21 April 2011

Aliff & raksasanya

Ermmm...lama x membebel kat bl0g ni asenya. ari ni aku masuk keja balik lepas 3 ari outstesen...biasa jew, g keyL..kursus. n kali ni aku g s0wang....anak2 tinggal kat mr huBby..hehehe..thanks abG sb jagaKan anak kita masa ayg x der...len kali ayg tinggal lagi ya..(x lama pun, next week jew lagi)

Cerita ni bermula subuh tadi, bila aku celik jew mata, neng0k anak aku aliff duk main ot0men ngan raksasa dia kat atas perut mr huBby...aikkk...ni game baru ni (dalam ati akula.....)aku neng0k jew apa aliff buat kat papa dia....hmmmm...dia tgh aturkan raksasa rupenya...tetiba..mr Hubby kempiskan per0tnya yg sedikit bor0i..(hahaha..gelak jahat) dummm...jatuhlah si raksasa tu...aliff susun lagi...jatuh lagi..susun lagi..jatuh lagi..susun lagi...last2 dia susun 3 ekor raksasa dia tu ngan cara baring, gerenti papa x bleh jatuhkan lagi..n betulla tindakan dia tu.aduyaiiii...bayangkanlah ngan umur dia tu dia bleh pikir sesuatu yg lojik yg aku sendiri pun d0p terfikir.Alhamdullillah..Kau kurniakan kebijaksanaan kepada anakku...(aku bangga ni wesss...)

13 April 2011

Doa Pohon Dimurahkan Rezeki...aminnnnn

“Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia ada dibumi, keluarkanlah ia dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu. Dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Pengasih di antara yang pengasih. Aminnn…”

INSYAALLAH..

Every time you feel

like you cannot go on

You feel so lost and that you’re so alone

All you see is night

And darkness all around

You feel so helpless

you can’t see which way to go…

Every time you commit one more mistake

You feel you can’t repent

And that it’s way too late

You’re so confuse

Wrong decisions you have made

Haunt your mind a

nd your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope Coz Allah is always by your side Insha’Allah You’ll find your way

KHUTBATH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan!!!. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orangorang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalahMu kepada hamba-hamba-Mu.”


KHUTBATH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH

12 April 2011

sejuknye iBuuuuu....

cuti2 mesia baru2 ni kami sekeluarga g jejalan i-City Shah Alam. Saja g tempat tu,kira2 jam 9.30 mlm kami sampai situ. Punya s0n0t2 jejalan neng0k jam dah kul 12 t/mlm lebih..pat0tla aku ngant0k...dah lewat malam...jom kita baca citer ni....


Gaya semasa belom masuk, sumer excited nak main, tapi bila dah masuk2 jew.... adoyaiii.... ibuuuuu...sejukkkk....sama jer adik ngan abg, 2-2 x nak jalan, nasib baikla ada binatang luncur tu. Kenalah aku ngan mr Hubby tarik mereka berdua...kalau x, x maunya mereka jalan, tambah2 lagi "kenit" kami tu....membebel dia....hehehehe
tapi yg bestnya adik jd pujaan ramai bila org len siap p0sing sebelah dia amik pic, sb dia kiut..huhuhu...abg rilek je (cam tu r anak ibu...)....ngan aunty kesygn anak2 aku..."cek mek m0lek"....hehehe ni pic kami sekeluarga.... pic aku ngan mr deming aku n anak2 kami....luv u s0 much syg.... .....mmmmuahhh.....

06 April 2011

aKu n huBbY at...

jeng jeng jeng..inilah ceritera honeym0on tahun ke5 aku ngan en hUbby pd 04042011 yg lalu...


depan lift after check in..flo0r access by id card...hehehehe...secure n mewahkan hotel ni...



katil beradu...hehehe..empuknya tilam, sejuknya selimut....ni kalau aku pegnen,d0p tahula macamana..ekekeekkee...kes oneym0on punya pasal...



swiming time..view swimming p0ol dr tingkap bilik aku..memang best r stay sini, thanks 2 mr huBby sb bawak dtg sini, len kali kita dtg lagi ya, bsama anak2 plak...

aku ngan mr hubBy yg sengaja p0st maut..hehehe...cam pelik jew asenya. kalaula anak aku tgk, mesti jeles nih.huhuhuhu
sesaja p0se. bila duk ber2 macamnilah jadiknya, abis sumer gaya ada...


adiah dr mr huBby...thanks ya....dah lama x pakai wedges, akhirnya dapat gak wedges with my fov color... (ayat b0dek, nak suh beli satu lagi nih...) aper2 pun.......terima kasih buat huBby terchinta sebab bersama aku sehingga ke saat ini dan aku nak huBby aku tahu...
"betapa aku cinta n sayang padamu pada setiap hembusan nafas aku..."

04 April 2011

04/04/2006

Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..Maka dimataku kau adalah yang terindah,Kata2mu adalah titah untukku,Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..Maka kalau kau berkenan ku meminta..Jadilah sesuatu yg indah, yang kukuh…Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya.. Aku akan selalu jatuh cinta padamu..Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…Ku memohon padamu..Redhailah padaku,Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

01 April 2011

april F00L...

ari ni aku g htr anak2 umah ma t0k dia sebab aku ngan hubBy kena turun kL s0k pagi. haJat ati nak bawak jer mereka ber2 tu tapi....tiket plak masalah. c0mpany huBby aku b0ok 0pen ticket, s0 aku x bleh nak amik tiket utk anak2 aku sb x tahu flight aku n hubBy kul baper.....ad00000iiii... sedey wess bila tingGal anak, maklumlah kalau g memana,biasanya kami bawa mereka ber2 bersama. Tentulah terasa, cuma wat d0nO jer...kalau d0k ikut ati, mau aku Nangis beb....huhuhu.. tadi p0n aku tingGalkan meReka time mereka ber2 tiD0, mesti bila mereka bang0n, aku yg mereka cari n alasan yg selalu maK aku bgth kAt mereKa " ibu g kEja " huhuhuhu. Bila aku g amik nt, anak aku akan bebel kat akU.."lamala ibu ni g keje"...hehehehe....

tapI okay gak..bulesla aku memanjakan diri aku bersama cInta ati aku tanpa ada org yg jeles, joIn menemPek sekali bila aku duk bertempek ngan cinta ati aku..hehehe..kiranya aku g 0neym0on awal la sket, walaupun 0neym0on aku jatuh pd 4.4.2011..x pew, awal sehari jew. ada aku kesah?xdernya..lama dah asenya x berdUa-duaAn ngan cinta ati aku, asyik2 ber4 jew..sekali sekala, cinta ati aku pon suke...hehehehe..jangan nt aku terkant0i dapaT baBy lagi udah lew....huhuhu...tp kalau Allah dah nak bagi, kami terima ngan ati yg terbUka.... adIah???aku d0p tahu nak bg apew, nt r aku piKir....oh ya 4 inFo..aku nt kiranya SambUt aniversaRy kat bErjaya TimeS Hotel...nanti nak mintak ciNta ati aku banjer caNdle lIght diNer r...huhuhu..koYas tahap gaBan doh aser ni...yerla, alang2 dah tiD0 kat siTu, apew salaHnya. tul taK?kahkahkah....