31 December 2010

Peringatan demi peringatan..

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: ”Sesiapa melepaskan suatu kesukaran dunia pada seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan baginya di hari kiamat. Dan siapa yang meringankan kemiskinan seseorang, nescaya Allah akan meringankan pula kesulitannya di dunia dan akhirat. Dan sesiapa yang menutup keburukan seseorang Muslim, nescaya Allah menutupi pula keburukannya di dunia dan akhirat. Allah SWT selalu menolong hamba selama hamba menolong saudaranya.” Mereka yang memberi sedekah akan dilapangkan keadaan hidupnya dan dimudahkan urusannya sehingga tercapai cita-citanya. Mengenai fadilat bersedekah Rasulullah SAW bersabda bermaksud: ”Tiada seorang Muslim yang sanggup memberikan pakaian kepada Muslim lain, melainkan hidupnya dalam jagaan Allah selagi pakaian yang disedekahkan itu masih berada di tubuh penerimanya.” Allah akan menolong hambanya selama hamba itu suka menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)

15 October 2010

BuhSanNya...

buhsannya....bila hubby duk tgk bola...anak2 duk main mainan..aku rasa buhsan..dop tahu nak buek po...nak tido..dop ngantuk..nak makan...dah kenyang...nak berFB....x der mood..nak kuar....tak tahu nak g mana..so aku duk la godek2 blog aku nih....dalam kepala duk pikir2 macamana nak turunkan berat badan..huhuhuhu...bila tanya hubby...mula la dia "pot pet..pot pet" ngalahkan mak nenek......ngeh..ngeh....
aku bukannya x nak kurus tapi selera ni tak penah miss....asyik ada selera jer..cam tak reti2 nak rasa tak ada selera....bulan posa sebelum2 ni biasanya aku turun gak sekilo dua tapi posa tahun ni..naik berkilo2.....dop reti2 nak turun sampai ri nih..... sedeynya...nak pakai baju lawa2 dop leh...cam balut nangka jadiknya.....nak amalkan pil kurus..bahaya...nak diet..tak boleh..kul 3 pagi..hubby ajak lagi makan...bila aku cakap tak nak..dia buat muka seposen..."cian abg makan sorang..."tu jerla ayat melemahkan aku...so saper salah???aku jugak yang salah...huhuhuhu....
azam tahun 2010 ni aku nak kurus tapi tinggal lagi 2 bulan..dop nampak pun perubahan kat body n weight aku,,,,,alamaknya..hanya azam jerla.....adios..

Tinta untuk "SUAMI"....

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

16 August 2010

Salam Ramadan...

salam ramadan buat semua pembaca blog...walau dah beberapa ari puasa..hehehe..me, mmmmm....not so bz cuma cam x sempat nak postkan somethg kat my blog. jeles gak nengok blog hubby yg canggih manggih tu....x per..nt klu me berkesempatan..akan me update gak....
well, utk sumer..selamat posa ya..jgn sekali2 mencilok tau....

21 June 2010

SelaMaT HarI BaPA

Pejam celik..pejam celik, hari ini...usia perkahwinan antara aku ngan hubby dah berganjak ke angka 4 tahun 3 bulan 2 minggu 3 hari....alhamdullilah...berkat kesabaran, dan rahmat daripadaNya..rumah tangga kami masih utuh dan aman damai tanpa sebarang sengketa. Saban hari, doa aku padaNya setiap kali lepas solat..semoga dikekalkan jodoh kami sehingga ke akhir hayat. Semalam hari bapa..Selamat Hari Bapa untuk Abah dan Papa kepada anak2 ku..Semoga dipnjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik..amin......

09 June 2010

HaRi iNi & SeMaLam...

2day fell better n better then yesterday..why..ermmmm let it be "biarlah Rahsia"..no body need 2 know..klu orang tahu pun nothing can they do, just sympathy..that i dont need. no more tears coz my heart also "SAKIT"...try 2 ask my self n person stand behind me..why must have people like this in this world..with bad heart..bad mouth..and so morela..no need to say..susahnya rasa..Mengeluh tak baik but what must i do..how far i ran..near far its come..no idea 2 think..just keep it in my deeeeeep....Klu ikut ati..buleh jadi "haru-biru"...
So the best n better way..sit lonely..hamparkan prayer mat..n talk 2 ALLAH, wish 4 the blesses..tight my "iman" n make me so more patient...need to ran from prob, thats a big mistakes but involve in prob is more mistakes...so good if we know what happen in the future coz the decision of today...
ermm...mengeluh lagi...astaghfirullah..what happen 2 me..dear GOD....give me the direction, what must i do...

08 June 2010

kEnApA??wHy??

until tis week..dah three people came n complaint me...ask me why everyday i look so "chubby"...waaaaa.......ni yg buat aku tensen ni...asal jumpa aku...whoaa....."makin bulat r",,,,,,ati senang ker...hampeh...why dont greet me..wa...u look like so slim...hehehhe...ni yg buat aku rasa cam nak kurus esok jer ni. but can or not..hehehe wen my hubby ask me to jogging around my house pun aku tired,so more.....aku kena buat sesuatu..make something be4 aku jadi lebih "chubby".tadi timbang, mesen penimbang dah menjejak ke 68kg....tak boleh jadi...since i got some effect on my leg when i walk,my tumit so hurt.when i ask doc, dia say aku dah obes..about 32...so nak wait for more obes or try to save my weight.....my body...huhuhuhu
10 tHiNg$ i HaTe aBouT U....

I hate u when u make me...........

•Luv u
•Miss u
•Don't ask me out
•Don't phone me
•Not with me
•Make me cry
•Angry me
•Don't want talk with me
•Do something i don't know
•Don't have u

BuT nOw i AlReaDy Have u iN My SiDe
..so tired..so bored....anymorela..coz aku rasa cam hampeh coz dont know what to do..all the things have be done, so aku dok goyang my leg only.....boringg......

21 March 2010

aKu + ciNta aTi

Lama dah rasanya x menulis..x berkesempatan..tapi kiranya kali ni baru nak mula menulis..kisah hidup aku..hehe..saja2 meluahkan rasa yang tersimpan di dalam diri... tup..tup..lagi 13 ari nak masuk anniversary ke empat..usia perkahwinan antara aku dan suami tercinta "Noor Shameer Mohd Ikabar" ...hehehe...plannya nak g sambut anniversary di Cameron..berdua..tanpa anak2 disisi..dah janji ngan nenek dia..so dukla ngan nenek ya..2 ari jer...mesti aku pulak yang rindu kat anak2 aku tu..selalunya kalau hantar balik kg pun..hubby aku selalu bebel..belum sampai umah, kira2 separuh jalan la..aku dah muka poyo...teringat kat anak2...so mulalah hubbby aku buka tazkirah..hehehe...sowy abang..hehehehe... ermm..nak bagi apa ya..utk anniversary kali ni...ermm..nantilah aku pikir2kan..... tapi sedar x sedar dah hampir empat tahun kami tinggal sebumbung..bergaduh..bermasam muka...merajuk dah jadi lumrah..lagikan lidah lagi tergigit, inikan mula suami isteri..tapi aku bersyukur sangat sebab hubby aku ni kuat sabar..;)..aku ni jenis yang suka sangat merajuk..pantang silap sket jer..mulalah nak merajuk..tapi ngan hubby aku jer..tak tahulah kenapa..mender ni jadi ngan sendiri...semulajadi..bukannya aku paksa2 or buat2 merajuk..ntah tetiba jer jadik sensitif...tapi biasanya merajuk aku x lama...sehari elokla semula....betulkan abang....

02 March 2010

akU n ceriTera HidUpKu....

semalam..hari ini..dan esok..tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku...