12 February 2020

Kunci Menjadi Orang Yang Tenang

“Macam mana nak jadi orang yang tenang, tak suka marah2, dan pandai urus masa dengan baik?”

Satu petua yang kuat yang saya pelajari dari ustaz kegemaran saya, Sheikh Hussain Yee :
  • Apabila anda Berikan masa untuk Allah,
  • Allah akan memberi kamu waktu yang kamu perlukan.
  • Apabila anda mengamalkan ketenangan dan kedamaian di solat,
  • Allah akan memberi anda ketenangan dan kedamaian yang anda perlukan.
Kunci utama bagimana hendak menjadi orang yang tenang dan tak mudah marah bila di uji. dan sentiasa pandai urus masa dengan baik?
Kunci utamanya ialah praktis urus masa dan emosi dalam solat. Orang yang tenang dan tak terburu2 dalam solat, akan jadi orang yang tenang, tak gopoh dan pandai kawal emosi di luar solat.
Orang yang jaga waktu solat dan tak melengahkan solat, akan sentiasa cukup masanya untuk perihal yang lain.
Masa mula2 belajar pasal benda ni dulu, saya pun rasa tak yakin, rasa hek elehhh ye keee ?
Tapi sejak konsisten amalkan punctuality & calmness in solat, I’ve improved a lot alhamdulillah.
Suami pun cakap saya lebih tenang dan mudah senyum dalam keadaan huru hara.
Kalau tak, sebelum ni sikit2 nak baling hanger.
Sejak itu saya sedar, ketenangan adalah kuasa besar yang diberikan oleh Allah.
Rupanya ketenangan diri takde kena mengena pun dengan faktor keadaan sekeliling atau kemewahan hidup.
Ketenangan adalah keupayaan untuk tidak berlebihan, untuk menjaga minda anda dengan jelas dan hati anda dengan aman walau dalam apa jua keadaan.
Malam ni sebelum tidur, cakap pada diri.
“I’m a calm and peaceful person.”
Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu
1 – Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan
Jika kita sedang sibuk melakukan kerja di depan komputer ataupun laptop, apabila kita mendengar azan, kita terus hentikan kerja yang sedang dilaksanakan tanpa apa-apa alasan.
“Save” segala kerja dan terus Jika kita permudahkan untuk solat, Allah akan memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu “habit”. Setiap kali terdengar azan, terus hentikan. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia akan menjadi automatik.
2 – Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji
Jika kita mahu bertemu dengan pelanggan ataupun prospek, tetapkan masa sebelum ataupun selepas waktu solat. Contohnya jika kita mahu bertemu pada waktu tengah hari, sebaiknya bertemu sebelum pukul 1 petang, ataupun selepas selesai menunaikan solat fardu zuhur.
Tepat Waktu
Jadikan waktu solat sebagai panduan kita melakukan sebarang kerja. [Martin Gommel]
Begitu juga jika mahu bertemu pada waktu malam, jumpa pada pukul 9 malam dan ke atas. Walaupun solat fardu Isyak boleh dilambatkan, tetapi lebih baik kita tunaikan pada waktunya.
3 – Tetapkan ‘Reminder’ Waktu Solat
Gunakan perisian ataupun aplikasi ‘reminder’ waktu solat. Pasang aplikasi waktu solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat di smartphone. Pasang juga perisian “reminder” waktu solat di laptop ataupun sekurang-kurang perisian alarm yang kita boleh set masa-masa tertentu untuk mengingatkan kita yang sedang terleka bekerja.
4 – Tampal Peringatan Di Meja Kerja
Tulis ‘peringatan’ dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja anda seperti petikan hadis ataupun apa sahaja yang anda mahukan. Apabila ada peringatan sebegitu, kita akan ada sedikit motivasi untuk menyegerakan solat.
Quote Solat
Di antara kata-kata berkenaan solat yang menginspirasikan. [LionofAllah]
Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam urusan seharian.
5 – Berkawan Dengan Mereka Yang Tidak Lewatkan Solat
Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama.
Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau, ataupun sewaktu berjalan jauh / bepergian (safar). Dalam masa yang sama, mereka boleh mengingatkan kita apabila kita dilanda kesibukan.
6 – Jadikan Solat Polisi Utama Anda
Letak solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara. Niat, azam dan tekad dalam hati. Solat adalah segala-galanya. Selagi anda tidak solat, jangan lakukan perkara lain. Jadikan ia sebagai polisi utama anda. Anda perlu tegas dengan diri sendiri dan tidak boleh terlalu berlembut dengan sesiapa sahaja dalam soal solat.
Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat.
7 – Solat Berjemaah Di Masjid
Solat berjemaah di masjid. Ya, inilah satu-satunya cara paling efektif untuk solat pada awal waktunya. Sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun sebelum azan berkemundang, kita telah bersiap-siap untuk ke masjid ataupun surau.
Solat Berjemaah
Kita akan mendapat 27 kali ganda pahala apabila solat berjemaah. [Aeab]
Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat sahaja dan yang pasti kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan tidak tergopoh-gapah. Cubalah teknik ke-7 ini walaupun mungkin tidak selalu.
Akhir kata daripada saya, kita memang manusia yang serba serbi kelemahan. Diri kita dengan para sahabat Nabi usah dibandingkan, apatah lagi dengan para ustaz dan ulama soleh, memang kita terlampau jauh berbanding mereka. Kita jadi sahaja diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah Subhanahu wa Taala.
InsyaAllah.
.
Good night, everyone!
Kredit :#AdlilRajiah
Sumber : Tazkirah.net

02 February 2020

Tenang di penghujung usia 30 an

jom baca....
Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang 'temper' selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting.
Asyik melenting sahaja!
Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.
Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!
Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.
Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!
Pang!!
Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.
Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.
Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.
You have to face it!
Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.
Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat!
Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.
Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?
Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
- ALLAH SAYANG-
DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.
DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?
Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!
Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.
Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.
Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.
Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.
Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.
Take a second to think about how blessed you are.
Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.
Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.
Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.
Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.
Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!
Baik, 'kan Allah
.
.
.
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.
Please share it to save more people out there.
Kita pun copy paste juga 😊

08 December 2019

Hebatnya Surah Ad-Dhuha

Suatu waktu dulu seorang sahabat yang ahli agama berpesan. Andai  ada rasa penat, sedih, bimbang. Bagi ruang pada diri bertenang dengan membaca dan memahami surah Ad-Dhuha. Ia surah yang penuh pengajaran dalam kehidupan seharian

Sahabat berkongsi. Surah ini telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda tidak mendapat apa-apa wahyu langsung selama enam bulan (tidak termasuk mimpi). Ketika itu, fikiran Baginda berasa sangat terganggu dan tertekan sehingga Baginda mempercayai bahawa Allah Taala telah menyisihkannya dan tidak mahu lagi Baginda menjadi seorang Nabi.

Tidakkah dalam hidup kita juga merasai perasaan yang sama? Ketika kita merasakan tahap iman kita goyah, tiada lagi khusyuk dalam menunaikan solat dan tahap hubungan kita dengan Allah menurun?

Pada masa yang sama, kita juga merasakan setiap doa yang dipohon tidak akan dimakbulkan oleh Allah, segala solat yang dikerjakan terasa hanya sia-sia dan tidak mendatangkan kesan yang positif dalam diri. Anggapan yang lebih dahsyat sebagai seorang manusia biasa bahawa Allah tidak lagi peduli apatah lagi untuk mengasihi kita.

Disebabkan perkara-perkara itu, surah Ad-Dhuha telah diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyingkirkan segala sifat mazmumah dan sebaliknya menerapkan kepada diri Baginda tentang keamanan, sifat mahmudah dan yang paling penting tentang jaminan Allah tidak akan meninggalkan Baginda SAW dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dari situ juga, dengan keadaan kita sebagai manusia biasa yang sering dilanda kesusahan, depresi, dan hilang tempat pergantungan, Allah akan memberi jalan untuk kita percaya pada pergantungan Allah di samping hidup dengan tenang dan aman.

Jadi, apa yang dikatakan dalam surah tersebut? Kita perhatikan pada setiap ayat satu persatu.

1 - “Demi waktu Dhuha” (ketika matahari naik setinggi galah)."

Perkara ini lah perkara pertama yang perlu kita dengar apabila kita mengalami tekanan – Bangun dan lihatlah cahaya matahari! Ingin diingatkan bahawa tiada keazaban dan kesuraman berlaku dalam hidup kita. Hanya perlu untuk bangun dan lihat cahaya sekitar kita.

#2 - “Dan demi malam untuk menaungi kegelapan.”

Kenapa tiba-tiba pada ayat kedua, dinyatakan tentang kegelapan? Ia adalah bertujuan untuk memesan kepada kita bahawa malam dijadikan oleh Allah Taala untuk memberikan kita rehat dengan selesa.

Kebiasaannya, apabila kita dirundung dengan tekanan atau depresi, secara automatik, corak tidur kita akan mengalami perubahan seperti tersedar sepanjang malam atau tidur sepanjang hari.

Perkara seperti itu sebenarnya akan memberi kesan yang negatif kepada minda kita. Oleh hal yang demikian, ayat kedua dalam Surah Ad-Dhuha ini memberi peringatan bahawa Allah menjadikan malam untuk manusia dapat menenteramkan minda dan jiwa dari mengalami tekanan.

#3 - “Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu”

Ayat ketiga ini sungguh menakjubkan! Secara terangan Allah Taala telah memberi peringatan bahawa Dia tidak akan pernah melupakan, meninggalkan apatah lagi untuk membenci kita sebagai manusia yang lemah. Dia sentiasa ada untuk manusia yang beriman kepadaNya.

#4 - “Sesungguhnya, Akhirat itu lebih baik bagimu dari dunia”.

Apabila kita mengalami stress dalam hidup, pasti banyak kali kita berfikir: Adakah pengakhiran hidupku ditakdirkan begini? Adakah tiada langsung perubahan yang baik dalam hidupku?

Apabila kita mempersoalkan tentang takdir hidup kita, ayat keempat dalam Surah Ad-Dhuha telah memberi jawapan yang 
terbaik
.

Apabila kita mengalami kesedihan hingga menyebabkan depresi tentang hidup, Allah Taala telah menjelaskan dalam ayat empat tersebut iaitu kehidupan di dunia hanyalah sementara dan tiada kehidupan yang lebih baik untuk ditandingi melainkan kehidupan di Akhirat yang kekal abadi.

Apabila kita percaya bahawa Akhirat itu wujud dan merupakan tempat tinggal yang kekal, ia akan membantu kita untuk optimis pandang ke hadapan mengejar Jannah.

Seiring dengan perkara itu, ia juga membantu kita untuk percaya bahawa segala masalah, ujian dan cubaan yang dialami di dunia hanyalah sementara dan ketentuan Allah Taala buat kita sebagai hambaNya. Jika kita berjaya hadapi ujian itu dengan penuh keimanan, Syurgalah tempat yang terbaik
 untuk kita.

#5 - “Dan sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu (limpah kurniaNya) dan engkau tetap berpuas hati”.

Ini merupakan janji Allah Taala kepada kita sebagai umat manusia bahawa Jannah merupakan ‘hadiah’ yang teragung jika kita melaksanakan perintahNya. Pastinya Allah akan membalas segala amalan kebaikan yang kita buat dengan membuatkan kita semua berasa gembira! Subhanallah!

Oleh itu, adakah perkara itu perkara yang terbaik
 untuk didengar setelah kamu dilanda kemurungan dan berasa tertekan dengan masalah yang dihadapi?

#6 - “Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu”.

Melalui ayat keenam ini, Allah Taala telah memberi alasan untuk kita percaya akan janjiNya yang telah dijelaskan pada separuh pertama ayat Ad-Dhuha ini. Apabila ayat keenam ini disuarakan, pasti ramai antara kita berfikir: Bagaimana ayat yang menjurus tentang anak yatim berkaitan dengan kita?

Cuba renungkan. Berapa banyak kali dalam hidup anda ketika ditimpa kesakitan atau berasa kesunyian, anda merasakan tiada sesiapa yang peduli tentang anda? Siapa pula yang satu-satunya ada untuk anda pada ketika itu? Jawapannya Allah! Dia yang sentiasa menjaga anda dan membimbing anda mengubah kehidupan dari kemungkaran ke arah kebaikan.

#7 - “Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang tiada pedoman lalu Dia memberi hidayah kepadamu”.

Berapa ramai daripada kita telah menyimpang ke arah kesesatan dari Islam yang sebenar lalu telah menemui dirinya kembali? Walaupun hakikatnya kita dilahirkan sebagai seorang Muslim?

Sesungguhnya, pada ketika itu Allah jua lah yang telah memberi nur dan hidayah lalu membawa kita kembali ke jalan yang lurus lalu tunduk kepadaNya. Di samping itu, secara tidak langsung telah mempraktikkan kehidupan kita sebagai seorang Muslim. Alhamdulillah!

#8 - “Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang miskin, lalu Dia memberikan kekayaan”.

Dalam kehidupan seharian, mungkin kebanyakan daripada kita pernah melalui tempoh kekurangan wang dan harta. Kini, apabila kita imbas kembali, barulah kita sedar bahawa dalam kesukaran kewangan yang ditakdirkan untuk kita hadapi, hanya Allah yang memberi rezeki kepada kita dalam apa jua bentuk.

Jadi, apabila seseorang berada dalam tekanan, berinya contoh tentang bagaimana Allah Taala boleh membantunya menjadi lebih kental dalam mengharungi setiap dugaan yang datang dan percayalah janji Allah itu pasti.

#9 - “Maka terhadap anak-anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya”

Ayat ini menunjukkan penawar terbaik
 kepada masalah tekanan!
Kebanyakan orang yang mengalami tekanan hidup, mereka merasakan hidup mereka tiada lagi gunanya dan merasakan juga tiada siapa yang lebih teruk berbanding hidupnya.

Ayat ini mengingatkan kita jika kita berasa tertekan dan hilang harapan untuk hidup, lihatlah kehidupan orang yang jauh lebih susah dari kita. Cuba lihat anak-anak yatim. Mereka tiada sesiapa apatah lagi insan-insan yang menyayangi dan menjaga mereka. Dibandingkan dengan kita yang ada keluarga, tempat tinggal dan makanan disediakan di atas meja, masih menganggap kehidupan kita tidak baik? Subhanallah!

#10 - “Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya”.

Satu lagi contoh ialah pengemis – Ia adalah satu pengajaran dan peringatan kepada kita tentang Allah Taala telah banyak menurunkan rezeki berupa kebendaan kepada kita – makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Berapa ramai antara kita yang pernah tidur dalam kelaparan? Berapa ramai antara kita yang tiada pakaian untuk menutup tubuh? Berapa ramai lagi antara kita yang tiada rumah untuk dituju?

Contoh-contoh yang melibatkan anak-anak yatim dan pengemis ini adalah untuk mengajar kita supaya sentiasa bersyukur dengan keberkatan yang Allah Taala telah berikan kepada kita tanpa Dia meminta kembali.

Syukur ini juga sebenarnya satu cara untuk kita mengatasi masalah kemurungan yang melanda dalam diri kita. Dengan rasa syukur, hubungan kita dengan Allah kembali terjalin.

#11 - “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya".

Ayat terakhir ini adalah mengenai cara untuk mengekalkan iman dan ikatan dengan Allah Taala iaitu melalui pemikiran, kemuliaan dan percakapan tentang keberkatan Allah!

Baik dari segi halaqah, perbincangan dengan ahli keluarga dan kawan-kawan atau pun melalui dakwah. Selain daripada itu, untuk sentiasa dekatkan hati dengan Allah Taala, haruslah memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan menghadiri kuliah-kuliah agama lalu menghayatinya.

Jadi, seandainya suatu masa nanti, merasakan iman goyah, dirundung kekecewaan dan kemurungan hingga terputusnya hubungan dengan Allah Taala, bacalah Surah Ad-Dhuha dan hayati seluruh maknanya.

InshaAllah, ia akan memulihkan kepercayaan dan sekali gus meningkatkan keyakinan kita terhadap hebatnya kekuasaan Allah Ta'ala.

**Perkongsian ini dari nota peribadi dan rujukan dari Ibrah Surah Ad-Dhuha di Ikim.fm

11 December 2018

Siapakah Ayah Yang Hebat?

1. Ayah yang hebat adalah ayah yang tak terlalu keras tetapi tak juga terlalu lembut dengan anak anaknya
2. Ayah yang hebat adalah ayah yang tahu bila anaknya perlukan perhatian dan belaian walau hanya daripada mimik muka dan bahasa tubuh badan
3. Ayah yang hebat adalah ayah yang nak anak anaknya mencintai Allah melebihi cinta anak anak kepada dirinya
4. Ayah yang hebat adalah ayah yang selalu menyebut nama anak anaknya satu persatu di dalam doanya
5. Ayah yang hebat adalah ayah menjadi idola yang dirindukan anak anaknya walaupun ketika berpisah dan berjauhan
6. Ayah yang hebat adalah ayah yang mampu menyisihkan gajet dan smartphone di saat anak anak berada di depan matanya
7. Ayah yang hebat adalah ayah yang menjaga tutur kata di depan anak anaknya
8. Ayah yang baik adalah ayah yang selalu menunjukkan cara pergaulan yang terbaik dengan membantu ahli keluarganya
9. Ayah yang terbaik adalah ayah yang pandai berjenaka dan pandai mengambil hati anak-anaknya
10. Ayah yang terbaik adalah ayah yang menunjukkan cara yang terbaik untuk menjadi ketua keluarga yang dicintai oleh seluruh ahli keluarganya ❤️
Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak anak kita!
Oleh : Taufiq Razif
#CnP

22 May 2018

Diam itu LEBIH BAIK

Mesti pelik dan tertanya-tanya kenapa up status macam tu..

Menda ni jadi pada diri sendiri, kiranya macam pengalaman aku ler..depan kita orang tu bukan main baik, pijak semut pun x mati lah ibarat kata pepatah...tapi bila dibelakang kita, mak oiiii..gajah pun boleh mati ooo

Rupanya; dalam setiap perbuatan dan tindakan yang kita lakukan, pasti ada mata2 yang tidak senang melihat, ada mulut2 yg ringan mengeji dan ada hati2 yang sakit. Puncanya sebab hati itu sendiri yang rosak..bak kata ustaz banyakkan melihat kebaikan dan keburukan diri sendiri daripada melihat keburukan dan kebaikan orang lain barulah kita tidak punya masa untuk melihat dan menilai orang lain.

Adat di pejabat, terdapat berbagai-bagai jenis orang dan sikap. Tidak semua sukakan kita dan tidak semua bencikan kita. Boleh jadi kerana tidak suka atau suka pada seseorang, tempiasnya mengenai orang yang lain. Cuma yang tidak selesa dan tidak sedap di dengar adalah bila amalan bercakap di belakang dan sindir-menyindir menjadi amalan, rutin harian.

Bercakap, bergelak ketawa, menganying seolah2 diri sendiri maksum, baik dan sebaliknya..itu sebahagian tanda rosaknya hati dan riak diri tanpa sedar. Kita menjadi semakin ghairah mengata keburukan orang bila mendapat sokongan orang yang lain...itu realiti dan hakikat yang perlu diakui.

Macam yang aku dengar semalamlah, waima tidak suka sekalipun tidak perlu nak mengata lebih2, cukuplah menjadi peringatan buat diri sendiri agar kita yang melihat tu tidak melakukannya juga. Bukan menjaja cerita ke sana ke mari dengan tujuan mengaibkan diri orang lain. Allah pun pernah kata, jika hari ini kita mengata orang, esok lusa kita juga akan mendapat natijahnya sebab setiap kata2 yang kita ucapkan tu adalah doa...jadi cakap yang baik2, fikir yang baik2, buat yang baik2..kalau tidak boleh juga....diam itu LEBIH BAIK.

15 May 2018

Doa agar terhindar dari perbuatan maksiat



“ALLAHUMMAGHFIR ZANBAHU, WA TOHHIR QALBAHU, WA HASSIN FARJAHU”
"Ya Allah ampunkanlah dosanya, bersihkanlah/sucikanlah hatinya (dari memikirkan sesuatu maksiat), dan jagalah kemaluannya (dr melakukan zina)"
Selepas itu, pemuda itu tidak lagi memandang sesuatu (yg berupa maksiat (terutama zina), natijah maqbulnya doa Nabi SAW).
(HR Ahmad 5/256-257, Dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Kitab Al-Silsilah Al-Sahihah 1/645)

Disunatkan mendoakan untuk anak-anak/adik-adik yang masih kecil, semoga mereka terlindung dari fitnah zina, dan boleh juga doakan utk diri sendiri, tukar kata ganti nama sebagaimana berikut:

اللهم اغْفِرْ ذَنْبِي وَطَهِّرْ قَلْبِي وَحَصِّنْ فَرْجِي

“ALLAHUMMAGHFIR ZANBI, WA TOHHIR QALBI, WA HASSIN FARJI”

Untuk anak/adik perempuan:

اللهم اغْفِرْ ذَنْبَهَا وَطَهِّرْ قَلْبَهَا وَحَصِّنْ فَرْجَهَا

“ALLAHUMMAGHFIR ZANBAHA, WA TOHHIR QALBAHA, WA HASSIN FARJAHA”

Semoga dengan pengamalan doa yang ma’thur (daripada Sunnah Rasulullah SAW) ini, diri kita, zuriat kita, generasi kita terpelihara dari fitnah zina yg semakin meruncing di akhir zaman ini.

Amiin Ya Rabb..


اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَساَلُكَ التَّوبَةَ وَدَوَامَهَا وَنَعُوذُبِكَ مِنَ المَعصِيَةِ وَاَسبَابِهَا وَذَكِّرنَا بِالخَوفِ مِنكَ قَبلَ هُجُومِ خَطَرَاتِهَا وَاحمِلنَا على النَّجَاةِ مِنهَا وَ مِنَ التَّفَكُّرِ فِى طَرَائِقِهَا وَامحُ مِن قُلُوبِنَا حَلَاوَةَ مَااجتَنَينَاهُ مِنهَا وَاستَبدِلْهَا بِالكَرَاهَةِ لَهَا وَالطَّمَعِ لِمَا هُوَ بِضِدِّهَا.

"ALLAHUMMA INNAA NAS-ALUKAT TAUBATA WADAWAAMAHAA WANA'UUDZUBIKA MINAL MA'SHIYYATI WA ASBAABIHAA WA DZAKIRNAA BIL KHAUFI MINKA QABLA HUJUUMI KHATHARAATIHAA WAHMILNAA 'ALAN NAJAATI MIHAA WAMINAT TAFAKKURI FII THARAA-IQIHAA WAMHU MIN QULUUBINAA HALAAWATA MAJTANAINAAHU MINHAA WASTABDILHAA BIL KARAAHATI LAHAA WATHTHAMA'A LIMAA HUWA BIDHIDDIHAA."

Artinya :"Wahai Allah, kami memohon kepadaMu petunjuk sehinnga kami bertaubat senantiasa atas segala dosa dan kesalahan kami. Dan aku berlindung kepadaMu dari perbuatan maksiyat dan sebab-sebabnya, dan jadikanlah kami selalu ingat kepadaMu, sebelum datangnya hasrat untuk berbuat maksiyat yang penuh bahaya. Selamatkanlah dengan adanya perasaan benci selalu terhadap perbuatan maksiat serta terbitkanlah dalam hati kami adanya rasa loba untuk berbuat sebaliknya."

Adapun do'a bagi orang-orang yang sering melakukan perbuatan maksiat agar diampuni dosanya dan diberikan hidayah untuk segera bertaubat dan tidak mengulangi lagi perbuatannya.

copy n paste dr justblog 

07 May 2018

REDHA, tidak semudah mengucapkannya..

REDHA itu IKHLAS, tapi IKHLAS itu SAKIT...

Itulah hakikat yang diakui. Mata memandang tidak sama dengan bahu yang memikul, berkata-kata memang senang, malah siap mendabik dada, mengagung diri sendiri TETAPI bila terkena batang hidung sendiri baru jatuh terjelepuk.Lumrah kehidupan..

Perkongsian drpd Ustaz Farhan di TV9 tadi...

Kunci REDHA ada 3...

1. Belajar menerima segalanya dengan lapang dada
2. Dekatkan diri kepada NYA
3. Banyakkan zikir  إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎

Pelaksanaan REDHA itu ada 2...

1. Zuhud - carilah dunia seadanya,
2. Qanaah - cukuplah dengan apa yang ada

Contohilah sifat Abu Bakar as, peribadinya cukup disegani, namun mampukah kita menjadi sepertinya. Mahu atau tidak; tanya diri sendiri, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih...

11 February 2018

Kenali DIRI

Perkongsian ceramah dr Ustaz Suhaimi, JPP Kelantan di pejabat baru-baru ini.

Perkara Pertama perlu dilakukan ialah, semak diri sendiri dari sudut:

1. Hati ---> iman
2. Akal ---> Faham/Tidak Faham
3. Badan ---> Mampu / Tidak mampu

Hati
- Membawa maksud menilai keimanan diri.
- Pengisian hati --> adakah baik/buruk/racun isinya
- Perbanyakkan zikir, syahadah dan tajdid
- Banyakkan berdoa/taubat
- Kebaikan tidak boeh dicatat tanpa asas tajdid
- Solat dan tajdid --> asas yang pertama membentuk hati
                             --> tanpa solat, amalan tiada tempat bergantung
- 7 asas yang perlu dijaga
      1. Mata - menjaga pandangan yang tidak diharuskan, pandang yang baik-baik sahaja
      2. Telinga - menjaga dari mendengar mengumpat dan lain-lain yang tidak baik
      3. Lidah - menjaga dari berkata kasar/kuat/sehingga menyakitkan hati orang lain
      4. Perut - menjaga halal dan haram punca/sumber makanan, elakkan syubhat
      5. Kemaluan - jauhi zina
      6. Tangan - semak apa yang dilakukan, adakah digunakan untuk kebaikan/sebaliknya
      7. Kaki - semak ke mana ianya melangkah dan adakah ke arah kebaikan/sebaliknya

Akal
- Membangunakan budaya
- Membezakan manusia dengan ciptaanNya yang lain
- Mengetahui makanan akal --> ILMU
                  --> Fardhu Ain :
                        - Ussuluddin
                        - Tauhid -- kenali sifat Tuhan (Sifat 20)
                        - Feqah -- solat,puasa,zakat,haji,sedekah
                        - Tassawuf/Akhlak -- Buat ibadat seolah-olah nampak Allah dan dilihat olehNya

                  --> Fardhu Kifayah

Badan
- Jaga pemakanan, jaga kesihatan sebaiknya demi untuk beribadat kepadaNya


16 January 2018