lubang kubur dikambus, bunyi tanah pun kita dengar. Dan waktu itulah malaikat munkar dan nankir berdiri di tepi kepala kita.

Malaikat akan halau semua amalan kita untuk menyoal kita. Kecuali bacaan Al-Quran yang dibaca sebelum subuh. Hadis sahih mengatakan, amalkan baca Al-Quran sebelum subuh. Selain itu, jenazah di dalam kubur akan dijaga oleh 4 perkara yg nabi sebut dalam hadis lain yg mahsyur.

Kemudian Allah paksa kita bangkit di akhirat. Jin dan manusia akan dikepung oleh malaikat, dan Allah berfirman mencabar manusia dan jin supaya cuba lah lari keluar dari kepungan itu. Kita akan ditimbang amalan, dimasukkan ke syurga jika layak, dicampakkan ke neraka bagi yg melakukan mungkar.

Sebelum kedatangan Rasulullah saw, manusia hidup dalam keadaan tak tahu apa matlamat hidup. Mereka mengagungkan manusia berdasarkan harta bendanya yang banyak. Jika orang itu kaya, mewah, orang lain akan memuliakannya. Sebab itu lah bangsa yang kaya terus kaya, bangsa yang miskin terus miskin.

Kalau manusia ni hebat dengan sebab pangkat, firaun lebih power, sebab dia mengaku dia Tuhan. sampai iblis pun hairan, iblis pun sembah Allah. Firaun tak pernah sakit, tak pernah bersin, demam, selesema, menguap, tapi dia mati ditenggelamkan, dan diselamatkan mayatnya untuk dijadikan iktibar pada manusia yang datang selepasnya. Tapi pada Allah, orang yang hebat ialah yang bertakwa dan taat padaNya.

Nabi tak ajar memuliakan bangsa. Kalau disebabkan bangsa menjadikan segolongan itu mulia, nescaya bani Israel yang paling mulia, sebab 70% Rasul adalah dari keturunan mereka. Tapi Allah dah cakap, Bani Israel kini adalah bangsa yang dilaknat dan dikeji kerana perbuatan mereka. Nescaya bangsa arab mulia, kerana Nabi Muhammad dari kaum itu. Tapi Nabi kata, bangsa bukan jadi sebab kemuliaan.

Sahabat2 bertanya kepada Nabi, apa yang memuliakan kita? Nabi menjawab sesiapa yang bersama Islam, berlumba2 untuk menjadi manusia yang bertakwa dan beriman, dialah mulia.

Orang yang papa kedana, hamba, dipandang hina, tapi seorang yang mulia, salah seorangnya ialah Bilal bin Rabbah ra. Nabi naik israk mikraj ke langit, di dalam syurga nabi dengar bunyi tapak kaki di belakangnya. nabi bertanya kepada Jibril as, tapak kaki siapa tu? Jibril menjawab, ia bunyi tapak kaki Bilal. Lepas turun ke bumi, nabi tanya pada Bilal, apa yang dia amalkan? Bilal menjawab, dia buat 2 perkara, setiap kali dia batal wuduk, pasti dia akan ambil wuduk baru. dan setiap kali dia berwuduk, pasti dia akan solat sunat 2 rakaat.

Suara bilal ni tak merdu, tapi suaranya kuat dan lantang, keikhlasan dalam berazan menyebabkan suaranya sampai ke Arasy Allah. Suatu hari nabi beri Bilal cuti, diberi peluang kepada sahabat lain untuk azan subuh. Kemudian Jibril turun bertanya kepada nabi, takde orang azan ke hari ni? sebab tak dengar pun suara Bilal di Arasy.

Julaidib, lagi sorang sahabat, mukanya menakutkan, kulit hitam legam, papa kedana, yatim piatu, sahabat2 tak berapa kenal dia siapa. Nabi suruh dia meminang seorang wanita. Dah bertunang, tak sempat nikah, dia gugur syahid semasa perang Uhud. Nabi bertanya kepada sahabat selepas tamat perang, senarai nama yg gugur, lepas sahabat senaraikan, nabi menjawab "nama julaidib tidak disebut. dia membunuh 7 musuh, dan musuh ke 8 berjaya membunuhnya terlebih dahulu. Jibril memberitahuku dia telah syahid". Selepas menjumpai mayat Julaidib, nabi berkata kepadanya "Aku adalah sebahagian daripada kamu, dan kamu adalah sebahagian daripada aku"

KESIMPULAN: Muliakan hidup dengan agama. Besar mana pun pangkat, hebat mana pun bangsa, banyak mana pun harta, kembalilah dan utamakan taqwa pada Allah dan lipat gandakan amalan2 kita.

Anak dan Isteri Bertuah

Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam. [12 Oct 2012]
Panel: Ustaz Azhar Idrus (UAI) & Ustaz Haslin Bollywood (UHB)
Moderator: Ustaz Syed Norhisyam

PUSINGAN 1

SOALAN: Situasi sesetengah pasangan yang berkahwin tapi tak ingin memiliki anak yg ramai. Sedangkan Nabi saw menggalakkan kita meramaikan umat. Ada yang bagi alasan, duit tak cukup, hidup susah, isteri tak sanggup nak mengandung dan beranak lagi.

UHB: Hadis~Sesungguhnya Allah berikan dunia kepada sesiapa yang Allah suka dan Allah tidak suka. Akan tetapi, Allah akan beri agama (Islam) kepada orang yang dicintaiNya sahaja.

Apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Kadang2 Allah beri pasangan itu anak perempuan sahaja. Kadang2 Allah beri pasangan itu anak lelaki sahaja.
Kadang2 Allah beri pasangan itu anak lelaki dan perempuan. Kadang2 Allah tidak memberikan anak kepada pasangan itu dengan sebab kemandulan salah seorang daripada mereka.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Hadis~Anak2 itu merupakan penduduk-penduduk kecil syurga Ilahi - Riwayat Muslim
Hadis~Janganlah kamu menjadi seperti pendeta yahudi dan nasrani dengan tidak berkahwin

Siapa yang cakap, "cukuplah anak 3", atau "tak nak la anak ramai2", sudah dikira salah faham dengan akidah. Nabi saw suruh meramaikan anak. Allah juga kata jangan runsing, pasti Allah bagi rezeki. Jadi, sape yang kata macam tadi tu, kan dah bertentangan dengan suruhan Allah dan Nabi?

Jika umat kita minoriti, bagaimana Islam nak mendominasi dan menguasai dunia? Nabi dah suruh umatnya beranak ramai, nabi dah plan sebaik2nya untuk menguatkan umat Islam. Siapa yang menghentikan plan nabi dalam mengembangkan umat ni, dia berdosa.

Sebelum kahwin, selidik samada dia subur atau mandul. Memang tak boleh check kemaluan dia. Ulama suruh lihat keturunan dia atau kalau calon kita tu janda, lihat sejarah hidup dia.

Selingan Ustaz Syed Norhisyam: Penduduk eropah makin lama makin berkurang. Kaji selidik terhadap wanita di sana mendapati, ramai wanita tidak mahu melahirkan anak, kerana lelaki2 di sana tidak mahu bertanggungjawab. Kaji selidik kepada lelaki2 pula, mengapa mereka tidak mahu bertanggungjawab, ia kerana mereka sendiri tidak pasti siapa ayah bayi itu, kerana seks bebas berleluasa. Kadang2 sorang wanita berhubungan intim dengan ramai lelaki.

SOALAN: Apa maksud "Bertuah" dalam konteks anak dan ibu bertuah tu?

UAI: Hadis~Sesungguhnya yang bertuah itu ialah orang yang panjang umurnya dalam taat kepada Allah.

Dari pandangan masyarakat, bertuah tu ialah yang mendapat kesenangan dunia semata2. Kalau gitu, orang kapir pun bertuoh. Kita silap. Pangkat besar pun tak dikira bertuah. Firaun raja yang besar kerajaannya pun tak dikira bertuah, pagi petang malam diseksa dan diazab dalam neraka.

Orang yg bertuah ialah orang yg bertakwa dan taat ke hari akhirat. Dia ingat anak dia bertuah gaji besor, PhD. Padahal anak dia gi disko, tak solat. Siapa yang hidup sekejap tapi bertakwa dan taat, lebih bertuah dari orang yang hidup lama 90 tahun tapi tiada taat dan takwa.

Jadi, tuah takde kaitan dengan duit, harta, pangkat, dan sebagainya. Bertuah ialah yang baik dengan akhirat. Doalah minta panjang umur, agar diisi dengan ketaatan dan pelaburan akhirat. Boleh ke doa minta panjang umur? Boleh, nabi dan ulama tak larang. Yang dilarang, doa minta pendek umur.

Anak yg bertuah dan isteri yang bertuah ialah yang taat pada Allah. Anak yang taat pada Allah ialah yang taat pada ibu dan bapa selepas taat pada Rasul. Isteri yang taat pada Allah ialah yang taat pada suaminya selepas taat pada Rasul. Orang yang bertuah di akhirat ialah sesiapa yang Allah panggil "Wahai hambaku", maka dia bertuah dan masuk syurga.

Sedikit ulasan UHB: Hadis~4 golongan yang mendapat kecapan bahagia (bertuah)
1- Isteri yang solehah/suami yang soleh
2- Tempat tinggal yang luas
3- Mendapat jiran2 yang baik
4- Punyai kenderaan yang baik
Yang penting semua perkara dunia digunakan pada jalan dan cara berlandaskan agama untuk menuju akhirat yang baik

PUSINGAN 2

SOALAN: Bila berbincang tentang suami isteri, adakah suami isteri akan masih bersama di akhirat atau bersama dengan orang lain atau duduk lain2 tingkatan syurga?

UHB: Nabi suruh kita doa dapat isteri yang baik. Isteri yang baik ialah apabila kita lihat wajahnya, kita akan gembira. Umar Al-Khattab berkata, jangan marah isteri kuat berleter, sebab ia hiburan dari Allah.

Hadis~Ada seorang sahabat bertanya "Bilakah akan berlakunya kiamat?" Rasulullah saw bertanya semula "Adakah kau sudah bersedia untuk menghadapinya?". Sahabat menjawab "aku bukanlah orang yg banyak bersolat dan berpuasa, tidaklah aku banyak bersedekah dan berzakat, tapi aku cinta kepada mu Rasulullah saw". baginda menjawab "Jadi usah risau, kamu akan bersama dengan apa yang kamu cintai di akhirat kelak"

Jadi, jika suami dan isteri itu beriman dan bertakwa, dan saling cinta mencintai, mereka akan bersama lah di akhirat nanti. Sebab nabi kata kita akan bersama dengan orang yang kita cintai.

Isteri2 jangan control suami. Jangan marah sangat kepada suami kamu, mana tahu suami tu ahli syurga, bidadari2 akan marah kepada isteri yang marah pada suaminya. Jangan sombong, iri hati, bermasam muka dengan suami. Semua yang ada di dunia termasuk diri kita adalah hak milik Allah. Taat lah perintah Allah.

Pujangga dari Saidina Ali: Jadilah kamu orang yang baik. Bila ada, disukai. Bila tiada, dirindui. Bila mati, ditangisi. Janganlah kamu jadi orang yang jahat. Bila ada, dibenci. Bila tiada, disukai. Bila mati, disyukuri.

SOALAN: Bagaimana sesetengah anak isteri agak lalai dari persiapan amalan untuk akhirat. Adakah disebabkan sibuk bekerja atau pengaruh teknologi seperti gadjet2 dan internet? Mengapa keadaan ini berlaku?

UAI: Ayat Al-Quran~Hendaklah kamu para suami menjaga diri kamu dan anak isteri kamu dari api neraka. Maksudnya, jangan bagi famili masuk neraka. Caranya, taat pada Allah. Orang bujang pun kena jaga diri sendiri dan orang yang ditanggungi. Kat akhirat nanti Allah akan tanya tentang cara kita gunakan nikmat kita, bini, tangan, harta, negara yg dipimpin.

Bila dah kahwin, jangan senyum je. Budak2 sekarang tak nampak yang dia kena pikul tanggungjawab yang berat. Ada orang masuk neraka dengan sebab anak dan isteri.Apabila ia cuai pada anak dan isteri, tak beri nafkah, tak beri didikan agama.

Lelaki kena main peranan dalam membentuk anak dan isteri. Wajiblah seorang ayah ajar anak2 nya segala ilmu yang fardhu ain, begitu juga kepada isteri. Apabila anak dan isteri dah dibentuk, barulah anak dan isteri tak lalai. Kalau tak mampu ajar, ulama kata wajib bawa anak isteri pergi kuliah agama.

Lelaki masuk neraka jika anak atau isteri buat dosa. Bukan tanggung dosa dia, tapi berdosa sebab tak didik, tak berkeras dalam memberi arahan kepada mereka tentang perkara wajib, dan tidak ambil berat atau sambil lewa tentang anak tak solat, isteri tak tutup aurat dan sebagainya. Jangan cakap kat anak bini "ikut pandai mung ah", sebab dia tanggungjawab kita.

Anak dan isteri juga wajib taat pada Allah dan jangan susahkan ayah atau suami. Kalau apa yang ayah atau suami suruh tu perkara yang wajib, maka haram jika tak buat.

Dalam kitab Muhimmah, dikisahkan seorang lelaki berjalan menuju ke syurga dengan amalan yang banyak, seperti solat, zakat, puasa, sedekah, tahajjud, dakwah, perjuangan jihad. Tapi kaki dipegang oleh anak dan isteri. Isteri dia cakap "wahai Allah, azablah lelaki ini kerana dia tak pernah ajar aku tentang akidah atau haid atau syarat sah solat atau seumpamanya"

Jadikan diri kita bertuah, anak bertuah, isteri bertuah, suami bertuah. Iaitu taat kepada Allah. Bayakkan berdoa pada Allah agar anak isteri jadi taat dan bertakwa. Bersyukur Allah beri macam2 kepada kita dalam negara yang aman ini. Jadi, gunakanlah semuanya ke jalan Islam, ikut syarak, demi Akhirat yang baik.

Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu

Apabila kita bernikah sahaja dengan pasangan kita,secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua.Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa kita sendiri.Ada tanggungjawab yang kita perlu laksanakan kepada mereka.
Hari ini, ramai yang salah anggap mengenai tanggungjawab terhadap mertua. Salah anggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mereka wajar di hormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.
Apabila wujud rasa kurang hormat,tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan. Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua, mereka mesti menghormati ibu mertua diikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya.
Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu,bapa dan juga mertua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan oleh menantu lelaki. Mengabaikan seorang dari mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.
Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri diabaikan oleh si suami. Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama tidak kira mertua beragama apa sekalipun, sama seprti  tanggungjawab anak yang sudah memeluk islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk islam.
Bagi sesetengah  pasangan, permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali menjadi punca timbulnya konflik antara suami dan isteri. Meskipun  di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan mertua, namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak lagi terjadi. Hal ini mengingatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah keluarga, maka mertua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi, contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.
Bagaimana jika anda terpaksa tinggal bersama mertua?Apa yang perlu dilakukan trehadap mereka?Mesti ada pro dan kontranya. Sebagai menantu perempuan kia kena beralah dan mendahulukan mertua. Dalam hirarki kehidupan seorang suami, seorang suami perlu mendahulukan ibu bapanya dari isteri. Suami yang baik akan bertanggungjawab terhadap ibu bapanya, ibu bapa mertua dan keluarganya sendiri. Sebagai isteri kita sepatutnya membantu suami untuk menjadi anak dan suami yang soleh.
Sekiranya ada apa-apa, perbincangan dan permuafakatan perlu ada, agar tiada hati yang akan terluka. Sebagai seorang isteri yang sayangkan suami,mestilah kita mahu dia menjadi seorang hamba yang soleh. Dan untuk mencapai hasrat itu, suami itu perlulah bertanggungjawab terhadap orang tuanya. Salah satu tanggungjawab suami ialah berbakti kepada ibu bapanya.
Ada juga mertua yang cerewet dan selalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mereka sehingga anak menantu bercerai-berai. Namun tidak dinafikan, kadang-kadang ianya bergantung kepada anak itu sendiri yang terlalu bergantung dengan ibu bapa mereka sekalipun telah berumah tangga.
Persoalannya,bagaimanakah cara menangani masalah ini sehingga hubungan antara menantu dan mertua kekal harmoni?
Cara mewujudkan hubungan yang baik
Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak, kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit. Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mertua atau menantu, ada baiknya mereka mempertimbangkan beberapa saranan berikut:
  • Berdamai dengan diri sendiri:
Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.
Oleh sebab itu, jka secara negatif dan selalu meyalahkan orang lain, maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri. Ingatlah ungkapan yang mengatakan:”change your thoughts and you will change your world”. Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal-awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap yang negatif terhadap mertua.
Sebagai contoh masyarakat selalu melemparkan persepsi yang salah terhadap mertua seperti: mertua harus dijauhi dan tidak perlu mewujudkan hubungan yang baik dengannya, mertua tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal bersama mertua dan berbagai-bagai prasangka yang lain. Persepsi yang tidak baik ini jika tertanam dalam pemikiran seseorang akan menyebabkan mertua berkecil hati dan mudah tersinggung.
  • Mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut:
Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki budaya keluarga yang berbeza.Yang dimaksudkan dengan budaya keluarga disini ialah latar belakang yang seringkali berbeza, sama ada yang menyentu hal-hal berkenaan tempat tinggal ataupun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan, didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga dimana segalanya ini tentu sekali akan membentu karaktor,sikap dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam menghadapi sesuatu masalah.
Dengan lain perkataan, asuhan orang tua atau kualiti hubungan yang terjalin anayra orang tua dengan anaknya merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan seseorang di masa akan datang.Hal ini mencakupi perihal memilih pasangan, pola interaksi komunikasi suami isteri dan anak-anak, sikap terhadap pasangan dan persepsinya terhadap perananannya dalam keluarganya. Dengan itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik, segala emosi negatif dari masa lalu aka terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangganya,baik terhadap diri sendiri, pasangannya dan terhadap makna perkahwinan itu sendiri.
  • Menyamakan pasangan dengan ibu atau bapa sendiri
Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasangan dan mertua seperti ibu dan bapanya. Mereka mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti perlakuan ibu dan bapa sendiri. Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar  kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga.
Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibu bapa sendiri selaku orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah sama dengan taraf ibu bapa sendiri. Menderhaka kepada mereka samalah seperti menderhakai pada orang tua kita.
Menantu juga hendaklah menunjukkan sikap bertolak ansur dengan mertua. Mertua seperti individu lain yang tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada.
  •  Komunikasi dan mengambil tahu 
 Sebagai mertua tidak salah memuji atau memberikan penghargaan kepada menantu kerana, menantu itu mungkin ibu atau ayah kepada cucu-cucu mereka sendiri. Sekiranya terjadi perselisihan faham perlu ada sebuah komunikasi yang bijak bukan cacian atau maki-memaki antara satu sama lain. Seorang mertua yang baik, tidak akan membezakan antara anak dan menantunya; proses layanan dan juga komunikasi antara anak dan menantu juga perlu seimbang, bukan menetapkan jurang antara mereka. Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian Namun,jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha kearah perdamaian, sudah pastinya matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak tercapai.Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin. Sewajarnya,mereka tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah dan kemelut rumah tangga anak-anak mereka. Berikan mereka ruang untuk berbincang dan menyelesaikannya dahulu. Sebagai mertua,kita hanya boleh memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak, tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka.
Selain itu, mertua juga haruslah menghormati keputusan anak dan menantu juga. Cuba untuk memahami kehendak dan keperluan mereka. Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak-anak muda. Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip islam, kita boleh menerima saranan mereka.
Cubalah berbaik-baik dengan menantu serta keluarganya untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim yang ada.Dengan cara ini,secara tidak langsung boleh membuatkan kita lebih mengenali keperibadian menantu kita itu. Mertua juga perlulah  mencuba untuk mengajak menantu berbual untuk mengetahui tentang kesukaannya, masalah yang dihadapi supaya menantu tidak berasa kekok ketika berada di rumah mereka sekaligus membuatkan menantu merasa lebih selesa dan disayangi oleh mertuanya. Selalulah mengambil berat tentang keadaan menantu untuk menunjukkan rasa kasih dan serta keharmonian dalam sesebuah perhubungan.

09 October 2012

moga aku mampu jadi sptnya...

Baca lah sampai habis cerita pendek ni .. Moga dpt pengajaran pada para isteri dan juga suami ....

Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.." kemudiannya; membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.." kemudian; membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku" dan seterusnya membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima ksih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang isteri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.

DO'A PERLINDUNGAN 4 KEBURUKAN

Allahumma inni audzubika min ilmin laa yanfa’u wamin qolbi laa yakhsya’u, wamin nafsin laa tasyba’u, wamin da’watin laa yustajabu laha.

Artinya : “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”(HRMuslim 4899)

"Bahaya menangguhkan ketaatan."

1. Manusia tak fikir tentang kesusahan akhirat,hanye fikirkan tentang kehidupan diatas dunia..

2. Tak fikir akibat perbuatan diatas dunia ni boleh mengundang kesusahan di alam barzakh dan alam akhirat.

3. Dialam barzakh tiada sesiapapun dpt tolong kita,Nabi sebut 5 perkara antaranya,
"mase muda sblm dtg mase tua mu..

4. Fikirlah dimane mase mude kite dihabiskan..ning gok umur 60 doh,sikat cokeng lg dlm kocek.

5. Mu tangkap sekor tikuh hok tue,pahtu mu ikat,mu tanye die mase mude mu tikuh eh abis kemane?tikut jwb mende?senyak tupah!!org tue yg habiskan mase mudenye dgn perbuatan sia2 same la ngan tikuh tue nk mapuh ning!

6. Umur dah tue ganyut baru nk cari agame,dang tue payoh doh nk msk ilmu dlm kepale,sbb tu bdk2 tahfiz mude2 je sbb mudoh nk blajo.

7. Bile mude tenage kuat,nk berlari pun kuat dan nak buat ape saje pun gagah,begitu jgk dlm buat ibadat..semangat je nk nak buat bile mude ni..tp umur muda jg best bile nk buat maksiat.

8. Duk cari dunia dari mude sampai ke tua,semua pakat berebut pd perkara dunia,takdop doh bahagian rebut makrifat..bile sakit br ingat ke akhirat.

9. Bersungguhlah gunakan waktu sihat utk beribadat dan sentiasa dlm ketaatan..mu tgk org sakit hor..dop blh wat mende doh dang sakit..mu renunglah betape nikmatnye waktu kite sihat..

10. Pakat-pakat gi tgk etek org hok sakit,biar kite ni sedor diri skit..untungnye nikmat sihat ni kalu nak di bndingkan dgn org sakit..

11. Ni tubuh sihat dop mari surau masjid,duk tgk ke natang berite..sibuk ngan projek..abis gitu je waktu sihat.

12. Dop saloh mu nak bersukan atau beriadah,tp jg la sembahyang tu,maing bola sapa dop kenal tangga masjid,dop tau hukum hakam,kalu name pemain bola ingat abih,tp bab agame sutir haram mu dop tahu..jd bodoh sampai ke mampus !!!!!!

13. Padahal kat masjid nya ade karpet,ade kipas angin,ada air cond,g duduk je..tu pun payoh gop..bkn lame pun,sejam je..hok cari makang 8 jam sehari mu rajin pulok..mung jahat ngan Allah ..

14. Brgsiapa yg tak jg solat dia akan dtg keakhirat tanpa petunjuk,dan akan bsame diblkg firaun,qarun,haman dan ubai anak khalaf..ikut mung buat masa hidup.. Contohnya kalu mung kuat sangat cari ke harta ... Bangkit nanti mung duduklah belakang qarun .. Ke guane ???

15. Dop smayang blk awal lah beb, takdop ilmu agame akan kene katok dlm kubur!gaji br seribu dua dop mayam doh..padan dop mu boleh byk tu tp mu ingkar pd perintah Allah..

16. Lawan org alim,lwn ulamak,pdhal dia bapok jahil..smayang bang dop..kesian ke mung,mok ayoh dop ajor mase kecik! anok-anok ni ikut acuan yg diletok oleh mok ayoh mu..kalu hok agame diletakkan selamat la mu,kalu hok dunie saje blk awal la mu..

17. Tuhan baru bg sikit harta dunia smbong doh,naik viva elite jln pun mcm dop knal org,lalu kot sejid sapa dop breti, org yg naik ferrari dop smbong pun mcm mung.. Ni org panggil manusia bangang !!!!

" mase lapang dan mase sibuk mu"

18. Walaupun kite keje biarlah ada mase lapang buat kite,amik kitab2 agame bace atau bc quran sblm msk waktu solat.dop pun gunekan mase lapang tu utk bwk ank bini g cr ilmu kat kuliah2 agame..
waktu muda isikan dgn ilmu dan amal.

"waktu hidup sblm waktu mati"..

19. Mase hidup dop gi masjid benor,dang mati br nokgi,dop leh doh la..mane blh, skali sorg je hidup kat alam syahadah nim..

20 .Dang mati blh dop solat?dop leh..zikir?dop leh..pose?dop leh doh la..buleh pekdoh la dlm kubur kalu takdop mende,nk arap ke anok2 sdekoh pahale berat66 doh..

21. ziarah la kubur,dgn menziarahi kubur akan mengingatkan kite pd mati,kubur ni bgai cermin bg kampung2,kalu ramai org yg ziarah kubur kat sesebuah kg tu jelasla org kg tu sntiasa ingat pd mati.

22. Infaklah harta-harta kite pd pondok agame,ataupun masjid2 moga ianye menjadi penyejuk bg kubur kite kelak,ning gok kdekut pahit!derma singgit skmo..duit buruk pulok tu!apa yg kamu derma itulah yg akan kekal b,same mu didlm kubur..

23. Untungnye kite krana masih hidup,sentiasa blh bribadat setiap mase..blh pilih nak buat ibadat ape pun..

wallahua'lam.. ❤

" Kesabaran seorang suami dalam rumahtangga "

1. Maka diceritakan pada zaman salafus soleh,maka adik si suami pergi ziarah abangnya,lalu isteri abangnya itu maki hamun suami yang lambat pergi mencari kayu api di hadapan adik suaminya,sampai suami di rumah pun masih dimaki hamun oleh isterinya,tp suaminya tetap sabar dgn bantuan harimau yg bawa kayu api itu..lalu pada hari lain pula,beristerikan org lain pula,isteri itu tidak maki hamun,tapi dia bawak sendiri kayu api itu,suami tertanya2 kenapa harimau tak tolong dia bawak kayu api lagi?mungkin kerana berkat sabar dia ke atas isteri yg dulu.

2. Daripada cerita diatas ialah berkatnya ziarah,ziarah ke rumah saudara mara akan menghapuskan dosa juga,itulah kelebihan ziarah..nampaknya kurang dah kita praktik di zaman sekarang,ziarah kt tempat cari makan kedarah ade lah.

3. Ziarah rumah org jgn duduk lama,itu adab ziarah..tetamu kena cerdik,kalau tak mahu tetamu keluar dr rumah kita jgn tanya waktu jam,kalau tanya mcm tu kpd tetamu m'buatkan tetamu t'gesa2 utk keluar..kalau tak nak tetamu balik lagi jgn menguap depan tetamu,semua kena ade adab antara tetamu dan tuan rumah.
4. Pengajaran seterusnya mencari nafakah drpd cerita atas,wajib cari nafakah ialah jika ada tanggungan,paling berkat ialah hasil kerja sdiri,baik dr jd wakil rakyat yg bahang pitih rakyat krn usaha yg haram Allah xterima segala amal ibadat.

5. Kije cari kayu api pun molek2 ade bulih isteri,doh mung bulih seribu sebulan dok brani lagi nk nikoh,bukannya bini mung makan paler lori,doksoh takut lah..org kije cari kayu api pun beranok bining molek2 ade. Takut ekonomi,walhal rezeki masing2,isteri rezeki suku,suami rezeki suku..doh bimbang mende lagi?rezeki kita dok masuk kpd org lain melainkan m'beri manafaat kpd kita.

6. Semua dalam kandungan mak telah tertulis rezekinya masing2,dayak duduk dalam hutan pun molek2 ade kenyang,beranak pinak ramai,xdok masalah pun..kita bodo pada dayak,takut nk anak ramai sbb takut dok leh makan minum,itu tanda syirik pada Allah,tidak percaya pada Allah yang beri rezeki..buat pengajaran lah.

7. Doh kita nih ngaji kitab doh,ngaji sifat 20 masih tidak lagi yakin pada rezeki,masih takut dok leh makan,berat nanang kita.

8. Yang ketiga pengajaran drpd cerita diatas ialah perempuan,mulut dia mmg mcm tu..same belaka,kuat bleber,kaloh segala binatang duk beleber.
9. Maka jgnlah berasa pelik krn perangai perempuan sama sahaja,mulut suka beleber,dok leh duduk diam..sama sahaja,org melayu ke org putih ke,sama je.

10. Orang putih dia gi minum arak kalau isteri beleber,org kita gi main dam kalau serabut dgn bini mulut jahat.

11. Empat jenis perempuan dalam neraka,salah satu ialah bermulut jahat dgn suami, ingatlah orang puang..bila suami mung dok lawan mung beleber,mung jgn ingat mung menang.

12. Kalau nk kenal perempuan,tgk mok dia..kalau mak dia mcm naga giler maka anak dia tu gelap gambor lah tu.

13. Orang puang nih lemah serba serbi,dok rok kudrat nk gi mana2 tapi Allah Maha Adil,Allah buat org puang nih mulut dia gagah,kuat beleber..boleh jadi jahat hanya kerana mulut dia,sbb tu lah jgn guna kelebihan mung wahai isteri utk buat jahat pada suami mu.

14. Suami pun jgnlah bodo sangat gi katok,pukul,terajang bining,mung nk bahang,tumbuk,tampar..tampar mende lain lah,jgn layan ke dia lah,dia lemoh,sian plok ke dia..ajok abang dia lah gocoh ngan mung,walau jahat lagu mana pun dia jgn buat gitu.
15. Yang peliknya time nak mintak anak orang pandai pula cakap beraluh,wak lembut..time dapat buat jet li teruh, sian org puang..jgn jadi jahat gitu neh org laki.

16. Pengajaran seterusnya ialah sabar..sabar dgn kerenah isteri,tahan marah,duduk dalam hati sahaja kemarahannya..bila sabar,isteri boleh dosa,suami sabar boleh pahala sbb tu kdg2 suami boleh pahala apabila boleh isteri yang tak solehah,sbb hukum asal adalah perempuan baik utk suami baik..tp dok salah suami nak isteri tak solehah,asal ada niat nk didik,jihad utk pimpin org lain kpd Allah.

17. Tidak afdhal lelaki yang baru masuk islam kahwin dgn perempuan solehah..sbb suami kena pimpin,nanti punah pula isteri.

18. Pengajaran seterusnya ialah perempuan yg baik jarang ada..tak ramai perempuan yg baik mulut,senyap je,xlawan suami,senyum sokmo..ada tapi tidak ramai,inilah perempuan yg istimewa,yg banyaknya perempuan cap ayam.

19. Jadi kalau isteri kita di rumah bermulut jahat,jgn biar saja..nasihatlah,bersabarlah kalau kita kata dia dok dgr,biasa dia la tuh,default dari kilang mmg jenis dok dgr nasihat..jadi sabar je lah dan jgn putus asa didik isteri sbb mmg dia kurang agama dan kurang akalnya.

20. Sebelum tido,doalah dalam hati.."Ya Allah,Aku ampunkan dosa isteriku" takut2 suami mati dulu tak sempat nak ampunkan dosa isteri,isteri pun kena mintak maaf dgn suami selalu.

.:: TAMAT ::.
Koleksi Pesanan Ustaz Azhar Idrus

07 October 2012

my hB lOw...

tadi g cHeck-up lagi..hB masih lOw..macamana eKkkk nak kasi hB normal...asenya dah makan ubat selalu, makan sayur, makan lauk..last2 lain yg naik...berat badan yg naik..huhuhu...tadi timbang berat dah 74kG...baby plak dah nak masuK 27 minggu...lagi 2 minggu..menginjak masuk ke area 8 bulan..kejap jew masa berlalu..lagi 2 bulan cukuplah 9 bulan 10 hari...hehehe..
esOk 8hb Okt 2012, kena g klinik lagi utk buat ujian gula dlm darah utk tahu kenciNg maNis or x, yekkkkk..kena minum air oren gluKos yg manis cam hampeh tu..gerenti minum air kOsong 10 gelas pun x akan ilang melekat manis kat kerOngKong..huhuhu..
well, nexT week ingat nak g sCan baby ngan mr hUbby..nt buat appOintment dulu, pastu tanya mr huBby..mesti dia sOnot nak tengOk si kecik ni, aku pun sOnot gak...mudah2an dimakbulkan doa kami utk dapatkan puteri kali ni...yelah..sian mr huBby, asyik2 mimpi ngan anak pOmpuan dia...aku ni kalau diberikan peluanG, nak bagI semua yg mr HubbY aku tu naK sbb aKu sAyang kat Dia, tgk dIa suka n geMbira adalah kebaHagiaaN yg amat BermaKna bagi aku...chewahhhh....jiwangla pulak...
mmm...balik pada cerita hB loW tadi..aku kena carik makanan ni byk2la nampak gayanya
Hati Lembu - Hati Ayam - Daging Merah - Kerang - Tiram - Kepah - Sayur Bayam - Brokoli -Tauhu -Tempe - Kacang Peas - Kacang Badam - Kacang Gajus - Kuaci Bunga Matahari - Buah Kurma - Buah Tin (Aprikot Kering) - Buah Zaitun - Kismis - Buah Prune - Beras Perang - Gula Merah (Gula Tebu) - Ikan Sardin - Ikan Tongkol - Telur - Teh Roiboos  - Susu - Spirulina - Bijirin - Roti Gandum Penuh - Keju  = GEMOKKKKKK...........hahahaha...macamana nak buek tu.....asyik pikir makan jewww....

bila my huBby masaK..

Semalam, weekend balikla umah mak aku kat teRe..n mr huBby cakap nak masaK..so merancanglah menu...Aku nengok mr Hubby g jejalan tepi rumah, pastu dia cakap nak masak lemak cili api ayam campur pucuk ubi kayu..ermmmm maveless gak tu....by da way..mr huBby aku memang terer masakkk...
Dan nak dijadikan cerita, malas nak g beli santan, mr huBby pun belah kelapa n tryla mengukur kelapa secara tradisiOnaL....guna "kore nyOr"  ni aku snaplah adengannya masa mengukur tu....

ni pic  Masa mula2 nak menguKur kelapa...ensem n malu2 miOw gitu....
 pastu...cam gini pulak....
 pastUUUUU...nah amekaw.....ilang terus kesOpanan dan kesusilaannyeerrrrr....
....hahahaha....mesti akU kena penyek nanti bila mr huBby nengok pic ni....

30 September 2012

Puisi cinta buatmu..

Buat suamiku yg amat aku cintai...
Hanya dirimu yang kucinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

...hehehe...


apa yg berBEZA antara kami ber2 sejak dari 2006
hinggalah 2012 baru2 ni....cer citer..cer citer..hikhikhik...

...cintakU...

Kisah cinta akU...
Semuanya bermula tatkala aku jatuh cinta pada en Hubby 6 tahun yg lalu, aku ase aku pun x percaya...kami rupanya bercinta selepas kawen...hehehe...perkenalan pada penghujung bulan Ogos 2005 di Selesa Hillhomes, Pahang.itupun tatkala menghadiri kursus kewangan...pastu adalah kuar ber2 ngan en hUbbY sekali dua...yg bestnya en huBby banjer tgk wayang citer Harry Potter & The Gilbert of Fire..pastu kuar makan kat Rimbun, Subang..lepak2 kat tasik Shah Alam..pastu jejalan kat Mines, pastu berkelah kat taman kat atas bukit Putrajaya, pastu balik kG sesama...buka pOse sesama pastu..ermmm...dah...x ada aper dah...huhuhu..
Hubungan tu berlanjutan bila 25 Disember 2005, en huBby sefamili datang merisik, antar cincin tunang..hehehe..sOnOtnye.....bergelar tunang kat orG yg kita suKe...selebehnya kami lalui bersama selepas bergelar suami isteri pada jam lebih kurang 10.30 pagi, hari Selasa, 4 April 2006....
Pejam celik-pejam celik dah hampir 7 tahun kami bersama, terlalu banyak kenangan, terlalu banyak kegembiraan, ada tawa, ada air mata dan ada juga secebis cerita duka dan luka antara kami ber2...apa yg nyata, Allah itu Maha Mengetahui apa yg berlaku, sebagaimana firmannya...dia tidak memberi apa yang kita nak, tapi memberikan kita apa yg kita perlu...
Hidup aku dan suami lengkap dengan hadirnya putera kami tanggal 10 Januari 2007 dan 15 Mac 2008, pastu kali ni...kami bakal menimang cahaya mata lagi..kuat jugak aku beranak ekkk...hahahaha....teringat kata2 en hUbby..bestla ibu, beranak byk kali pun x apa, dOsa semua gugur...jelesla tusss..saper suh jadi lelaki?hahaha....
Sesungguhnya jika aku diminta tukarkan apa yg aku miliki hari ini dengan segunung emas permata yg x abis makan sampai dek 7 keturunan pun, x mungkin aku akan tukar ganti semua ni..aku gembira dengan hidup aku sekarang, bahagia dengan keluarga yg aku miliki..walau kami tidak kaya harta tapi biarlah jiwa kami kaya dengan kasih sayang antara satu sama lain  dan pintaku pada Yang Esa, jangan dihilangkan rasa kasih dan sayang antara kami ini walau sesaat cuma, berkati dan rahmatilah hidup kami sekeluarga agar kekal dan tetap bersama, bersatu hingga ke SyurgaMU..aminnnnn

29 August 2012

Aidilfitri 2012

salam Aidilfitri dari kami sekeluarga..raya tahun ni bertemakan pink...soft n smooth color....n speselnya..raya tahun ni kami beraya ber5...kehadirannya dah terasa cuma jasadnya sahaja masih belum lahir ke dunia...x sabar asenya menunggu kehadiran empunya diri, semoga kali ini kelahiran putri idaman hati...

15 August 2012

Perkembangan janin dalam rahim "ibu"



Hamil buat kali ke tiga selepas hampir 4 tahun penantian..yg nyata, bukan aku jer yg teruja...En Hubby pun sama, siap plan nak g scan 4D...x sabar nak tgk baby dia katanya...Skg ni aku nengok, dia x guna pun istilah anak aku..asyik2 anak dia jew..huhuhu..makan lambt pun kena marah, x makan pun kena marah, moOdy pun x leh, masam pun x leh..n pagi tadi dia cakap aku ni "pemalas"..asyik tiDo n berjalan jer kejanya..nasib ler...hehehe..tapi aku tahu keterujaan dia apabila dia tahu aku pegnen ari tu pun dia senyum sengih, konon2 buat x tahu..rupenya dia senyum dalam diam..dah lama dia minta baby baru, haaaa...selepas 4 tahun barulah berjaya usaha kami tu...Alhamdulillah..rezeki dari Allah, mudah2an kami dapat puteri kali ni....aminnn...

01 August 2012

...Lagu BesT....

Seluas angkasa ku hampar cinta
Luhur hati hanya bagimu saja
Bagai udara untuk ku bernyawa
dikau bak cahaya
penyuluh jalan gelita

Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa

Langit menangis seakan mengerti
peritnya rasa aku melihatmu dengannya
apakah silapnya aku

Namun ku nanti dikau kembali ke pangkuan ini
Meskipun ku terluka
cubalah untuk mengerti

Langit menangis seakan mengerti
peritnya rasa aku melihatmu dengannya
apakah silapnya aku

Namun ku nanti dikau kembali ke pangkuan ini
Meskipun ku terluka cubalah untuk mengerti

Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa

Al-Quran dan Empat Jenis Manusia

Rasulullah SAW bersabda : "Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah utrujah, baunya harum dan rasanya enak. Dan Perumpamaan orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah korma, tidak wangi dan rasanya manis. Dan perumpamaan orang munafiq yang membaca Al-Quran seperti buah raihanah baunya enak dan rasanya pahit. Dan Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran seperti buah hanzhalah, tidak beraroma dan rasanya pahit." (HR. Bukhari dan Muslim)

Allah SWT telah memberikan banyak kekhususan kepada Rasulullah SAW, diantaranya adalah beliau telah diberikan jawami’ al-Kalim, terkadang keluar dari mulutnya yang mulia kalimat singkat namum Allah SWT berikan pengertian yang amat luas dan penuh makna. Atau ada banyak hadits dalam bentuk perumpamaan-perumpamaan, namun memiliki pengertian yang amat dalam dan luas pula maknanya.Dalam hadits di atas ini Rasulullah menggambarkan empat jenis manusia dalam penyikapannya terhadap Al-Quran :

Pertama : Mukmin yang selalu membaca Al-Quran Jenis pertama ini akan memiliki aroma yang indah lahir dan batin. Dia diumpamakan bagaikan buah utrujah, rasanya enak dan aromanya wangi semerbak. Seorang yang selalu membaca Al-Quran pasti dia akan merasakan ketenangan, kenyamanan jiwa dan hari-harinya akan selalu menyenangkan. Demikian pula orang yang berada di dekatnya, akan merasakan kenikmatan akan keindahan bacaan orang mukmin tersebut.Apalagi kalau dia juga ikut mendengarkannya dengan penuh kekhusyu’an, maka dia akan mendapatkan rahmat Allah SWT. Rasulullah pun berdoa agar Al-Quran dijadikan untuk sebagai penyejuk hatinya (rabi’al qalb). Al-Quran pun pada hari kiamat kelak akan memberikan syafa’at kepada orang gemar membacanya. Diantara hikmah dari dikhususkannya buah utrujah yang memiliki aroma yang enak dan nikmat rasanya dari buah lainnya dari perumpamaan di atas adalah karena kulitnya saja bisa dijadikan obat dan dari bijinya dapat dikelurkan minyak yang memiliki banyak kasiat.

Kedua : Mukmin yang tidak membaca Al-Quran. Orang Mukmin yang tidak suka membaca Al-Quran maka pada hakikatnya dia telah kehilangan aroma lahir ini. Dia telah kehilangan kenikmatan yang begitu besar. Dia diumpamakan bagaikan buah korma, rasanya enak namun tidak memiliki wangi yang semerbak. Jadi ada sesuatu yang kurang pada diri mukmin tersebut. Bagaimana dia dapat merasakan kenikmatan iman namun Al-Quran jarang dia sentuh atau bisa jadi sama sakali tidak dibacanya, atau dia ingin dijadikan seperti orang yang dibacakan Al-Quran setelah ajal menjemput, seperti kebiasaan sebagian kaum Muslimin yang membacakan Al-Quran kepada orang yang sudah mati?

Ketiga dan keempat : Munafiq yang membaca dan tidak membaca Al-QuranOrang munafiq yang hakiki adalah orang yang menampakkan keimanan dan menyembunyikan kekafiran. Ada beberapa ciri orang munafiq, diantaranya apabila dia berbicara dia berdusta, bila dia berjanji dia ingkari dan apabila dia diberi amanah dia menyalahinya. Apabila ada orang memiliki sifat tersebut dan dalam hatinya dia mengingkari keimanannya kepada Allah SWT maka dia akan termasuk orang munafiq yang akan ditempatkan di neraka yang pang bawah (fiddarkil asfali minannar) dan kekal di dalamnya.Orang munafiq ini walaupun dia terus berusaha ingin menampakkan keimannya di hadapan manusia maka akan bisa terlihat dari sikap dia terhadap Al-Quran. Walaupun dia membaca Al-Quran tetap saja dia menyembunyikan kekafirannya, maka Rasulullah SAW mengumpamakan dia bagaikan buah raihanah, aromanya semerbak namun rasanya pahit.Tilawah Al-Quran baginya hanyalah sekedar amalan zhahir yang hanya lewat kerongkongannya saja tidak lebih dari itu. Jenis manusia yang keempat lebih jelek lahir dan batin. Dia diumpamakan bagaikan buah hanzhalah, pahit dan buruk rasanya.Jadi hanya orang bodoh saja yang akan terpedaya oleh penampilannya.Sekarang apakah diri termasuk seperti buah utrujah yaitu Mukmin yang suka dan pandai membaca Al-Quran dan suka mengamalkannya? atau malah termasuk tiga jenis manusia lainnya, silahkan tanya diri kita masing-masing. Ataukah mulut dan lidah kita lebih banyak dan suka dibasahi oleh selain Al-Quran? Atau mata kita lebih sering dan suka melihat selain Al-Quran, ataukah telinga kita lebih suka dan sering mendengarkan kata-kata atau ucapan yang sia-sia dan tidak berguna untuk kehidupan di akhirat kelak? Atau apakah kita manusia super sibuk sehingga tidak ada waktu dan lupa untuk belajar dan membaca Al-Quran?...Ya Allah jadikanlah Al-Quran penerang dan penyejuk hati kami, jadikan lidah kami selalu basah dengan berzikir kepada-Mu, jangan Engkau sibukkan kami dengan segala sesuatu yang dapat melalaikan kami dari berzikir dan membaca kitab-Mu...aamiin.Wallahu a‘lam

21 July 2012

Ramadhan 2012

Ramadhan tiba lagi dan kali ini..aku menyambutnya bersama anak2 n suami di sisi...Ya Allah semoga keberkatan Ramadhan kali ini memberikan barakah dan keberkatan buat kami sekeluarga. tahun ni aku mungkin berpuasa genap sebulan, maklumlah puasa berdua..hehehe..Insyaallah....tahun depan kami sekeluarga bakal ber5...makin meriahlah famili kecik kami ni...

10 July 2012

mAHArKu uNTuKmU

Inilah mahar ku untuk mu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cinta ku
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku
Kurnia Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu
Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan ku nyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku
Kurnia Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

20 June 2012

Saat itu...

Saat hati berkata "INGIN",namun qadar Allâh Azza Wa Jalla berkata "TUNGGU"...

Saat air mata "MENETES",namun qadar Allâh Azza Wa Jalla berkat.."TERSENYUMLAH"...

Saat segalanya terasa.."MEMBOSANKAN",namun qadar Allâh Azza Wa Jalla berkata "TERUSLAH MELANGKAH"...

Biidznillaah...Kita merancang sesuatu,Allah Azza Wa Jalla juga merancang sesuatu yang dirahasiakan-NYA buat kita.

Namun, Rancangan Allah Azza Wa Jalla itu LEBIH baik. . .yang PALING baik. . .dan yang TERBAIK daripada rancangan kita.Kerana ALLAHU Yaa 'Aliimu Yaa HAKAM (Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menetapkan)! ! !jadi,kita sebagai hamba-NYA. . Jangan pernah PROTES atau PUTUS ASA.Yakinlah...Allah Azza Wa Jalla ada untukku, untukmu dan untuk kita semua.

Mungkin rencana kita telah baik, namun harus di ingat bahawa rencana Allah Azza Wa Jalla lebih baik lagi. Belum tentu apa yang kita anggap baik di mata kita baik pula di mata Allah Azza Wa Jalla. Allah Azza Wa Jalla telah Mempersiapkan yang jauh lebih baik untuk kita yang sesuai dengan Akhlak serta Perangai Kita..Ikhlaskanlah segalanya pada Allah Azza Wa Jalla dan Yakinlah akan janji-Nya...Apapun yang di berikan kepada Kita itulah yang terbaik buat Kita....(QS.Al-Baqarah:216).

05 June 2012

Rebutlah 7 perkara sebelum 7 perkara


“Bersegeralah kamu melakukan amal kebaikan sebelum menemui tujuh perkara yang kamu tidak nantikan datangnya iaitu kefakiran yang melalaikan, kekayaan yang menyebabkan kamu zalim, sakit yang merosakkan badan, tua yang menggagapkan percakapan, mati yang melenyapkan segala sesuatu, atau tibanya dajjal atau datangnya kiamat yang lebih dahsyat dan lebih pahit dugaannya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

Kerana nafsu...

” Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? “. Surah Al-Jasiyah, ayat : 23
[1384] maksudnya Tuhan membiarkan orang itu sesat, Kerana Allah Telah mengetahui bahawa dia tidak menerima petunjuk-petunjuk yang diberikan kepadanya.

5 Kesan buruk apabila nafsu dijadikan tuhan berdasarkan firman di atas :
1- Sempit hati akibat tiada tempat mengadu.
2- Buntu akal fikiran sehingga tidak mampu mengatasi masalah.
3- Tiada pegangan hidup.
4- Keliru dengan diri sendiri.
5- hilang jati diri.

3 cahaya HATI

Antara penyakit yang amat merbahaya sehingga boleh menyuramkan masa depan seseorang ialah tekanan perasaan yang berpunca daripada hati yang sakit. Seorang guru yang tertekan boleh bersikap kejam dan melampau dalam mendisiplinkan murid-murid atau mungkin membiarkan mereka tanpa kawalan dan pengajaran. Seorang pegawai yang seharusnya melaksanakan amanah dengan dedikasi apabila terserang penyakit hati akan berbalik mengambil kesempatan lari dari tanggungjawab dan menangguhkan kerja yang menjadi kewajipannya. Seorang pemimpin di rumah atau di tengah masyarakat jika tidak bersih hati akan rosaklah apa yang dipimpinnya dan terabailah amanah. Seorang isteri yang tercemar hatinya suka menyusahkan suami, mengabaikan anak-anak dan mendedahkan diri kepada dosa dan maksiat. Seorang yang sembahyang, puasa dan sedekah dengan hati yang berpaling dari Allah Taala, hatinya akan mati, kotor dan menyimpan penyakit serta sudah tentu ibadahnya tidak memberi kesan pada keperibadiannya..

Pertanyaan yang paling mahal dan bernilai bagi seorang mukmin ialah: “Apakah aku telah kehilangan hati suciku hari ini?” Mengapa? Kerana hati menjadi asas segala sesuatu yang bernama kehidupan. Hidup ini tidak akan bermakna tanpa hati yang hidup. Jika hati mati maka semua amalan akan menjadi tempang, kerja-kerja mengejar dunia akan mengaburi pandangan ke akhirat dan ibadat pula hilang kemanisannya. Fokus utama hati hanya akan terarah untuk memenuhi kehendak nafsu, padahal ia diciptakan untuk sentiasa memandang keagungan Tuhannya, menerima hidayah dan kemudian mengawal semua gerak kerja seluruh anggota badan semata-mata untuk keredaan Allah Taala.

Namun demikian, hati juga diciptakan dengan ciri-ciri sensitif seperti mudah terpengaruh oleh persekitaran, mudah berubah, berbolak-balik, kadang tersesat dan kadang terpimpin. Adalah menjadi tugas seorang mukmin menjaga hatinya, merawat dan menghidupkan semangat iman di dalam hati. Para sahabat Rasulullah SAW pernah menerima teguran langsung melalui wahyu-Nya, supaya mereka sentiasa mengurus hati dengan penjagaan yang baik agar ia dapat berfungsi dengan sempurna sebagai agen penerima hidayah Allah SWT. Menurut pendapat Abdullah ibn Mas’ud, Allah Taala menegur mereka pada saat mereka baru empat tahun memeluk Islam. Dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah al-Hadid ayat: 16)

Apabila hati dibiarkan tanpa penjagaan, lama-kelamaan ia menjadi keras lalu membentuk benteng kukuh yang tidak dapat ditembusi cahaya hidayah Allah. Terkunci mati dan menjadi sarang kejahilan dan kejahatan. Jika demikian keadaannya maka yang menjadi raja di dalam hati ialah iblis dan nafsu syahwat. Hasilnya semua amal dan kerja berorientasi pada kemahuan keduanya. Kalau keadaan sebegini dibiarkan sepanjang masa, boleh jadi seseorang akan kehilangan hatinya.
Pernahkan anda melihat manusia yang tidak memiliki hati? Orang yang langsung tidak mahu mendengar apa kata hatinya akibat nurani bersih hasil limpahan ilham dari Allah sudah tiada lagi. Kerana dia sendiri telah meleburkan hatinya bersama kegelapan tanpa mahu menerima cahaya Ilahi. Pada hakikatnya, cahaya yang menyinari hati bersumber pada tiga pancaran, iaitu cahaya Al-Quran, sembahyang dan mengingati mati. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau telah berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca Al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka pohonkanlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”

Cahaya hati pertama, membaca Al-Quran.
Kejayaan seseorang bergantung pada usahanya mengenal Allah, dan tiada jalan yang paling dekat untuk mengenal Allah selain mempelajari Al-Quran. Dunia hanya boleh direbut dengan kekuatan dari Allah, tanpa bergantung kepada-Nya manusia tidak akan mendapat apa yang diimpikan. Kesuksesan itu ialah sejauhmana seseorang mengikat dirinya dengan Allah Taala dengan ikatan yang kuat. Maka Al-Quranlah yang menjadi ikatan antara hamba dengan Allah Taala. Melaluinya seseorang pandai memilih yang hak dari yang batil, dia mengetahui jalan yang terang dan mengikuti petunjuk Al-Quran. Meneroka dunia dan mengurus diri dan masyarakatnya melalui bimbingan wahyu. Dia lahir menjadi manusia yang jujur, kuat bekerja dan memiliki misi yang jelas dalam hidupnya kerana diniatkan segala pekerjaannya itu sebagai ibadah kepada Allah. Kalaupun ada seseorang yang malas, miskin dan suka menyusahkan orang lain punca pertama penyakitnya ialah kerana dia jahil, jauh dari bimbingan Al-Quran dan tidak mengenal Allah. Begitu pula kalau ada orang yang kaya dan berpangkat tetapi sengsara hatinya punca utama keadaan itu ialah jauhnya ia dari Allah Taala, merasa asing dengan ayat-ayatnya dan membiarkan diri terus menerus dalam kekeringan ilmu. Kejayaan atau kegagalan itu bermula dari usaha mengurus hati, mengenal Allah lewat kalam-Nya yang suci.

Cahaya hati yang kedua, mendirikan sembahyang.
Siapakah yang mahu berjaya dalam perniagaan, yang bercita-cita kariernya sentiasa naik ke puncak, yang mengimpikan pasangan hidupnya setia dan jujur, yang berharap anak-anak dan keluarga menjadi penyejuk matanya, yang mahu sentiasa bergembira dan bahagia? Semua itu hanya dapat dirasai dengan pertolongan Allah, yang memberi manfaat dan mudarat, membahagi dan mencabut rezeki bagi manusia, memberi petunjuk dan menyesatkan, mengatur segala urusan makhluk. Siapa yang bergantung kepada selain Allah dia tidak akan mendapat faedah dari pergantungannya itu. Ibnu al-Qayyim Rahimahullah pernah berkata: “Ketika manusia bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika manusia bergembira kerana dunia, jadikanlah dirimu bergembira kerana Allah. Ketika manusia mencari bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, carilah bahagia dengan mencintai Allah dan ketika manusia pergi menghadap raja-raja dan pembesar-pembesar mereka pergilah menuntut hajatmu hanya kepada Allah.”
Sesungguhnya ibadah yang menghampirkan manusia kepada Allah sedekat-dekatnya adalah sujud, permintaan yang tidak akan ditolak adalah doa yang ikhlas dan proses pembersihan dosa yang dilakukan terus-menerus adalah sembahyang. Apakah kejayaan seseorang itu bergantung kepada kualiti sembahyangnya? Mengapa tidak, jika sembahyangnya itu melahirkan akhlak yang mahmudah. Sembahyang yang didirikan dengan sempurna syarat, rukun dan khusyuknya layaknya stesen minyak yang bertugas mengisi kekosongan pada tanki kereta agar dapat meneruskan perjalanan sampai ke destinasi yang dituju. Sembahyang adalah energi yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan hidup yang mencabar. Sembahyang yang berkualiti adalah yang boleh melahirkan jiwa yang reda sekaligus kuat berikhtiar semata-mata mahu berlumba-lumba melakukan amal saleh dan membina kehidupan di dunia. Namun demikian, dunia tidak akan memperdayakan orang yang khusyuk hatinya serta menyerahkan diri sebulat-bulatnya kepada Allah Taala. Sembahyang juga menjaga seseorang dari ancaman perhiasan dunia yang melekakan, dan menjadi salah satu cara kita mengingati diri supaya pandai merancang hidup yang selamat di dunia sampai ke akhirat.

Cahaya hati yang ketiga, mengingati mati.
Antara tanda kebijaksanaan orang mukmin ialah pandai merancang masa depan. Bukan hanya pandai melipatgandakan harta dan membina istana tetapi jauh pandangannya hingga menembusi alam akhirat. Pernahkah anda merancang bagaimana menghabiskan masa muda dan melewati masa tua dengan ketinggian ilmu dan persediaan amal, akhirnya merancang untuk mati dengan tenang? Mengingati mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik dari kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat. Jika ramai manusia berlumba-lumba menghadiri pesta-pesta keriangan, memenuhi pasar-pasar dan mengunjungi tempat-tempat peranginan yang indah, tidak salah jika kita menjadikan ziarah kubur sebagai aktiviti rutin yang boleh mengingatkan diri kepada kematian. Sebagaimana yang dilakukan baginda Rasulullah SAW yang melazimi ziarah kubur dan mendoakan kaum muslimin tidak kira siang ataupun malam hari.
Dengan membaca Al-Quran, salat dan mengingati mati seorang mukmin telah melakukan penjagaan yang rapi terhadap hatinya. Bagaimanakah pula keadaan orang yang tidak memiliki ketiga-tiga cahaya hati ini? Mesti hidupnya hampa, jika kaya pasti merana, miskin pula tersiksa, jika jahil tersesat, kalau alim ilmunya pula tidak bermanfaat.

Rujukan :
http://darulruqyah.wordpress.com/2012/04/15/resipi-kejayaan-bekerja-dengan-hati-yang-bersih/

31 May 2012

Hari ini sebelum kita....

☑~Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
☑~ Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
☑~ Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,... Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
☑~ Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
☑~ Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
☑~ Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
☑~ Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
☑~ Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
☑~ Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
☑~ Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
☑~ Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Alhamdulillah..Hidup ini sungguh Indah kerana-Nya.(◕‿◕).

30 May 2012

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya....
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥

07 May 2012

tatkala wuduk...

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati...
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu... dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

30 April 2012

7 perkara ganjil

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

25 April 2012

TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
semoga Allah memperkenankan segalanya...aminnnn…

04 April 2012

:: ketenangan ::

Hati yang tenang akan..
bersyukur apa­bila menerima nikmat,
sabar apabila ditimpa musibah,
rela mem­beri maaf apabila dipinta,
mudah meminta maaf apabila bersalah,
qanaah dengan rezeki yang ada,
tawakal apabila berusaha,
berani menghadapi pahit dan getirnya kehidupan,
ketinggian utk memetik buah kebahagiaan,
dalam rimbunan pohon keimanan,
merasa betapa manisnya jiwa itu,
tatkala adanya ketenangan, lantaran itu...
sentiasalah bersangka baik dengan Allah dan manusia...

21 March 2012

peringatan Buat diriKu

Kepada yg mempunyai sangka buruk pd kawan dan ahli keluarga. Ingatlah teori 'Apa yg kita fokus akan kembang.'Titik hitam di papan putih akn nampak besar kerana kita terlalu fokus pdnya. Begitu juga dengan hubungan sesama manusia, jika terlalu fokus pd kelemahan drp kebaikan seseorang, kelemahan itu akan membesar sehingga menjadi satu masalah dan timbul perasaan benci; semata-mata tertelan byk air liur beracun yg dihasilkan tanpa sedar, wahlal sebenarnya ia bukan masalah pun. Belajarlah teknik memokus kpd putih di papan putih drp titik hitam yg menonjol. Sedarlah bisikan syaitan yg sentiasa bermain di minda utk asyik memandang ke titik yg hitam, walaupun putih itu jauh lebih meluas. Setiap kita yg kecil ini ada kelemahan. Manusia ini pula ada sj yg boleh dirungut, sehingga org yg berjalan kaki dua tu ada yg rungut. Fokuslah pd kebaikan, kawallah mulut dan minda - supaya air liur racun tidak terhasil dan mengganggu emosi kita. Jangan terasa, ini hanya sekadar perkongsian utk semua......

pesanan buat semua..

Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, berwaspadalah jangan kau terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, akan kau akan sedari rupanya permata itu telah kau temui...

13 March 2012

Dugaan Buatku..

Hari ni, dugaan itu datang lagi..datang tanpa diundang...nak kata dugaan, entahlah...asenya ia adalah gambaran kesilapan lalu, yg akan terus menemani dan menjadi bayang2 dalam hidup aku. Benar n nyata....Allah telah membuktikan bahawa mimpi aku adalah nyata. Memang benar, mimpi adalah mainan tidur, namun..tidak semua mimpi tidak menjadi kenyataan. Kini aku sedar, kadangkala mimpi itu memberikan satu peringatan, yg perlu difikirkan logiknya. Namun, ada juga sesetengahnya hanyalah mainan tidur. Pokok pangkal hujung cerita, kembalilah kepadaNYA dan mohon dipermudahkan segala urusan, dijauhkan dari segala musibah..itulah senjata kita...Peringatan untuk aku dan semua...

08 March 2012

sebuah renungan yg sering dilupakan ^___^

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita....
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
InsyaALLAH..mahligai itu akan kekal utuh ke akhir hayat....