31 December 2011

2011...segalanya kuterima..

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.
Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.
Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.
Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.
Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.
Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.
Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.
Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.
Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?
Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain. Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.
Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.
Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

30 December 2011

kerana aku....

Halanglah lintasan hati untuk menipu, kerana jika terlaksana lintasan itu ia akan bertukar menjadi halilintar yang menyambar hati orang lain! Halilintar yang menyambar membakar hati yang ditipu. Wajah menjadi muram, gerak badan menjadi lemah akibat disambar halilintar itu. Segalanya menjadi suram. Kegelapan menyelebungi hati, zulmat membungkam jiwa.
Jika terkena pada hati yang ibarat batu kerikil masih dapat dipertimbangkan, namun bagaimana jika terkena pada hati selembut sutera. Sutera tidak boleh dibasuh sesuka hati kerana ia sensitif. Sutera itu mahal harganya kerana cara penjagaannya perlu rapi. Perlu kepekaan tanpa kelalaian. Batu kerikil keras teramat. Jika ditumbuk tidak dapat tidak akan merasa kepedihannya. Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan perwatakan yang belum dikenali, kerana kita masih belum tahu apa di dalamnya.

KERIKIL ATAU SUTERA?
Bertenanglah wahai pemilik sutera! Kerana orang yang bicara denganmu itu tidak tahu bagaimana keadaan hati kamu. Bertindaklah bersama Allah S.W.T. Bawalah Allah S.W.T ke dalam hati kamu. Jika Dia dapat mengampunkan dosa hambanya, siapalah kita sehinnga terlalu ego tidak mahu memaafkan orang yang menyakitkan kita?
Jika kita ikhlas memberi mengapa kita takut untuk menerima. Terimalah apa sahaja yang diberi kembali kerana itulah yang selayaknya untuk kita. Kaji semula hati kita, semasa kita memberi adakah dalam hati kita ada 'tarik tali'. Adakah wujud dalam hati kita rasa ragu-ragu terhadap takdir dan ketentuan Allah S.W.T?
Jika ada rasa sebegitu, ubahlah! Mungkin hati kita perlu ditarbiyyah. Noda hitam yang bertompok masih lagi berbekas. Bersihkanlah dengan zikir dan fikir. Zikirlah dari dalam bukan sekadar bicara bibir. Fikir dan lakukanlah, bukan sekadar fikir dan jadikan pekasam.

"Jadilah seperti pohon yang berbuah, dibaling kayu dibalas dengan buah yang dapat dimakan enak."

Beruntunglah wahai si kerikil. Engkau kebal akan tohmahan dan tumbukan yang diterima. Namun ingatkah engkau akan air yang menitis di atas batu akan meninggalkan bekas? Engkau masih ada perasaan, engkau masih ada jiwa. Jika terlalu lama engkau menerima tumbukan, ia akan berbekas! Sirnakanlah bekas itu dengan redha. Allah S.W.T telah menetapkan itu terbaik buat kamu. Indahkanlah diri kamu dengan sabar kerana sabar itu indah. Jika sabar menghiasi diri, keindahan diwajah anda akan terserlah. Allah S.W.T bersama kamu wahai penyabar. Namun, ingatlah! Jangan sampai sabar itu memakan diri kamu apabila kamu bersabar dengan kemungkaran. Seorang suami akan dianggap dayus dan pengecut jika dia melihat isterinya bermesra dengan lelaki lain tanpa perasaan. Sabar memerlukan tindakan. Bertindaklah mengikut keadaan. Tindakan mestilah rasional dan bersesuian. Jika emosi menjadi raja, sabar tidak bermakna.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kesabaran merupakan dhiya' (cahaya yang amat terang)." (HR Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda: "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Sabarlah dalam bersabar nescaya tidak akan timbul persoalan "sampai bila aku perlu bertahan?". Mujahadah dalam bersabar. Bukan mudah tetapi tidak mustahil.

28 December 2011

Perlukah aku...

Kadang-kadang kita hanya perlu
DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu
DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu
DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu
DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu
DIAM dalam persetujuan..... ...tapi..
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..kerana..
DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..maka..
jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…

26 December 2011

Ya Allah

Ya Allah, bantulah aku menghadapi segala dugaanMU ini.
Kuatkanlah imanku, kuatkanlah semangatku, kuatkanlah kesabaranku...
Ya Allah, lembutkanlah hatiku sebagaiman telah Engkau lembutkan hati para kekasihMU.
Ya Allah,lembutkanlah hatiku ini untuk sentiasa ingat padaMU, untuk sentiasa bermunajat kepadaMU sepertimana kelaziman para kekasihMU.
Ya Allah, aku berlindung dari keras dan matinya hatiku.
Ya Allah, berlembutlah denganku sewaktu hari pengadilan nanti,
Dan aku bermohon dengan sifat Maha LembutMU;
agar Engkau mengasihaniku dan mengampuniku..

16 December 2011

sahabat...

♥ Bersahabatlah seperti 'mata dan tangan'; di saat tanganmu terluka, mata menangis dgn kebeningan airnya, tulus.. dan di saat itulah tangan pun mengusap sang mata dgn lembut. Subhanallah...♥

14 December 2011

wahai kaum ADAM...

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●•.♥.
Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu•.♥•Bawalah dia ke jalan Allah•.♥•Nasihatilah dia•.♥•Perbetulkan kesilapannya•.♥•Jagalah dia dgn baik•.♥•Kasihanilah dia•.♥•Lindungilah dia•.♥•Berilah kasih syg padanya•.♥•Hargailah dia•.♥•Ucapkan terima kasih atas kelebihannya•.♥•Bersabar dengannya•.♥•Terimalah & cintailah kekurangannya•.♥•Jadilah IMAM terbaik utknya & redhalah padanya ♥♥♥♥●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

rumahku syurgaku...

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku akan menjamin sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bergurau. Dan aku akan menjamin sebuah rumah di bahagian teratas syurga bagi orang yang membaguskan akhlaknya. (H.R. Abu Daud:4167)

06 December 2011

”*°•✫ BUAT SAHABAT... YANG SEDANG BERDUKA ”*°•✫

✽ ✽ Sahabat, kudengar bahawa engkau sedang diujiNya.Tiada apa yang dapat ku lakukan selain hanya mengirimkan bait-bait ayat ini. Sahabat, apa jua ujian yang menimpamu adalah tarbiah dari Allah untuk menguji keimananmu..

►► “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

✽ Manusia mungkin sering bertanya, kenapa harus aku yang menjalani masalah berat ini? Kenapa aku tidak bisa seperti orang lain, yang selalu terlihat bahagia? Ketahuilah, sahabat, bahawa Allah Maha Mengetahui yang terbaik bagi dirimu dan orang lain.✽

►► “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216✽ Manusia memang mudah dirundung keluh kesah, dan itu harus disedari bahawa ianya datang dari syaitan. Sesungguhnya, bila hati ini penuh keyakinan bahwa Allah akan mengujinya sesuai kadar kemampuannya, maka hatinya akan tenang.✽

►► “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286✽Percayalah sahabat, kalau kamu beriman, maka kamu memiliki darjat yang paling tinggi, dibandingkan dengan insan lain yang tidak menghadapi ujian dariNya... Untuk itu, kuatkan hatimu dalam menghadapi ujian ini..✽

►► “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139✽Caranya, agar kau kuat menghadapinya, bersabarlah. Dan bersabar itu tidak hanya cukup sekali, tapi harus terus menerus tanpa akhir sehingga Allah akhirnya memenangkanmu atas ujian yang berat ini.✽

►► “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200✽ Sudah banyak kita dengar bahawa sabar dan solat adalah penolong kita dalam menghadapi berbagai ujian. Jadikanlah momen ujian kali ini sebagai bukti apa yang telah Allah janjikan itu. Khusyuklah dalam solat, dan rasakanlah nikmatnya ujian ini dengan kekhusyukan yang engkau dapatkan. Bahkan mungkin sulit engkau dapatkan jika engkau tidak diuji seperti ini.✽

►► “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45✽ InsyaAllah… Apa jua yang kamu lalui dengan penuh kesabaran, bukanlah hal yang sia-sia. Syurga yang indah adalah hadiah tertinggi bagi orang-orang yang sabar dalam ujian. ✽

►► “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” -Surah At-Taubah ayat 111✽ Untuk itu, Sahabat…. Hanya pada Allah sajalah hendaknya kita berharap.✽

►► “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129✽ Dan jangan pernah berputus asa dalam memohon rahmatNya.✽

►► “… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” -Surah Yusuf ayat 12✽ Teriring sayang dan cinta untukumu, sahabat… Semoga Allah memuliakanmu dengan ujian ini. Amin…✽

01 December 2011

disember

Disember datang lagi..hurmmmm...tahun 2011 hampir sampai ke penghujungnya..Ya Allah, terlalu byk dugaan buatku pada tahun ini. Ternyata, dugaan itu benar2 menguji keimanan dan kesabaranku..aku bersyukur padaMU Ya Allah kerana memberikan aku secebis kekuatan, kesabaran dan kecekalan dalam menghadapinya. Aku sedar, aku hanyalah insan yg lemah, yg alpa dan hanyut selama ini, ternyata...apa yg berlaku telah membuka pandangan mataku seluas2nya..mengajarkan aku erti kesetiaan, erti kebahagiaan, erti pengorbanan, erti kesabaran dan erti REDHA.....Aku sedar, aku tidak semulia Siti Khatijah r.a, tidak sebaik Siti Aishah r.a, namun aku hanya punya sekeping hati dan sebuah jiwa yg tulus yg telah aku penuhinya dengan kasih sayang dan cinta aku buat insan bernama suami dan anak2ku. Andai satu masa penghidupanku ternoktah di sini; aku hanya ingin mereka tahu..bahawa aku terlalu mengasihi mereka lebih dari diriku sendiri. Aku tidak sekali2 meminta semua pengorbananku dibalas, cukuplah sekadar aku dihargai walaupun sedikit. Aku tidak meminta harta berjuta, emas bertimbun, tapi yg aku pinta sebuah kejujuran dan keikhlasan. Aku bahagia dalam derita, namun aku REDHA...kerana aku sedar, Allah telah mengaturkan segalanya untukku dan aku tidak mampu untuk menahan apatah lagi untuk menghalang sesuatu yg telah ditakdirkan untukku. Untukmu yg bernama suamiku, aku tulus menyanyangi dan mencintaimu seluruh jiwa dan ragaku..aku tidak pernah sekalipun mengkhianatimu apatah lagi mendustakanmu. Aku memaafkan segala kesilapanmu kerana aku menyanyangimu, aku REDHA segala pemberianku padamu kerana aku ikhlas berbakti kepadamu, aku menyanyangimu sepenuh hatiku kerana aku bahagia menjadi isterimu dan berada disampingmu. Untukmu anak2ku, ibu bangga memiliki kalian di dalam hidup ibu, ibu bahagia dan gembira mengandung, melahirkan dan mendidik kalian sehingga kini, ibu REDHA dan mengHALALkan segala2nya buat kalian. Pesanan ibu, andai ibu tiada lagi di hari esok, jagalah diri kalian sebaik2nya, penuhilah tuntutan dan ajaran agama, tinggalkan apa yg dilarang, laksanakan apa yg telah diperintahkan sebagaimana org2 terdahulu dari kalian. Andai kalian berada di atas satu hari nanti, jangan sekali2 lupakan rumput di bumi...kerana dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung...waspadalah dalam bersahabat, kerana sahabat jugalah akan mengajar kita erti sebuah persahabatan yg sebenar2nya...Jangan ditangisi sebuah perpisahan kerana itulah pengakhiran sebuah kehidupan....apa yg pasti kalian semua amat aku sayangi dan cintai....