28 February 2011

* aLiff & izZat *


..permata hatiku..
bila menatap wajahmu duhai anak..
hilang segala rasa perit melahirkanmu
terima kasih Ya Allah
memberikan kami anugerah
yang tidak ternilai...
akan kami asuh dan didik mereka
sebagaimana sunnah kesayanganMU
agar mereka beroleh kebahagiaan
Dunia dan Akhirat di dalam RahmatMU....

: : Doaku padaMU : :


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah..Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
maka Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena
Ya Allah...Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya AllahKuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

07 February 2011

Peribadi Idaman

1.Serlahkan cahaya keimanan di wajah
2.Pamerkan akhlak yang terpuji
3.Dapatkan ilmu pengetahuan untuk jadi wanita yang bijaksana
4.Berikan senyuman manis dan ikhlas buat suami dan anak-anak
5.Berhias dan berdandan hanya untuk suami
6.Meluangkan masa untuk merawat diri
7.Penuhi hati dengan sifat-sifat terpuji
8.Sentiasa mencintai majlis-majlis berilmu
9.Sentiasa bersedia meminta maaf dan memaafkan
10.Sentiasa bersabar dalam menempuh dugaan hidup
11.Sentiasa menderma ke jalan kebajikan
12.Bersifat penyayang kepada keluarga dan masyarakat

Jangan Bersungut Kerana Hidup Susah

by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir on Friday, February 4, 2011 at 10:27pm
Jangan bersungut kerana hidup susah, kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Salah satu ujian yang kita akan terima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tetapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya.

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.”

والله اعلم

aku kah itu...

Siapa itu Wanita Ibu?
by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir on Friday, February 4, 2011 at 11:00pm
Wanita Ibu ialah wanita yang baik hati yang sentiasa menyintai rumah tangganya, Memuja anak-anaknya dan menjunjung suaminya. Dia lebih pentingkan keluarga daripada dirinya sendiri. Dia juga adalah seorang suri rumah tangga yang sentiasa lincah bekerja dan berusaha di merata pelusok rumahnya dan tidak jemu-jemu melaksanakan tugas rumah tangga yang tidak habis itu.