31 December 2011

2011...segalanya kuterima..

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.
Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.
Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.
Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.
Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.
Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.
Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.
Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.
Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?
Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain. Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.
Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.
Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

30 December 2011

kerana aku....

Halanglah lintasan hati untuk menipu, kerana jika terlaksana lintasan itu ia akan bertukar menjadi halilintar yang menyambar hati orang lain! Halilintar yang menyambar membakar hati yang ditipu. Wajah menjadi muram, gerak badan menjadi lemah akibat disambar halilintar itu. Segalanya menjadi suram. Kegelapan menyelebungi hati, zulmat membungkam jiwa.
Jika terkena pada hati yang ibarat batu kerikil masih dapat dipertimbangkan, namun bagaimana jika terkena pada hati selembut sutera. Sutera tidak boleh dibasuh sesuka hati kerana ia sensitif. Sutera itu mahal harganya kerana cara penjagaannya perlu rapi. Perlu kepekaan tanpa kelalaian. Batu kerikil keras teramat. Jika ditumbuk tidak dapat tidak akan merasa kepedihannya. Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan perwatakan yang belum dikenali, kerana kita masih belum tahu apa di dalamnya.

KERIKIL ATAU SUTERA?
Bertenanglah wahai pemilik sutera! Kerana orang yang bicara denganmu itu tidak tahu bagaimana keadaan hati kamu. Bertindaklah bersama Allah S.W.T. Bawalah Allah S.W.T ke dalam hati kamu. Jika Dia dapat mengampunkan dosa hambanya, siapalah kita sehinnga terlalu ego tidak mahu memaafkan orang yang menyakitkan kita?
Jika kita ikhlas memberi mengapa kita takut untuk menerima. Terimalah apa sahaja yang diberi kembali kerana itulah yang selayaknya untuk kita. Kaji semula hati kita, semasa kita memberi adakah dalam hati kita ada 'tarik tali'. Adakah wujud dalam hati kita rasa ragu-ragu terhadap takdir dan ketentuan Allah S.W.T?
Jika ada rasa sebegitu, ubahlah! Mungkin hati kita perlu ditarbiyyah. Noda hitam yang bertompok masih lagi berbekas. Bersihkanlah dengan zikir dan fikir. Zikirlah dari dalam bukan sekadar bicara bibir. Fikir dan lakukanlah, bukan sekadar fikir dan jadikan pekasam.

"Jadilah seperti pohon yang berbuah, dibaling kayu dibalas dengan buah yang dapat dimakan enak."

Beruntunglah wahai si kerikil. Engkau kebal akan tohmahan dan tumbukan yang diterima. Namun ingatkah engkau akan air yang menitis di atas batu akan meninggalkan bekas? Engkau masih ada perasaan, engkau masih ada jiwa. Jika terlalu lama engkau menerima tumbukan, ia akan berbekas! Sirnakanlah bekas itu dengan redha. Allah S.W.T telah menetapkan itu terbaik buat kamu. Indahkanlah diri kamu dengan sabar kerana sabar itu indah. Jika sabar menghiasi diri, keindahan diwajah anda akan terserlah. Allah S.W.T bersama kamu wahai penyabar. Namun, ingatlah! Jangan sampai sabar itu memakan diri kamu apabila kamu bersabar dengan kemungkaran. Seorang suami akan dianggap dayus dan pengecut jika dia melihat isterinya bermesra dengan lelaki lain tanpa perasaan. Sabar memerlukan tindakan. Bertindaklah mengikut keadaan. Tindakan mestilah rasional dan bersesuian. Jika emosi menjadi raja, sabar tidak bermakna.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kesabaran merupakan dhiya' (cahaya yang amat terang)." (HR Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda: "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Sabarlah dalam bersabar nescaya tidak akan timbul persoalan "sampai bila aku perlu bertahan?". Mujahadah dalam bersabar. Bukan mudah tetapi tidak mustahil.

28 December 2011

Perlukah aku...

Kadang-kadang kita hanya perlu
DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu
DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu
DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu
DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu
DIAM dalam persetujuan..... ...tapi..
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..kerana..
DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..maka..
jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…

26 December 2011

Ya Allah

Ya Allah, bantulah aku menghadapi segala dugaanMU ini.
Kuatkanlah imanku, kuatkanlah semangatku, kuatkanlah kesabaranku...
Ya Allah, lembutkanlah hatiku sebagaiman telah Engkau lembutkan hati para kekasihMU.
Ya Allah,lembutkanlah hatiku ini untuk sentiasa ingat padaMU, untuk sentiasa bermunajat kepadaMU sepertimana kelaziman para kekasihMU.
Ya Allah, aku berlindung dari keras dan matinya hatiku.
Ya Allah, berlembutlah denganku sewaktu hari pengadilan nanti,
Dan aku bermohon dengan sifat Maha LembutMU;
agar Engkau mengasihaniku dan mengampuniku..

16 December 2011

sahabat...

♥ Bersahabatlah seperti 'mata dan tangan'; di saat tanganmu terluka, mata menangis dgn kebeningan airnya, tulus.. dan di saat itulah tangan pun mengusap sang mata dgn lembut. Subhanallah...♥

14 December 2011

wahai kaum ADAM...

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●•.♥.
Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu•.♥•Bawalah dia ke jalan Allah•.♥•Nasihatilah dia•.♥•Perbetulkan kesilapannya•.♥•Jagalah dia dgn baik•.♥•Kasihanilah dia•.♥•Lindungilah dia•.♥•Berilah kasih syg padanya•.♥•Hargailah dia•.♥•Ucapkan terima kasih atas kelebihannya•.♥•Bersabar dengannya•.♥•Terimalah & cintailah kekurangannya•.♥•Jadilah IMAM terbaik utknya & redhalah padanya ♥♥♥♥●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

rumahku syurgaku...

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku akan menjamin sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bergurau. Dan aku akan menjamin sebuah rumah di bahagian teratas syurga bagi orang yang membaguskan akhlaknya. (H.R. Abu Daud:4167)

06 December 2011

”*°•✫ BUAT SAHABAT... YANG SEDANG BERDUKA ”*°•✫

✽ ✽ Sahabat, kudengar bahawa engkau sedang diujiNya.Tiada apa yang dapat ku lakukan selain hanya mengirimkan bait-bait ayat ini. Sahabat, apa jua ujian yang menimpamu adalah tarbiah dari Allah untuk menguji keimananmu..

►► “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

✽ Manusia mungkin sering bertanya, kenapa harus aku yang menjalani masalah berat ini? Kenapa aku tidak bisa seperti orang lain, yang selalu terlihat bahagia? Ketahuilah, sahabat, bahawa Allah Maha Mengetahui yang terbaik bagi dirimu dan orang lain.✽

►► “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216✽ Manusia memang mudah dirundung keluh kesah, dan itu harus disedari bahawa ianya datang dari syaitan. Sesungguhnya, bila hati ini penuh keyakinan bahwa Allah akan mengujinya sesuai kadar kemampuannya, maka hatinya akan tenang.✽

►► “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286✽Percayalah sahabat, kalau kamu beriman, maka kamu memiliki darjat yang paling tinggi, dibandingkan dengan insan lain yang tidak menghadapi ujian dariNya... Untuk itu, kuatkan hatimu dalam menghadapi ujian ini..✽

►► “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139✽Caranya, agar kau kuat menghadapinya, bersabarlah. Dan bersabar itu tidak hanya cukup sekali, tapi harus terus menerus tanpa akhir sehingga Allah akhirnya memenangkanmu atas ujian yang berat ini.✽

►► “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200✽ Sudah banyak kita dengar bahawa sabar dan solat adalah penolong kita dalam menghadapi berbagai ujian. Jadikanlah momen ujian kali ini sebagai bukti apa yang telah Allah janjikan itu. Khusyuklah dalam solat, dan rasakanlah nikmatnya ujian ini dengan kekhusyukan yang engkau dapatkan. Bahkan mungkin sulit engkau dapatkan jika engkau tidak diuji seperti ini.✽

►► “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45✽ InsyaAllah… Apa jua yang kamu lalui dengan penuh kesabaran, bukanlah hal yang sia-sia. Syurga yang indah adalah hadiah tertinggi bagi orang-orang yang sabar dalam ujian. ✽

►► “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” -Surah At-Taubah ayat 111✽ Untuk itu, Sahabat…. Hanya pada Allah sajalah hendaknya kita berharap.✽

►► “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129✽ Dan jangan pernah berputus asa dalam memohon rahmatNya.✽

►► “… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” -Surah Yusuf ayat 12✽ Teriring sayang dan cinta untukumu, sahabat… Semoga Allah memuliakanmu dengan ujian ini. Amin…✽

01 December 2011

disember

Disember datang lagi..hurmmmm...tahun 2011 hampir sampai ke penghujungnya..Ya Allah, terlalu byk dugaan buatku pada tahun ini. Ternyata, dugaan itu benar2 menguji keimanan dan kesabaranku..aku bersyukur padaMU Ya Allah kerana memberikan aku secebis kekuatan, kesabaran dan kecekalan dalam menghadapinya. Aku sedar, aku hanyalah insan yg lemah, yg alpa dan hanyut selama ini, ternyata...apa yg berlaku telah membuka pandangan mataku seluas2nya..mengajarkan aku erti kesetiaan, erti kebahagiaan, erti pengorbanan, erti kesabaran dan erti REDHA.....Aku sedar, aku tidak semulia Siti Khatijah r.a, tidak sebaik Siti Aishah r.a, namun aku hanya punya sekeping hati dan sebuah jiwa yg tulus yg telah aku penuhinya dengan kasih sayang dan cinta aku buat insan bernama suami dan anak2ku. Andai satu masa penghidupanku ternoktah di sini; aku hanya ingin mereka tahu..bahawa aku terlalu mengasihi mereka lebih dari diriku sendiri. Aku tidak sekali2 meminta semua pengorbananku dibalas, cukuplah sekadar aku dihargai walaupun sedikit. Aku tidak meminta harta berjuta, emas bertimbun, tapi yg aku pinta sebuah kejujuran dan keikhlasan. Aku bahagia dalam derita, namun aku REDHA...kerana aku sedar, Allah telah mengaturkan segalanya untukku dan aku tidak mampu untuk menahan apatah lagi untuk menghalang sesuatu yg telah ditakdirkan untukku. Untukmu yg bernama suamiku, aku tulus menyanyangi dan mencintaimu seluruh jiwa dan ragaku..aku tidak pernah sekalipun mengkhianatimu apatah lagi mendustakanmu. Aku memaafkan segala kesilapanmu kerana aku menyanyangimu, aku REDHA segala pemberianku padamu kerana aku ikhlas berbakti kepadamu, aku menyanyangimu sepenuh hatiku kerana aku bahagia menjadi isterimu dan berada disampingmu. Untukmu anak2ku, ibu bangga memiliki kalian di dalam hidup ibu, ibu bahagia dan gembira mengandung, melahirkan dan mendidik kalian sehingga kini, ibu REDHA dan mengHALALkan segala2nya buat kalian. Pesanan ibu, andai ibu tiada lagi di hari esok, jagalah diri kalian sebaik2nya, penuhilah tuntutan dan ajaran agama, tinggalkan apa yg dilarang, laksanakan apa yg telah diperintahkan sebagaimana org2 terdahulu dari kalian. Andai kalian berada di atas satu hari nanti, jangan sekali2 lupakan rumput di bumi...kerana dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung...waspadalah dalam bersahabat, kerana sahabat jugalah akan mengajar kita erti sebuah persahabatan yg sebenar2nya...Jangan ditangisi sebuah perpisahan kerana itulah pengakhiran sebuah kehidupan....apa yg pasti kalian semua amat aku sayangi dan cintai....

25 November 2011

pesanan untukmu..

‎BILA AKU SUDAH TIADA, SIMPAN SEMUA KENANGANMU BERSAMAKU, JANGAN DITANGISI, KERANA MUNGKIN SEMUA ITU SEMENTARA, DAN BILA DIRIMU JUMPA PENGGANTIKU JANGAN DILUPAKAN AKU ...

Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku..Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu kelak..Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini..Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita, tetapi aku menjaga dalamanku.. Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka..... Andai engkau bakal menjadi imam pada solat malamku..Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini..Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu.. Kerana itu, ketahuilah olehmu aku tidak pernah merasa menyesal untuk mengenalimu, mencintaimu, memilikimu dgn ikatan yg sah, melahirkan zuriat cinta untukmu, menjaga dirimu tatkala dirimu sihat dan sakit, menemani tidur2mu, membantumu tatkala kau jatuh..segalanya aku lakukan ikhlas utkmu..dan ketahuilah bahawa aku tidak pernah berdendam...walau aku dipinggir di saat kemuncakmu, walau aku dihina di saat bahagiamu, walau aku ditolak disaat dirimu ada penggantiku, disaat aku tidak menemani tidurmu, disaat aku tidak dapat menjagamu, disaat aku tidak mampu membahagiakanmu..kerana aku sedar siapa diriku, insan yg penuh dengan kekurangan dan kelemahan...dan kerana segalanya telah tercatat di Luh Mahfuz utk diriku terhadap dirimu...

24 November 2011

8 Tanda Si Dia Ikhlas dengan Kamu

1. Bersahaja
Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati kamu. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan kamu.
2. Gembira Bersama
Tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian bertemu atau menghabiskan masa bersama.
3. Terima Kamu Seadanya
Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri kamu seadanya. Dia tidak memaksa kamu menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.
4. Jujur
Baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan kamu. Kaki penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.
5. Hormat
Di awal perkenalan sehingga kamu bersama sebagai kekasih, dia menghormati kamu dan tidak sesekali dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari kamu dengan perbuatan atau percakapannya.
6. Bertemu Dengan Keluarga
Jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga kamu dan dia juga akan membawa kamu bertemu dengan keluarganya.
7. Tidak Menyembunyikan Kawan
Orang yang ikhlas mencintai kamu akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawan-kawannya daripada kamu.
8. Mengambil Berat
Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi kamu untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai kamu sebagai pasangannya.

kenapa memaafkan itu sukar

Jika kita sukar utk memaafkan seseorg, ini adalah kerana kita didOrong oleH egO.egO pula diapi2kan oleh naFsu. Nafsu pula diapi2kan oleH bisIkan syaiTan. Syaitan ini, muSuh khalifah Allah yang paling nyata. Jika kita mendahulukan Tuhan dalam segala apa yg kita lakukan, pasti kita berani memaafkan, walau sebesarmanapun kesalahan seseOrang terhadap kita. Tidak ada gunanya menyimpan dendam pada sesuatu yg berlaku di masa lalu.

Dendam dan sakit hati ini akan menghalang kita dari maju. Sekuat manapun usaha kita, jika masih ada 2 jenis perasaan ini (dendam dan sakit hati), kemajuan yg kita capai tidak akan berkembang. Dendam menyemarakkan egO kita, sebab kita tidak puas hati selagi Orang itu tidak melutut dan meminta maaf pada kita. Atau yg lebih hebat lagi, selagi Orang itu tidak susah hidupnya.

Apabila kita berbuat sesuatu yg akan menyusahkan seseOrang, pada suatu hari orang lain pula akan "membalas" diri kita dengan satu masalah, kesukaran atau malapetaka. Mungkin kesusahan yg bakal datang itu lebih berat hingga kita merasa sunGguh menyesal....

ref: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

antara : suka..sayang..cinta...

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya utk keegOanmu sendiri.
Saat kamu MENYANYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan utk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun utk kebahagiaannya walau kamu harus mengOrbankan jiwamu.

Saat kamu MENYUKAI seseorang dan berada di sisinya, maka kau akan bertanya "Bolehkan aku menciummu?"
Saat kamu MENYANYANGI seseorang dan berada di sisinya, maka kau akan bertanya "Bolehkan aku memelukmu?"
Saat kamu MENCINTAI seseorang dan berada di sisinya, maka kau akan menggengam erat tangannya...

SUKA adalah saat dia menangis, kamu akan berkata " Sudahlah,jangan menangis."
SAYANG adalah saat dia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat dia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama."

SUKA adalah saat kamu melihatnya, kamu akan berkata; "Ia sangat cantik/tampan dan menawan.''
SAYANG adalah saat kamu melihatnya, kamu akan melihatnya dari hatimu, bukan dari matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya dan kamu akan berkata; "Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..."

Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu, maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata; ''Tidak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."

Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...

SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkanmu.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yg menuntut.
SAYANG adalah hal yg memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yg memberi dengan rela...

Oleh itu, tanyalah hatimu seJUJURnya, dimanakah hatimu sekarang terhadap sidia, adakah kerana SUKA, atau kerana SAYANG, atau kerana CINTA atau tiada semuanya...

23 November 2011

++ melukis aWan ++

Aku cuba melukis awan
Sebagaimana yang kau idamkan
Meski hati ku tahu
Kau mahu lebih dari itu
Memang aku tak mampu
Kerana itu bukan diriku
Maafkan aku kasih
Aku bukan yang sempurna
Kerana aku pencinta biasa
Yang ada hanya cuma cinta
Tak bisakah engkau
Terima ku seadanya
Baru kini ku sedari
Cinta tak lagi bererti
Bila material jadi obsesi...

avilliOn admiral cOve

ni pic percutian sambil bekerja kami sekeluarga baru2 ni...hehehehe..asyik berjalan jewwww...
kenangan di AvilliOn AdmiRal Cove,pOrt dicksOn, n9....nice view n nice vocation...X dapat mandi, dapat sentuh air pun jadiklah.... teringin nak naik cruise MATAHARI kat belakang tu, tapi bila nengok reganya rm800 per trip..baik aku simpan duit tu..hahahahaha... abg yg sebukkk melayan katun cicak.."oscar"...rumah katun, kat Otel pun katun...adooOOOiiii...
makan time...yummyyyyyy..nasik tOmatO... sayOnara..kami pulang dulu ya selepas ^ 5 ^ ari menghabiskan masa di sini..babaiii

..perempuan oh perempuan..

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',...
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,
Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:
Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',
Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya.
Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.

08 November 2011

cerita Ana & Umi

Ana: "umi, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"

Umi: "dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"

Ana: "tapi umi,mcam mana nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"...

Umi: "Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu..", umi tersenyum..abah menjeling..hehe...

Ana: "xfahamlah umi..hehe.."

Umi: "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?"

Ana: "hehe.. xtahu umi..ALLAH je yg tau..", malu pulak rasanya..

Umi: "sayang dgar ni umi nk pesan.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba2 je air mata ni mengalir..:'(

Umi: Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.

Umi sambung lagi: Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara..", suara umi sebak...Ana terus peluk umi..

Katakan pada diri

Apakah Allah redha padaku jika sebentar lagi tiba waktunya aku menemuiNya?
Apakah Allah terima rohku jika sebentar lagi aku dipanggil menghadapNya?
Apakah telah dilunaskan hutang-hutangku kepada Allah?...
Apakah telah dilunaskan hutang-hutangku kepada makhluk Allah?
Apakah telah aku pohon kemaafan kepada orang yang telah aku zalimi atau orang yang telah aku sakiti hatinya?
Apakah masih ada dosa-dosa yang aku lakukan dan belum aku menyesali akan dosa itu?
Apakah telah aku berusaha buang dan padamkan segala kemaksiatanku dan keaibanku sewaktu zaman jahilku, moga dengan itu tiada lagi dosa yang terus mengalir kepadaku....

tanya Hatimu

Allah SWT menciptakan kita utk saling mengenal,utk saling tlg-menolong di dlm kebaikan & Allah SWT menciptakan kita berpasang-pasangan tapi, ada masanya kita merasa semuanya pergi menjauh ketika kita dilanda masalah.Teman2 kita pergi, keluarga kita tidak peduli & sebagainya padahal kita sgt mengharapkan adanya bantuan & sokongan drpd mereka2 yg hampir dgn kita ketika kita sdg dilanda dgn masalah namun apa ...yg kita inginkan tidak spt yg kita harapkn. Pernahkah kita bertanya pd diri kita sendiri, mengapa semua menjauhkan diri? Adakah kita juga sama menjauhkan diri di saat teman kita, keluarga kita dilanda musibah? Fikir dan renungkanlah..mungkin segalanya berpunca dari diri kita sendiri. Lalu apa yg harus kita lakukan kini adalah kita menyerahkan semuanya kpd Allah. Kenapa? Kerana jodoh, hidup, mati , rezeki & segalanya adalah atas ketentuanNya. Walaupun teman2 kita tidak bersama disaat kita susah, keluarga kita tidak peduli tp yakinlah bahawa Allah SWT selalu bersama kita. Jika kita sendirian, maka yg kedua itu adalah Allah SWT. Justeru, jadilah sahabat yg baik utk dirimu sendiri, utk teman2mu utk keluargamu & utk yg lain....

Bunga di taman sebelah

Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain. Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi.Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kitaAllah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambanya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.

Apa alasan Allah sebenarnya? kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Suatu pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami melotot. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain.Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan.Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.

Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya..
Jangan pernah kita sakiti hatinya
Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu..
Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering
Cinta tidak akan abadi jika diantara kita
Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian
dan Cinta akan hancur
Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu..
Jagalah hati pasangan kita masing – masing
Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya
dan cinta juga boleh memberikan semangat..
Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati..
bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau..
kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya..
janganlah sekali – kali engkau bercinta
bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..
kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya,
maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan..
melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat.
Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat
apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..

Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…

02 November 2011

25hb nOvemBer

Bila nengok pic ni, aku ase cam mula2 kawen dulu...ni pic aku raikan besday mr hubby yg 1st sepanjang kami bergelar suami isteri dan bila dikira2 balik tinggal Lagi 23 ari nak due besday mr hUbby aku. nak bagi present aper ek?insyaallah, andai dipanjangkan umur kami, tahun ni adalah tahun ke 6 kami sambUt besday bersama2....nak bagi aper ye...hehehe...bg kasih sayang n keikhlasan udah la kOt...mahal tuuuuuu...x dew jual kat mana2 kedai kat dalam dunIa ni..mmm..aper pun aku x mampu nak adiahkan mr hubby adiah yg mahal2, dan aku ase..adiah ni adalah adiah yg paling mahal n paling terbaek dr aku utk mr hubBy...aku cuma mampu memberikannya kasih syg aku, cinta aku, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, dan kebahagiaan..semOga mr huBby aku bahagia bersama aku...dan yg paling utama aku telah melahirkannya 2 org hero kebanggaannya...Aliff n Izzat.....well..WE Luv u sO much 4 eVer n eVer....

*** buatmu dan diriku ***

Jika kamu memancing ikan...... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

31 October 2011

Pintaku....

Melangkahnya aku hari ini dgn langkah yg sedikit lemah, mengatur langkah menuruni anak tangga menuju ke parkir dgn kepala yg penuh dgn pelbagai persoalan....Ya Allah, bantulah aku menghadapi segala dugaan ini...hanya satu pintaku padaMU...bukakanlah segala hijab kepalsuan, tebarkanlah sayap kebenaran utk aku walaupun pahit. Hanya itu yg aku pintakan dariMU Ya Rabbi...Sakitnya aku pada hari ini adakah sama sakitnya aku pd hari semalam?Terlukanya aku pada hari ini, adakah sedalam luka semalam?Lemahnya aku hari ini adakah selemah hari semalam?TIDAK!!!Ya Allah, aku bersyukur padaMU kerana memberikan aku secebis kekuatan utk aku menghadapi segala musibah ini, aku sedar..imanku senipis kulit bawang yg mampu rabak bila2 masa andai aku menurutkan kata hatiku,tapi aku yakin dengan janjiMU Ya Allah, keburukan atau kebaikan walau sebesar biji sawi..andai hambaMU bermunajat padaMU akan Engkau berikan ilham dan petunjuk antara yg benar dan tidak benar,antara yg hak dan yg batil...dan aku merasakan aku hampir kepada apa yg aku cari selama ini Ya Allah. Semoga Engkau memberikan aku kesabaran, kecekalan dan kekuatan menghadapi ujianMU ini....aminnn

30 October 2011

~Kerana Aku WaniTa~

Kerana aku wanita...
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
kerana aku wanitaingin disayangi itu fitrah diriku
kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku
kerana aku wanita
air mata teman setiaku
kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi
DAN..
kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku
kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak akidahmu
kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu
hati ini mudah tercalar
kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali
kerana aku wanita
aku memang sangat peka maka
fahamilah kecerewetanku ada sebabnya
WAHAI ADAM,
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

8C buat Suami Isteri

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki atau perempuan yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 yang tak sopan seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

Lelaki yang tampan atau wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri atau suami selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami atau isteri sehingga membuat isteri atau suami jauh hati.


C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…Begitu juga dengan suami, jgn cemburu berlebih-lebihan pada isteri.

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi…. Begitu juga suami, jgn serahkan bulat2 semua kerja rumah pd isteri,apasalahnya bersama2 melakukan kerja rumah dan menjaga anak bersama2. Kalau rumah kemas, kita juga yg selesa bersama,betul tak?

C8. CUAI

Kebiasaan semua orang tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Begitu juga suami, kalau dah berjanji...cubalah belajar tepati masa, jgn sekali2 biarkan isteri menunggu2 kerana kita pun tak suka menunggu, jadi adillahkan.


Jadi sebagai seorang suamiisteri, mulai sekarang kita hendaklah sedar betapa besarnya tanggungjawab kita. Kekalkanlah peribadi kita, dan akhlak kita. Ingatlah bahawa syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami dan suami adalah ketua keluarga yg akan disoal oleh Allah mengenai keluarganya di akhirat kelak.♥

cukuplah bagiku...

Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung selama sehari..
Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat itu, saya akan mencintai abang selamanya”. Si suami bersetuju.
Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser..
Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah. Air matanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,Walau Kecil,
Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

andai itu aku...

~✿..Maka jika nantinya kita TIADA JODOH, mungkin aku tidak cukup baik untukmu.....pasti ada WANITA lain yang LEBIH BAIK untukmu..dan YAKINLAH, jika memang diriku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak BERKENALAN dengan orang lainpun, aku akan TETAP menjadi pendampingmu..kerana aku yakin TULANG RUSUK tidak akan BERTUKAR.......(✿◠‿◠)

29 October 2011

utkmu yg akucintai

Tahukah engkau apa yang aku rasa terhadapmu...
Tatkala aku merasa bahagia dengan hadirmu,
Tatkala aku merasa aman dalam dakapanmu,
Tatkala aku merasa selamat disisimu,
Tatkala aku merasa rindu bila tidak bersamamu,
Tatkala aku merasa sakitnya merinduimu,
Tatkala aku merasa peritnya berjauhan denganmu,
Tatkala aku merasa deritanya tanpa dirimu,
Tatkala aku merasa terlukanya kerana perbuatanmu,
Tatkala aku merasa kecewanya kerana tingkahlakumu,
Tatkala aku merasa resah bila tiada disampingmu,
Tatkala aku merasa hiba bila kau meninggalkanku,
Tatkala aku merasa sayu bila melihat air matamu,
Tatkala aku merasa sebak mendoakanmu tanpa kau tahu..
Tatkala aku merasa aku teramat cintakanmu walau kau tidak tahu...
Tatkala aku merasa aku lemah dalam menempuh dugaan ini,
Tatkala aku merasa aku hampir rebah keranamu,
Tatkala aku merasa aku tiada apa2 utk membahagiakanmu...
melainkan setulus kasih dan sayang yg tidak pernah terpadam,
walau dihembus dan dihembus angin bertiup kerana
akulah wanita yg bahagia kerana memilikimu dengan seadanya dirimu...

Doaku Pada-MU

Termenung aku mengimbau masa lalu,
Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.

Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.

Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.

Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.

Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Ampunkanlah segala dosa suamiku Ya Rabbi,
Ampunkanlah segala dosa anak2ku Ya Rabbi,
Ampunkanlah segala dosa kedua ibubapaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku dan keluargaku kemanisan Cinta-Mu,
Agar aku dan keluargaku diizinkan mencium haruman syurga-Mu.

26 October 2011

:: keranaku.... ::

kerana aku tahu dimana duduknya aku..
kerana aku tahu siapa aku...
kerana aku tahu siapa yg menyanyangiku...
kerana aku tahu siapa yg mengasihi aku...
kerana aku tahu siapa yg memahamiku...
kerana aku tahu siapa yg memerlukan aku...
kerana aku tahu siapa yg menyanjungi aku...
kerana aku tahu siapa yg membenciku...
kerana aku tahu kelemahanku...
kerana aku tahu kekuatanku..
kerana aku tahu dan aku harus tahu bahawa aku hanyalah insan biasa yg punya rasa, hati dan perasaan....dan kerana itu..aku masih di sini..menanti dan akan terus menanti sehingga ke akhir nafasku...

25 October 2011

Bila hati berBisik

Kini hatiku berkata, "Ya Allah, jika ujian ini adalah tanda kecintaan-Mu kepadaku, maka aku terima dengan hati yang lapang dan aku bersyukur kepada-Mu, terima kasih Ya Allah melalui ujian-Mu ini aku lebih dekat dengan-Mu, hatiku sentiasa mengingati-Mu, aku tidak mahu merosakkan diriku lagi kerana diriku adalah pemberian-Mu, terima kasih Ya Allah walaupun aku kehilangan cinta manusia tetapi aku telah memperoleh cinta sejatiku,cintaku pada-Mu,kasih sayangku kepada-Mu mampu membawaku ke syurga kenapa perlu aku merebut kasih sayang manusia,.
Ya Allah aku redha dengan ujian-Mu ini, sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku, terima kasih Ya Allah atas ujian-Mu ini. Hatiku kini hanya untuk-Mu, pimpinlah hatiku Ya Allah untuk sentiasa istiqamah dalam perubahan diriku ini kerana sesungguhnya Ya Allah aku ingin mengejar ganjaran pahala dari-Mu dan syurga-Mu."
Maka benarlah janji Allah kepada hambaNya, setiap sesuatu itu adalah ketentuan-Nya dan Allah lebih Maha Mengetahui tiap sesuatu itu. "When you have a decision, that are all the risks you have to take. Minta lah rasa cinta dari Allah, kerana dalam cinta ada kekuatan untuk memaafkan. Dalam kemaafan ada rahmat dan belas kasih. Kalau ALLAH dah tetapkan, apapun pasti berlaku. Pilihan kita adalah menjaga kemudi hati! Jangan berjudi dengan ketentuan takdir dari DIA yang Al Qadir & Al Muqtadir. Tiada bahagia dalam perjudian takdir! Pick your choice, finalise a decision & TAKE YOUR RISK kalau berani!"

.. saat aku tersedar ..

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba.Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi".

Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan?

Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan.
Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak.

PILIHAN 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan.Bukan itu saja, hati turut mengomel,"Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.

PILIHAN 2
"Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul.Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.." Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.

PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud.Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah SWT...

Terjaga dia awal pagi, adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah SWT. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.

Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur., bukan mengomel kekesalan.Tetapi, alangkah baiknya andai Tahajud dapat ditunaikan....

... daN BiLa...

♥ ~Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya~ ♥
♥ ~Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan airmatanya~ ♥
♥ ~Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali~ ♥
♥ ~Bila ada yang setia, lakukan yang sama~ ♥
♥ ~Bila dia pergi, pergilah kejar selagi merasa dia bererti~ ♥
♥ ~Kerana bila dia tiada di sisi, kamu akan sunyi dan sepi~ ♥

24 October 2011

** voCa 2 PaHang **

Balik dr Langkawi ari tu, aku kena OutiNg lagi..kali ni aku attend ''teambuilding'' kat dUtaVillaGe resOrt, Kuantan...bestnyeeeee...duk pantai...sO aper lagi, packing baju lagila jawabnye...sO,sblm g Kuantan tu, aku g servIs bLack aku tu dulu, maklumlah..dah lebih limit meilage nyeeee... 1566km... huhuhukwawaaweaaa....jgn mare ye sayam...bila tanya, sapew nak iKottt...sumernya nak ikOttt...hahahaha...mr HubbY senyum jew,manalah bLeh tinggal anak2 dia klu voca lama2, setakat sehari bleh gak kautim..ni 4 ari tu...Kami bertolak seawal jam 7 am,19 oCt 2011 n sampai Kuantan jam 130pm...spend time kat tOwn dulu semalam, esOk baru gerak g Duta Village...nak dijadikan cerita, masa kuar makan ngan mr huBby aku, n nak balik bilik tu..aku kuarla dr pintu keta, tup tup..tutup pintu keta...makkkkkkkkk....jari ku tersepit..sakitnya tuhan jew yg tahu. ase nak pengsan pun ader sakitnya..berdenyut2...asenya, kena pisau x dew la sakit cam gini..sakit wooo....aku menahan sakit smp tertidO...nasib baik ade mr huBby, diala tulon urutkan n sapu minyak, tp x ilang gak sakitnya..smp ari ni aku x leh menggagahkan jariku ini...huhuhu... sakit woOOOOOO....Habis dah cerita jari, jOm aku citer pasal vOca aku tu...aku ngan famili stay kat chalet..nice view..menghadap laut, bila cek2..lOrrrrr...lupa amik pic masa kat chalet tu.. huhuhuhu...x pew r..len kali r. waktu petang kita org kat sini, kami menghabiskan masa kat pantai...serOnok aku tgk anak2 main air, cam itik juMpa air pun ada...berkubang cam kebaU... berpalit pasir itam abis satu badan..dlm ati aku says...lantakla, asalkan diA org hepi...aku dah puas ati...sb dlm iduP ni, x semua org dapat lalui apa yg kami rasa ni, nak bahagia n hepi mcm ni, ..n aku bersyukur sgt2 pd Allah sb masih diberikan kesempatan pd aku n anak2 rasa semula rasa ceria ni yg aku n anak2 hampir hilang dulu...biarlah yg lepas tu,biarlah berlalu pergi...mcm pasir pantai, sekali oMbak datanG, sekali pasirnya beruBah...lumrah hidup, apa yg nak berlaku tak terjangkau oleh fikiran kita...

... 1st day ...
masa mula2 sampai duTa viLlage beacH resOrt. amik kesempatan utk ase udara nyaman angin sepOi2 bahasa. Jeling sket....jauh merenung en huBby aku ni...ntah aperla dipikirnya.... Kucikku.."ijat" yg demam n ciritbirit, sian dia...sampai2 jew..kena cirit+demam.makin kucikla dia.gumuk plak,steady jew..aku nengok dia skg n hyper sket...x reti duk diam langsung, x macam dulu...jenuhla aku jadi tarzan,dah x makan saman jugak....fenin...fenin... acara jalan2 sambil nak mandi pantai..kucik aku merenung masa depan.duk pikir pasal menda ntah dia tu.huhuhuhu.... acara mencari ketam n cengkerang yg cute2. abis sumer anak2 ketam jadik mangsa..nak peliharalah koNonnya...will seee.... aperla ditengok oleh mereka berdua tu...bincang x abis2...asyik duk pOt..pet..pOt..pet....24 jam x berenti2.penat wes mendengar n menjawab segala soalan mereka ni..acara yg ditunggu2 oleh anak2 aku......"berkuBang"...mula2 main air, last2 mandi terus...ekekeke ... 2nd day ...
lepaking at beach versi 2. aku with mr hubBy.... dOaku semOga kebahaGiaan ini berkekalan ke akhir hayat kami....aminnnn
acara membina istana pasir....cam pelik jew istana tu...apa2 jerla, asalkan jadik cam istana.ada iras2 pun ok dah...huhuhu apalah dibuatnya tu......korek..jangan x kOrek ....khusyuk nengok en huBby yg begitu semangat membuat kOlam... hahahaha..akhirnya....muat2 anak kami duk dalam tu, tp bila nak kena timbus kakinya, naik pekak telinga dia menjerit....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................. ekekekeke..aku plak jadi refree n tukang amik gambar...nak kOrek pasir, jari sakit woooooooooo

** vOca 2 LanGkawi **

Percutian terbaru kami sekeluarga baru2 ni kat langkawi... seingatnya kali terakhir kami bercuti bersama adalah masa sambut ulangtahun ari tu..bulan April 2011 yg lalu. Dalam seronok2 aku bersyukur sgt2 kerana dgn izin dan rahmatnya kami sekeluarga dapat menjejakkan kaki ke sini bersama2....kami gi sana pun atas sebab aku attend Persidangan eO,klu nak g saja2..mana nak carik mOdalnya..alhamdulillah...kami pergi on Thursday, 6 Oct 2011...sampai Langkawi jam 4pm..bestla jugak naik feri, yg syOknya, terpaksa tingGalkan bLackmarIa aku kat jeti..nak bawa masuk rm260 tambangnya..mahal gilew.x pew r, park je kat fullcOvered pArking...berbayar....huhuhu
ni masa kat dalam feri..anak aku panggil "kapal air" ... bolehla...kapal air pun kapal airlah..janji nama kapal.bila tanya naper,sb dia duk dalam air katanya..hmmm....sO wat can i say...masa g sana tu, helang kat dataran tgh renOvate, sO kami x g sana, just g beli Coklat n roUnd2 area kuAh, jeti n makam Mahsuri jew. tu pun weather x berapa baik, ujan je. aku plak, sampai2 sana..demamla pulak, adoiiiii....sungguh x menyelesakan.
selepas menghabiskan 5 ari kat sini..kami pun memblahkan diri kami sekeluarga... sayOnara...ada rezeki, sampai lagi kami kat sini nt..insyaallah....

:: aKu ::

itulah yg aku lakukan kini...dan seterusnya demi utk hari esok dan sehingga ke akhir nafasku ini...

17 October 2011

** j.A.N.J.i **

jESTERU itu..belajarlah bersyukur dengan apa yang telah kita miliki pada hari ini agar kita tidak akan kehilangannya satu hari nanti. Percayalah, walau seburuk mana, walau sebenci mana diri kita pada seseorang itu..sabarlah...dan cubalah kita renungkan kembali di satu saat, mengapa kita memilihnya menjadi teman hidup kita sedikit masa lalu andai kita ingin melukainya pad hari ini. Letakkan diri kita di tempatnya andai kita ingin menyakiti dan melukakannya...fikirkan walau sedikit, andai perkara itu dilakukan olehnya terhadap kita, mampukah kita menerima dan memaafkannya sepertimana dia mampu menerima dan memaafkan kita pada hari ini?

Tidak dinafi, semakin lama usia perkenalan itu..semakin kita mengenali pasangan kita..menjadikan kita sedikit jemu dan bosan tetapi sedarkah kita makna sebenar LAMA itu adalah jalan memberi kita ruang utk mengenali hati dan budinya, mengenali keikhlasannya, menerima dan memperbaiki kelemahan dan kekurangannya, bukannya LAMA itu menjadikan kita jemu, menjadikan kita hilang rasa kasih dan sayang sehingga tidak rasa apa2...Allah menjadikan 2 org yg tidak pernah kenal antara satu sama lain, berkenal2an, hidup di bawah satu bumbung dgn ikatan yg sah utk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan mencukupkannya dgn zuriat dari benih cinta sesama kita, jesteru itu...jangan sesekali mengkhianati amanah Allah itu, kerana sebagaimana janji Allah..azab dan balasannya terlalu pedih bagi yg munafik....ingatlah!!apabila aqad dilafaz, janji itu telah terlafaz dgn sendiri dan kitalah yg akan mengotakan janji itu walau sepayah mana, walau sepahit mana..walau sederita sekalipun..genggam bara api, biar sampai jadi arang....

Wahai Hawa

Kenapa..engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa..mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa..masih segan mengamalkan isi kandungan-Nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa, Sedarlah..

Tangan yang menggoncang buaian..boleh menggoncang dunia, Sedarlah hawa..kau boleh menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi Hawa..

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa,

Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu..kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan..kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam.

Wahai Hawa,

Andai engkau masih remaja..jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami..jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu..didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Wahai Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu..hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya..tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.Wahai Hawa,Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi Hawa,

Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan Ad-dinnya...Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.Hawa,Cintailah ALLAH..dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu..kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu..kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali..tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam......“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah”

16 October 2011

harapanku...

Pintaku..doaku..dan harapanku..buatmu insan yg aku sayangi...aku tidak minta dicintai..tidak minta disayangi..tidak minta dikasihi...sepenuh hatimu. Cukuplah andai kehadiranku dihargai oleh dirimu..kerana dengan itu, menandakan dirimu ikhlas memilikiku. Mencintai aku dengan seadaanya dan sanggup menerima aku, insan yg tidak sempurna ini menemani dirimu walau hanya untuk seketika cuma....

Dugaan itu menguji KeimananKu...

Masalah Adalah Ujian Iman Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadapNya. Sebab, sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Dengan adanya ujian, kita akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengi...kuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang. Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyiksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian.

Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah s.w.t. : “Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 2 - 3)

12 October 2011

Hanya Allah Yg Maha MengetahuiNya..

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥

Darjat seorang isteri.

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-ap...a dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

04 October 2011

untukmu LELAKI

Lelaki..
ku bukan memerlukanmu demi hartamu..
ku bukan memerlukanmu kerana rupamu..
ku bukan memerlukanmu kerana nafsuku...
ku bukan memerlukanmu kerana kepentingan diriku...
... TETAPI....
sedarlah lelaki..
aku memerlukanmu...
hanya untuk sekelumit kasih sayang mu..
cinta tulus ikhlas darimu...
dakapan nur kasih ketika ku bersedih..
secebis cahaya keimanan ketika aku tersesat...
seSungguhnya kau insan yang bernama lelaki...
dilahirkan cukup sempurna..
kegagahan mu bkn untuk menguasai tetapi melindungi..
kebijaksanaanmu bkn untuk mengarah tetapi utk menyumbang..
sememangnya Adam ialah utk hawa...
bawalah aku insan bernama wanita ke arah kebenaran bkn kesesatan..

insya ALLAH..amin...

... C.I.N.T.A ....

28 September 2011

::: c.i.n.t.a :::

Aku Mencintai Mu...
Bertemu dengan mu adalah nasibku,
Menjadi temanmu adalah pilihanku,
Jatuh cinta denganmu adalah di luar kuasaku.
Setiap kali kau tersenyum tanpa alasan dan
setiap kali kau merasakan bahagia yang tak terduga,
ketahuilah bahawa itu semua kerana aku sedang memikirkanmu.

Petua Untuk Menjadi Wanita Cantik

1. Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur, dan yang tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar.
2. Dia tidak akan menyampai-yampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan ...fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan sesama manusia.
3. Dia mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar berselindung di sebaliknya.
4. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan manusia, dan semestinya ALLAH s.w.t.

27 September 2011

:: ayuh..bangkit.... ::

Terlalu asyik merintih segala duka dan kekecewaan lampau bukanlah suatu langkah yang comel di dalam meniti sebuah kehidupan. Arus dan rintangan ini hanyalah ujian sebagai menguji kekuatan dalam sanubari insan. Saintifik sebuah kehidupan itu belum boleh ditafsir selengkapnya. Apa yang pasti, hidup ini sebuah medan singgah perjuangan. Senyuman kegembiraan itu persis beriringan bersama luka dan airmata....inilah kehidupan.

Denai kehidupan yang dilalui sebagai insan sememangnya merupakan sesuatu yang tidak terjangka...selalunya, cerah dan adakalanya mendung. Ada juga ribut petir. Apakah gambaran kata pedoman yang boleh kita kiblatkan sebagai pegangan di masa depan?Ayuh buktikan pada mereka, kejayaan itu bukanlah hadir dari kemewahan hidup! Kejayaan bukan diukur dari kekuatan kita..tapi diukur dari keBERKATan hidup dan sumbangan kita pada org2 disekeliling kita.....

26 September 2011

:: keputusan ::

Perkara yg paling susah dlm hidup adalah membuat keputusan...dan pastinya setiap keputusan yg akan kita ambil, adalah utk org lain..kenapa mesti kita membahagiakan org lain dahulu sedangkan hati kita ini merintih pilu...membiarkan hati kita terguris dan akhirnya terluka. Kita hidup utk hari ini dan esok, jika semalam kita rebah kerana org lain, kenapa selepas kita bangkit, juga kerana org lain?Mana nilaian diri kita?mana kebahagiaan diri kita?Tanya diri sendiri;apa yg aku mahu dalam hidup ini?Apa yg aku nak buat dlm hidup ini?Apa sebenarnya yg aku mahu?Apa sebenarnya yg aku takuti?Pasti ada jawapan yg berselindung di sebalik persoalan ini....

Pelikkan bila kita perlu hidup utk org lain..itu namanya hipokrit..tp kalau itu yg terbaik,mcmn?

25 September 2011

** Lagu utkmu **

Pejamkan mata mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya
Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini...selama ini....selama ini....

:: aishiteru ::

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali

::: kisah dongeng :::

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

20 September 2011

...1..2...3...4...5...6...

•♥• Allah aturkan antara kita 1 pertemuan, dlm 1 p'tmuan dtetapkn 2 hati..saya-awk..

•♥• dlm 2 hati tuhan brikn 3 rsa...syg, ksih & cinta...

•♥• dlm 3 rsa itu dselitkn 4 tjuan..b'knalan,b'tman,b'kwn & b'sma...

•♥• dlm 4 tjuan itu t'sembunyi 5 p'ktaan...Teman Baik Selalu d Sisi,

•♥• dlm 5 p'ktaan itu t'sembunyi 6 impian iaitu syg, kekal, setia, mngerti, m'ghargai & mgingati

•♥• dlm 6 impian itu adakah satu untuk diri kita sendiri......(o‿-)

...hatiku...

Hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya...

Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..

Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon kuatkanlah ia di hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini akan mengecewakanku,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..

04 September 2011

::: raya 2011 :::

Salam aidilfitri buat semua yg mengenali diri...hmm...raya tahun ni x sama ngan raya sebelum2 ni, naper?biarlah semua tu hanya kami yg tahu....kenangan seumur hiduplah katakan, xkan semuanya nak kongsi...hehehehe...namanya pun kenangan abadi...sedikit pic dari kami sekeluarga..tema raya tahun ni, macam yg mr hubby nak..kaler ijau....
ensem dop putera kami ni?cuma sedikit x kena, huhuhu..nenek beli kopiah kecik dr kepala mereka..hahahaha..aper pun..mereka teteap ensem...cinta hati ibu n papa sampai mati...giliran kami pula bergambar...loving couple...hahaha..slim tak kami berbanding tahun lepas, diet bulan pose...ekekekeke
pose raya, istimewa dari kami sekeluarga...semoga kebahagiaan dan keceriaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kami..aminnnnn....

24 August 2011

...Redhalah wahai hati...

♥ ..... Mencintai seorang itu adalah hak kita,
namun memiliki seseorang yg kita cintai,
tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita,
Jangan pernah takut melepaskan sesuatu
yang belum berhak kita miliki,
Percayalah dia pasti akan kembali...,
andainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki,
atau Allah akan menggantikan dengan
yang jauh lebih baik dari yang sekarang kita cintai,
Jangan pernah takut kehilangan sesuatu
yang BUKAN menjadi hak kita,
jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu.....♥

19 August 2011

Satu detiK di 18Hb...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Bahawa hati ini berhimpun dalam cinta antara kami keranaMU,
Bersatunya kami dalam ketentuanMU dan
Berjanji kami untuk setia dalam membela syariatMU,
Ya Allah,
Kuatkanlah ikatan cinta antara kami ini,
Abadikan kasih sayang kami sehingga ke akhir hayat kami,
Dan tunjukkanlah kami jalan untuk mendekatkan
Diri padaMU dengan cahaya dan hidayahMU,
Ya Allah,
Engkaulah sebaik-baik pelindung
Dan sebaik-baik penolong...
Bantulah kami menghadapi segala dugaan
Dan cabaran menempuh kebahagiaan abadi,
Kuatkanlah iman kami dan berkatilah kehidupan kami,
Aminnn....Ya Rabbal Alamin...

18 August 2011

aku jua punya rasa...

Sayu dan hiba terasa kerana kadang terlintas satu wajah yg satu ketika dulu selalu bersama...merindui kenangan lalu bila keseorangan tatkala malam yg amat mengasyikkan..Kadang mengalirnya air mata tanpa disedari..Kadang rasa diri tidak diadili...

Dan mendung di luar seakan hujan di dlm hati ini..Dingin dan sejuk di dalam...Kadang rasa sunyi, sunyi yg panjang...sepi yg berpanjangan..

Pabila satu kisah cinta tidak kesampaian dan tidak terjadi seperti yg diharapkan, masing2 menunjukkan kesalahan yg lain..Adakalanya seOlah dunia tidak adil pada kita..Dan tentunya akan hadir rasa benci pada pasangan kita yg dulu pernah berjanji utk selamanya...

Orang selalu berkata, mungkin sudah tiada jodOhmu..Dia bukan yg terbaik...Ada hikmah disebalik perpisahan..Ya..berkata memang mudah, Senang saja berkata2, berbicara menasihati...Tapi pembawa hati ini tetap sayu dan pilu...

Pada orang lain aku bagaikan seorang yg kecewa...Orang yg sunyi dalam sepi yg panjang...Aku tahu aku punyai kehidupan yg bahagia sekarang, bahagia yg tidak mampu aku beli dari mana2 gedung membeli-belah seluruh dunia sekalipun...Membina bahagia bersama permata hati aku yg sentiasa SETIA di sisi aku menemani dan menangis bila melihat aku menangis, walau usia masih setahun jagung...sesungguhnya kalian adalah kekuatanku...

Bagiku kini, nilai cinta,kasih dan sayang itu amat tinggi dan berbeza2 makna serta pengertiannya, bukan semua org dapat merasakan indahnya bercinta..Dan bagi yg salah, cinta juga bisa membuatkan diri ke alam yg hina...Setiap saat disaluti dOsa, Lantaran itu....bercintalah pada yg hak.....Bercintalah pada insan yg dapat membimbingmu ke jalan yg benar...

Aku punya rasa, aku punya cinta...aku punya cerita..Aku menulis bukan untuk bercerita tentang aku tapi Kerana aku suka..Dan aku ini bukan siapa2 bagimu..cuma seOrang yg biasa2....